Aku yakin mesti ramai dari korang yang selalu tengok drama si capik kat tv2 kan? Kalau sape2 yang tak tengok, aku rasa satu kerugian sebab aku rasa drama melayu ni banyak sangat pengajaran yang kita leh ambil. Tak macam drama nur kasih, aku rasa drama tu tak ada pe2 yang best pun. Huhu lain orang lain pendapat. Kalau drama korean, lagi la. Aku tak pernah tengok. hehe.Aku selalu bayangkan, camne kalau aku duk dalam situasi yang dihadapi oleh si capik tu. Macam2 dugaan. Dah la cacat anggota, pastu kena hadapi kebencian dari abang ipar dan mak mentua dia. Memang menyampah aku tengok perangai dua ekor tu. Memang menjadi diorang berlakon. Biasalah orang kaya, berlagak dan besar diri. Dan aku tahu bukan semua orang kaya camtu.
Apa yang aku nak cakap kat sini ialah, aku tak nak jadi cam si capik. Bukan sebab dia cacat, tapi sebab dia kerja di syarikat ayah mentuanya dan tinggal sekali dengan parents mentua dia. Kalau aku jadi dia, memang aku tak akan kerja kat syarikat tu dan akan keluar dari tinggal di rumah mentuanya tu. Sebab apa?
First, aku tak boleh bekerja kat tempat yang ada orang yang selalu dengki2 kat kita. Bayangkan si capik tu, hampir tiap hari berdepan dengan cacian dan makian dari abang ipar dia tu. Pastu time bila baik je dengan bos a.k.a ayah mentua, mulalah cakap si capik ni kaki ampu la, kaki bodek la, cuba nak rampas kuasa la apa la. Bila ada kejayaan sikit je, mulalah dengki satu badan. Kalau aku la, better aku cari kerja kat tempat lain. Lagi tenang nak fokus kat kerja. Cam masa kita nak study la, bilik kita riuh rendah dengan member2 duk gelak2. Apa yang kita wat? Mesti akan study kat library kan? Sebab akan tenang skit nak study.
Second, masa kat rumah. Kalau aku, memang aku akan bawak isteri aku tinggal berasingan dari mentua kalau situasi aku cam si capik tu. Bayangkan si mak mentua tak pernah suka kat kita. Asik masam je keje. Ni salah, tu salah. Nasib baik la isteri si capik tu baik hati dan selalu back up suami dia. Alangkah beruntungnya kalau aku dapat isteri cam isteri si capik tu. hoho. Kalau isteri pun cam mak mentua tu, lagi la haru biru jawabnya.
Mesti akan ada orang akan cakap, 'ala, ko sabar je la kalau duk dalam situasi camtu, kita bukan leh puaskan semua pihak'. Ye aku tahu, tapi kalau sikit2 je, tak apala gak. Aku ni jenis cam susah nak sabar jugak, kadang2 rasa cam nak lawan je orang yang dengki2 kat kita. Aku bukan cam si capik tu yang memang penyabar orangnya. Kalau korang la kan, apa korang akan buat?
p/s: Aku nak pasangan yang sama taraf dengan aku. Aku tak nak dunia aku dan dunia dia berbeza cam langit dan bumi.
p/s: Jom join contest lekat & menang. RM50 untuk dimenangi dan aku ada satu tawaran baik punya untuk korang. KLIK SINI











