.

Suka, happy, enjoy, bengang, meluat, menyampah, tension. Itulah ungkapan yang mampu aku cakap setakat aku duk praktikal sekarang ni. Macam2 perasaan ada. Baru aku sedar, bukan mudah nak kerja sebenarnya. Tugas guru bukan mengajar je, tapi banyak lagi kerja yang kena buat. Patut gaji cikgu kena dinaikkan sehingga RM5k sebulan baru berbaloi dengan tugas yang kena wat.. hoho

Sekarang ni aku dah mula mengajar. Aku kena mengajar form 2 dan form 4. Pergghh memang betul2 mencabar kesabaran aku sebagai jantan teruna. Lagi2 kalau form 4 tu. Aku dapat kelas yang last sekali. Paham2 je la camne budaknya kan. Tapi still boleh dikawal lagi. Budak2 ni, kalau kita layan cam kawan, diorang akan layan kita sebagai kawan gak.

Kalau cakap bab pijak kepala, tak adala kot, sebab ada batasan gak kalau aku layan diorang cam kawan. Biasalah budak2 sekolah kan, cam aku dan korang dulu gak la. Mesti akan ada nakal2 punya. Aku dah sound awal2, kalau diorang bagi taik, aku akan lempar taik gak kat diorang. Tak pun, akan terima lemparan berapi marker pen aku la jawabnya. hoho

Bab hubungan dengan guru plak, ada prob sikit dengan guru perempuan. Dengan guru laki, semuanya sempoi. Asik gurau bodoh je dengan diorang. Tak kira muda atau tua. Releks je. Siap cakap aku hang kawe demo lagi. Siap main bola dengan futsal tiap hari. Tapi dengan guru perempuan ni ada sikit kemeluatan dalam diri. Sebahagian je. Aku ada dengar2 suara yang cakap kami budak2 praktikal sombong, dan aku tahu siapakah gerangan suara itu.

Apa jadahnya sombong plak, dah ko yang memang sombong, watpe nak hormat plak orang camtu. Senyuman pun tak pernah terbalas. Haktuih. Tak dapat ludah kat muka ko, ludah kat blog pun jadilah. Orang bagi taik, takkan kita terhegeh2 nak bagi bunga plak. Bagi taik jugaklah. Baru ada kick orang cakap. Aku kadang2 hairan dengan guru2 perempuan yang boleh dikategorikan sebagai nenek dah, memang sombong abis. Senior la kunun. Dah la muka pun tak leh blah. Siot tul. Cikgu2 perempuan muda, semuanya sempoi2 belaka, boleh lepak2 dan mintak tolong.

Maybe sebab tu, baru2 ni ada kejadian yang melibatkan guru perempuan senior dengan guru perempuan junior duk bertinju. Tapi aku tak ingat dah kat mana tu. Dalam paper. Tapi memang la, KEBANYAKKAN guru2 perempuan senior (tua2 dah, layak duk umah je, gi haji lagi bagus) kerek sikit. Tak hingin pun aku nak baik dengan diorang tu, lantak la nak cakap aku ni sombong pun.

p/s: Tak sangka aku jadi cikgu, tak pernah pulak terpikir nak jadi cikgu..Oh.

Image Hosting by Picoodle.com

blog comments powered by Disqus