.

Ada apa dengan mulut? Tahi lalatkah? Bau mulut cam bau longkang yang boleh watkan orang jadi histeria atau gastrik? Kenapa orang sebut mulut laser? Sebab ada keluar laser hijau ke dari celah2 gigi orang tu? Nape tak panggil je mulut babun ke, mulut ungka ke, mulut peguin ke, sebab cam comel je panggil camtu..auuuwww ala2 pink gitu.

Ok, aku tak nak cakap pasal mulut laser yang jenis mengumpat tu. Yang tu memang dah habitat orang yang jenis mulut laser. Kalau tak laser orang, boleh meroyan satu hari jawabnya. Tapi, aku nak cakap pasal jenis mulut orang apabila orang tu menasihati atau menegur orang lain. Nak tengok camne gaya seseorang menasihati atau menegur orang lain. Laser atau tak laser a.k.a tegur secara berhemah.

Mulut aku ada kedua2 jenis tu. Ada laser ada tak. Tapi ikut situasi la. Mulut aku akan automatik jadi laser bila aku nasihat, orang tak nak dengar. Maksudnya tak nak dengar nasihat aku. Nak ikut kepala otak dia sendiri. Then, tengok2, dia menyesal sebab tak dengar nasihat aku sebelum ni. Baru nak menyesal. Ha, time tu konpem mulut aku akan jadi laser. 'Tu la ko, dulu aku nasihat jangan wat, nak wat gak. Sekarang baru nak nyesal. Gi mampus la ko. Tak kuasa aku nak layan penyesalan ko tu.' Bak kata pepatah, bila baju dah buruk, jadi kain buruk la jawabnya...hahaha aku bukan cikgu bahasa melayu.

Tapi, mulut aku akan jadi tak laser bila hadapi situasi lebih kurang camni, tiba2 ada orang datang mengadu kat aku, yang dia ada masalah cinta ke, masalah keluarga ke, masalah anak itik mati ke. Time tu sure mulut aku tak akan laser tapi akan menegur atau nasihat dengan lemah lembut dan ayu seperti ayu raudah. Hoho. 'Awak sabar la ok, ni sume dugaan dari tuhan, awak redha dan pasrah je, tuhan pasti ada sesuatu yang lebih menarik untuk awak satu hari nanti'. Ha, lebih kurang camtu la. Ayu tak?

Kadang2 orang cakap, kalau nak nasihat orang lain, kita kena bagi pedas2 sikit, baru orang nak dengar. Kalau nasihat lembut2 je, bak kata pepatah cam curah air kat plastik nasik lemak. Ai, awat aku asyik berpatah2 je ni. Penangan praktikal agaknya. Ekekeh. Pe2 pun, pastikan nasihat korang tu tak sampai orang gi lempang mulut korang tu ye. Orang duk tengah2 sedih, korang pergi tambah lagi ketangkapan lelehan orang tu. Huhu.

p/s: Busy dengan aktiviti sekolah, rumah sukan, merentas desa, dan yang paling penting ialah busy ngorat budak2 cun. Gurau aje dong.

Image Hosting by Picoodle.com

blog comments powered by Disqus