.

Post kali ni aku nak mengupas pasal isu doktor HKL yang 'ditangkap' oleh Timbalan Menteri baru2 ni. Sape2 yang baca paper, mesti anda akan tahu pasal isu ni. Sape yang xtau atau tak baca paper, anda seorang di bawah tempurung...hoho. Isu ni pasal, apabila dua orang doktor terkantoi oleh seorang timbalan menteri iaitu Datuk M. Saravanan, yang mana doktor terbabit tengah asik duk baca paper sedangkan ramai pesakit di luar sedang menanti untuk menerima rawatan.


Tapi, apa yang wat isu ni makin panas apabila CUEPACS plak yang bikin panas. Sape yang tak tau CUEPACS tu apa? Cari sendiri k. CUEPACS menyatakan rasa kesal mereka sebab mengangap timbalan menteri tu saja nak cari publisiti murahan dengan heboh2kan pasal ni di media.


“Ada lebih 20 pesakit yang menunggu di luar untuk mendapat rawatan. Ini bukanlah cara seseorang doktor bekerja. Pesakit sepatutnya diutamakan. Lagi pun, ini adalah unit kecemasan, yang sepatutnya pantas dalam memberikan rawatan,” kata Saravanan, yang jelas kelihatan kesal, kepada Bernama.

Setiausaha agung CUEPACS, Ahmad Shah Md. Zin berkata, walaupun CUEPACS tidak akan membiarkan kakitangan awam yang tidak menjalankan kerja dengan baik, tetapi dalam kes ini, adalah amat tidak adil bagi Saravanan menghebohkan kejadian itu yang mungkin merupakan hanya satu kes terpencil.

So bagi pendapat anda, sape yang betul dan sape yang salah? Ni kes terpencil ke?

Bagi aku, doktor tu yang salah sebab dah memang tanggungjawab dia sebagai doktor, so pandai2 la gunakan amanah yang diberi. Ni la dilema rakyat sekarang termasuk aku yang menggunakan hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Apa yang aku baca di ruangan forum di paper utusan, ramai yang mengeluh dengan perkhidmatan di hospital2 kerajaan. Memang isu ni dah lama, tapi aku lihat, still xda sebarang pembaharuaan lagi. Ntah bila nak berubah ek?

Aku sokong dengan tindakan timbalan menteri tu, kalau tak kena sound, konpem takkan berubah pun diorang tu. Bila dah masuk paper, baru la nak terhengeh2 berubah. Dah terhantuk, baru la nak sapu ubat kat dahi..hoho ni peribahasa aku sendiri..

Mengikut pengalaman aku la, untuk menunggu nombor giliran dipanggil, hampir sejam ke atas menunggu, tapi bila dah dipanggil, just amik masa tak sampai 10 minit pun terima rawatan. Just tanya sakit pe, then trus bagi ubat..huhu.

Kalau nak ikutkan aku la, nak aja g hospital swasta tapi apakan dayaku, aku orang miskin..huhu. So sape2 kat sini yang ada pengalaman masing2 ketika berurusan di hospital2 kerajaan, sila la kongsi ye..Sama2 kongsi pengalaman di sini.

P/S: Sape2 yang nak baca isu ni di utusan, sila klik di sini dan di sini.

Image Hosting by Picoodle.com

Di musim exam ni, mesti yang ramai mengalami sindrom ketensenan kan? Termasuk la aku..huhu. Banyak sangat prob. So aku amik pendekatan untuk realesekan tensen dengan tengok video yang lawak2. So bagi sape2 yang mau releasekan tensen, elok la anda tengok2 video yang lawak2 k. Video yang boleh wat anda tergolek2. hoho..So, aku ada jupe satu video yang wat aku tak boring untuk tengoknya ulang kali. Memang video ni leh wat aku lupakan masalah aku. So layankan video di bawah ye..


video

Untuk pengetahuan anda, dua orang mamat ni adalah orang filipina. Selepas video2 diorang menjadi femes di youtube, diorang banyak terima undangan oleh rancangan tv di filipina. Itulah kuasa youtube. Kalau anda nak tengok video diorang yang lain, cari la kat youtube k. Tapi aku dah lupa apa nama diorang guna. Huhu sory sangat2.

p/s: update terkini, sape2 yang nak tengok video2 diorang yang lain, anda g kat youtube then taip 'moymoypalaboy'.

