.

Alhamdulillah... hanya itu ungkapan yang mampu aku keluarkan semalam. Peristiwa semalam memang watkan aku menjadi seorang yang bersemangat lagi. Yang watkan nafsu kejantanan aku makin membuak2. Haha. Semalam membuatkan aku rasa cam semua pengorbanan dan usaha aku selama ni terbalas jua. Walaupun tuhan berikan hujan lebat, tetapi pasti tuhan berikan pelangi yang cantik lepas tu.

Semalam, lecterur aku datang untuk observe praktikal aku. Perrgghh bukan main kalut aku dibuatnya bila dia cakap nak datang. Awal betul. Baru je dua minggu start mengajar, dah datang dah. Aiyoo. Tapi tak apa, cikgu berdidikasi kan kena sanggup hadapi apa saja..cewah peewwiittt. Sape yang nak kat cikgu single ni, cepat2lah isi borang. Hanya borang yang complete saja diterima. Free hair reject awal2. Hoho.

Satu ari sebelum dia datang observe semalam, memang aku busy sangat2. Pagi dengan jadual kelas, petang plak ada rumah sukan dengan jadi reff friendly bola, malam plak dengan perlawanan futsal cikgu2. Balik2 je terus tidur letih. Memang tak sempat watpe2 pun. Pagi semalam je baru duk kalut wat lesson plan dengan alat bantu mengajar. Tapi syukur sempat siap sebelum dia sampai. Huhu.

Aku gunakan kelas form 4 aku untuk dia observe. Aku malas nak guna form 2 sebab diorang muda lagi, still tak tahu pe2 pasal observe2 ni, kang histeria plak tengok prof aku mai tiba2. Haha. Mula2, aku risau gak, yela, kelas form 4 aku tu memang terkenal dengan budak2 nakal dan bising. Tapi nak wat camne, dah tu je pilihan aku yang ada. Belasah je la. Tapi aku sempat bagitau diorang yang prof aku nak mai.

Tak sangka plak aku, masuk2 je kelas, tengok2 kelas, pergghhh berseri2. Tak ada sampah. Pastu meja disediakan kat belakang untuk prof aku. Masuk2 je, semua budak2 aku bagi isyarat bagus. Haha sempoi habis. Tapi semalam, aku memang berani mati masa mengajar. Aku guna fully bahasa melayu. Sebab kalau nak ikutkan, kena mengajar dalam BI. Hanya how are you dengan understand je yang BI aku guna. Haha. Aku dah pikir dah alasan dalam otak ni nak bagi kalau kot2 dia marah sebab guna BM.

Tengok2, aku dapat markah tinggi sebab guna bahasa melayu. 80 per 95. A dah tu. Haha biar betik. Dia cakap, sebab guna bm, kelas jadi ceria, budak2 involve dalam aktiviti. Kalau guna bi, sure kelas jadi pasif sebab budak2 tak paham. Blur. Dia pun puji budak2 aku sebab diorang memang sporting giler masa belajar dalam kelas. Haha bila aku cakap camtu kat budak2 aku, diorang bukan main happy sebab dah dapat tolong cikgu kesayangan diorang ni. Peewwiitt sekali lagi. Ckgu2 kat sini pun tak sangka yang budak2 aku mampu bagi yang awesome punya. Tengok la sape cikgu matematik diorang beb. Haha.

Masa sebelum balik sekolah, budak2 aku sume datang kat aku nak salam. Aduh, time tu memang aku jadi sebak giler ah. Nasib baik air mata ni tak terkeluar je depan diorang. Budak2 ni, kalau kita layan diorang dengan ok, diorang sure akan hormat kita punya. Yang paling watkan diorang bangga, ni lah first time kelas diorang dipuji sampai camtu sekali. Wah. Sebab memang selama ni kelas diorang ni terkenal dengan kelas berhantu. Hoho.

p/s: Nak belanja pe ek diorang ni?

Image Hosting by Picoodle.com

blog comments powered by Disqus