Image Hosting by Picoodle.com
Align Center

Selesai sudah dua paper exam aku. Next paper pada 27 april nanti. So baru la ada peluang nak update blog. hoho. Di musim exam ni, aku terasa nak wat post yang berbentuk motivasi plak. Motivasi ni aku tujukan untuk diri aku sendiri dan untuk anda semua. Lagipun, sekarang ni aku memang perlukan sebanyak yang mungkin motivasi. Yela, prob aku yang tu pun tak setel2 pun lagi, ditambah plak dengan musim exam sekarang ni..huhu. Aku selalu cakap kat dia, 'aku menangis, aku tak ada kekuatan, bukan sebab aku lemah, tapi sebab kau terlalu gagah.' hoho..

Ingin tahu kunci kejayaan hidup? Berfikirlah positif. Ya, berfikiran positif dapat membuat anda maju dan berjaya. Dengan fikiran yang positif, anda dapat menjalani segala sesuatu tanpa dibebani oleh seribu fikiran buruk. Anda juga terhindar dari perasaan takut dengan kegagalan. Jalan di depan anda pun akan selalu terasa lapang. Kadang2 aku selalu berfikiran negatif terhadap dia. Ntah kenapa..

Membangkitkan motivasi diri yang kuat dan menambah wawasan yang memperkuat berfikiran positif merupakan langkah penting. Aku tahu, bukan mudah untuk berfikiran positif sebenarnya. Lebih2 lagi kalau orang tu selalu tipu atau main2kan kita kan? Bagi aku, kalau dah sekali kena tipu, memang susah aku nak percayakan lagi. Tapi kita boleh usaha untuk berubah kan?

Kelemahan motivasi selalu disebabkan oleh fikiran negatif tentang kemampuan diri sendiri, atau tentang mekanisme gerak kehidupan. Cubalah untuk membangkitkan konsep diri positif pada diri anda. "Jika saya berfikir bahawa saya boleh, maka saya boleh" Katakan setiap ingin melakukan apapun. Yakinkan bahawa anda boleh. Jika ketika ini gagal, berusahalah terus-menerus tanpa kenal lelah. Percayalah, usul dari dalam diri dapat membantu anda mempercepat mencapai proses yang anda harapkan.

Jauhkan fahaman yang menyerah pada nasib. Ianya mempunyai pengaruh kuat dalam diri anda untuk membenarkan kegagalan. Aku paham bagaimana rasanya bila kita down atau kecewa. Aku pun tengah laluinya sekarang ni. Tapi kita kena sedar, takkan kita nak semua ni kekal sampai bila2 kan?

Pandanglah sesuatu dari segi baiknya. Kerana berfikiran positif adalah memandang segala sesuatu dari sisi pandang kebaikannya. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan kemampuannya pada suatu saat. Bukan sebagai suatu "kebodohan yang menimbulkan pelbagai kecelakaan", tetapi memandangnya sebagai suatu cabaran yang amat nikmat untuk diatasi. Orang yang berfikiran positif akan memandang perjuangan dan harapan.

Pertahankan kebebasan anda. Kebebasan adalah sesuatu yang paling bernilai yang dimiliki setiap orang. Kebebasan untuk berfikir, mencipta, akan tumbuh seperti yang anda harapkan, tentunya dengan cara yang positif. Ketika anda menjadi amat tergantung pada orang lain, anda akan berfikiran destruktif dan menjadi malas.

p/s: doakan kejayan aku untuk exam ni ye...

Image Hosting by Picoodle.com

Sejak tercetusnya isu pergaduhan bola sepak antara KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN baru2 ni, aku jumpa banyak blogger2 yang wat post mengenai perilaku orang2 kelantan. Macam2 pengalaman dan kutukan dilemparkan terhadap orang2 kelantan. Blog dijadikan medan untuk melepaskan geram dan kutukan yang banyak menghina orang2 kelantan. Isu tu bagaikan diperbesar2kan dan boleh ibaratkan akibat nila setitik, abis rosak susu satu tong.

Nak cakap sedih bila baca apa yang ditulis oleh blogger2 tersebut, mesti la sedih kan. Yela, aku ni orang kelantan gak. Macam2 kutukan dilemparkan, seperti budak2 kelantan ni nakal dan jahat, suka cari gaduh, suka kaco awek orang, suka berpuak2, bagi perempuan kelantan plak dikatakan gedik dan macam2 lagi la. Ye, aku akui, memang ada orang kelantan yang perangai camtu, tapi bukan semua k. Kita tak leh nak samakan semua orang kelantan camtu. Aku bukan backup orang kelantan, tapi memang hakikat camtu pun.

Aku orang kelantan, tapi tak pernah pun gaduh2 dengan orang. Aku baik je dengan semua. Lagipun, umah sewa aku ni bukan geng2 kelantan je. Ada gak budak negeri sembilan, ada budak kedah, ada budak johor, tapi hidup ok je. Aku orang kelantan, tapi tak da pun duk kaco2 awek orang. Orang kaco awek aku adala, tapi bukan orang kelantan.

Ni nak cakap sikit la, aku ni dari Form 1 sampai la masuk universiti ni, tak pernah pun blaja kat kelantan. Semuanya aku belajar kat luar kelantan. Dan aku juga join PLKN kat kedah. Macam2 orang aku kenal. Macam2 ragam orang aku jumpa. Semuanya sama je. Kalau dah perangai memang buruk, buruk la. Tak semestinya orang kelantan je. Masa aku kat matrik dulu, memang budak2 kelantan nakal dan jahat, tapi diorang tak da la sampai minum arak. Sape yang minum arak masa tu? Budak2 KL dan Selangor beb. Diorang dengan selambanya minum arak depan orang. Time puasa pun tak.

Kalau orang dah benci, kita wat baik camne pun, orang still akan pandang serong gak. Ni la yang terkena kat orang2 kelantan yang tak bersalah. Yang paling aku sedih, aku dapat tahu dari pelbagai jenis kawan aku yang bukan dari kelantan, yang mak bapak diorang dah pesan awal2, jangan cari pakwe or makwe dari kelantan, sebab perangai tak elok. Alahai, ajaran sesat ke apa ni. Di sini, apa yang penting sebenarnya ialah hati seseorang tu. Jangan nak nilaikan semua orang kelantan berdasarkan perangai buruk sesetengah orang kelantan.

Satu je la aku nak pesan, kalau jupe je orang kelantan, tolong jangan wat andaian2 yang terus mengatakan dia tu jahat. Kenal dulu betul2. Kalau dia tu baik dan elok, bagus la. Jadikan kawan. Kalau dia tu jahat dan nakal, barulah tak yah kawan. Aku betul2 hairan dengan pemikiran dan tanggapan orang ramai terhadap orang2 kelantan. Maybe dari azali lagi memang pemikiran dah di set camtu. Asyik nampak kesalahan orang kelantan je, sedangkan kesalahan orang2 lain, wat tak tau je. Kalau ada yang mengatakan yang diorang ada pengalaman masa bersama dengan orang kelantan, aku sebenarnya lagi banyak pengalaman masa bersama dengan orang2 negeri lain. Kalau nak cite kat cini, satu ari pun tak abis.

So aku harap, tak yah la duk bermusuh2 dan tak yah la duk cari pasal. Hormatlah antara satu sama lain. Kita ni orang melayu dan orang kelantan pun melayu gak. Dah la kedudukan orang melayu sekarang dah hampir terhakis, tambah plak dengan isu2 camni. Melayu mudah layu. Renung2kan dan selamat beramal.

Image Hosting by Picoodle.com

Selepas aku wat post pasal cek nuffnang aku dah sampai tu, ramai yang mengeluh sebab earning diorang samaada still kosong atau still merangkak2 cam kura2..hoho. And still ramai yang masih belum tahu camne nuffnang ni berfungsi. Diorang just tahu letak je iklan nuffnang dalam blog atau maybe ada yang just suka2 je letak dalam blog sedangkan tak tahu pe tu nuffnang sebenarnya.


So untuk post kali ni, aku akan bagitau serba sedikit pengetahuan yang aku ada sepanjang menggunakan nuffnang ni. Baca betul2 ye. Sape yang dah tahu, tak baca pun tak apa...hoho. Sebelum tu, pe yang aku akan cakap di bawah adalah untuk orang yang berstatus GLITTERATI sahaja. Untuk yang bukan status GLITERRATI, pun boleh baca gak tapi nilai earning yang anda akan dapat tak sama dengan orang yang berstatus GLITERRATI. Tak tahu pe tu GLITERRATI?, baca post aku sebelum ni. KLIK SINI.


Ok, untuk mendapatkan earning melalui earning melalui nuffnang ni, sebenarnya ada dua cara. First, melalui jumlah klik iklan nuffnang kita. Maksudnya, makin banyak pelawat blog anda klik nuffnang anda, makin banyak la yang anda akan dapat. Nilai untuk satu klik tu adalah berbeza2. Ada 25 sen, ada 50 sen, ada 75 sen, ada RM1.00, dan ada RM1.25. Tu bergantung kat jenis iklan tu. Kalau anda terdesak sangat nak dapatkan klik iklan nuffnang, anda suruh je blogger2 lain klik iklan anda...hoho jahat2. Ok paham setakat ni?

Second, untuk mendapatkan earning adalah melalui jumlah trafik blog anda. Ini dinamakan BUFFERED METERED atau METERED CAMPAIGNS. Yang ni jarang2 je kuar. Kalau anda tengok dalam akaun nuffnang anda tu ada kuar buffered metered (kat bahagian earning), tu tandanya anda kena mencari seberapa banyak yang mungkin trafik blog anda. Makin banyak trafik blog anda, makin banyak yang anda dapat. Melalui buffered metered ni la yang wat aku mampu untuk cash out untuk bulan ni je. Tempoh untuk buffered metered ni selalunya hanyalah seminggu sahaja. So dalam masa seminggu tu, dapatkan seberapa banyak trafik. Tengok screen shot di bawah.

(klik untuk pembesaran)

So aku arap, penerangan aku di atas, adalah jelas ye. Kalau still tak jelas gak, anda leh la tanya aku di ruangan komen ye.

Dan maybe ramai yang lebih memilih ADVERLETS sebagai pilihan. Tak apa, terpulang kat anda. Tapi untuk blog aku ni, aku lebih sayangkan nuffnang..hoho tapi untuk blog aku lagi satu, aku menggunakan Adverlets sebagai pilihan. Choice is in your hand.

Image Hosting by Picoodle.com

Setelah sekian lama aku tak update blog gara-gara masalah yang melanda diri aku tu, arini aku kuatkan semangat untuk update gak blog. Sebelum tu, aku mintak maap banyak2 kalau anda masuk ke blog aku sebelum ni tapi tiada sebarang update. Masalah yang melanda aku tu, betul2 menyeksakan diri aku. Kesetiaan yang aku beri selama 4 tahun telah dibalas dengan begitu kejam sekali. Semuanya musnah dalam sekelip mata sahaja. Tapi aku redha walaupun perit untuk menerimanya. Hidup bagaikan roda, arini aku di bawah, esok lusa aku di atas pula.

Ah, malas aku nak bercerita pasal masalah aku ni lagi. Kang tak pasal2 plak aku nangis depan laptop ni..hoho. Sebenarnya, cek nuffnnag aku ni telah sampai minggu lepas lagi tapi baru arini aku dapat kekuatan untuk wat post.

Untuk amaun cek ni, sebenarnya aku telah kumpul selama 3 bulan. Tu pun just dapat RM65 je. Hoho sikit je tu. Orang lain lagi banyak. Tapi untuk bulan ni je, amaun aku sekarang dah boleh cash out dah. hoho bangga betul. Ni disebabkan trafik blog aku semakin meningkat. Tapi sejak aku dilanda masalah dan blog pun xupdate, maka trafik aku terus jatuh menjunam..huhu tak pa, akanku bangkit semula. Ingat, traffic is money.

So sape2 yang nak cash out cepat dari nuffnang, teruskan usaha ye. Jangan cepat putus asa. Pastikan trafik blog anda kekal mantain atau terus meningkat dari hari ke hari..hoho



Minggu depan aku dah exam, tapi still arini aku tak leh nak fokus lagi. Aku selalu down. Anda doakanlah untuk kekuatan aku ye. Kekuatan aku sekarang hanyalah Allah, family, kawan dan anda semua. Terima kasih untuk semua.

p/s: Sape yang belajar naikkan trafik, sila dapatkan E-BOOK PAKEJ NEWBIE ni ye. Aku adalah penulis mengenai naikkan trafik. So jangan ketinggalan.

Image Hosting by Picoodle.com

Sepanjang minggu ni, aku telah mendapat banyak dugaan dari Allah. Dugaan ni terlalu banyak mengajar aku pe itu erti kesabaran. Minggu ni aku telah memberikan nama sebagai 'minggu kesedihan aku'. Memang terlalu perit untuk aku terima. Dugaan ni terlalu perit dan seksa untuk terima. Tapi berbekal semangat dari anda semua, aku try untuk bangkit kembali untuk teruskan saki baki kehidupan aku. So, minngu ni, banyak post yang melibatkan perasaan la ye..hoho sentimental sekali sekala. Tak apa kan? So, di sini, diharapkan kaum hawa akan membaca info ni untuk pengetahuan bersama.

Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

p/s: aku arap aku mampu untuk jadi kuat untuk menempuh dugaan yang menimpa.

Image Hosting by Picoodle.com

Sebelum tu, aku ingin ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua kawan2 blogger aku terutama JAWS yang beberapa ari ni,telah banyak membantu aku untuk terus hidup dan untuk terus harungi dugaan yang menimpa. Aku tersangatlah hargai sume pendapat anda dan sume motivasi untuk terus meransangkan aku.(ops, jangan pikir 18sx plak). Sekarang ni, aku kembali semangat sikit untuk terus memberikan info2 yang terbaik untuk anda sume. So kali ni, aku ada sediakan beberapa tips untuk kat sape2 yang mengalami nasib cam aku. Maybe ada yang sesuai untuk anda..hoho layannn

Tips untuk lupakan pakwe or awek:

1) Anda tulislah 10 pucuk surat atau banyak pun lagi bagus dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...so dalam sebulan jadi bape kali? banyak tu

2) Elakkan dari tengok cite2 jiwang or hindustan dan elak dari dengar lagu2 jiwang(Tomok sengau. Ops, dia dah lain sekarang dlm OITM haha)

3) Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan. Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh..Wat la iklan 'Aku perlukan awek baru'. haha

4) Buat perusahaan menternak itik. Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo2..

5) Sibukkan diri dengan bekerja. Bantai je overtime bebanyak, biar sampai muntah. Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala.

6) Gi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda. Buat lah lawak sengal yang tak masuk dek akal, pastu gelak lah sendiri sorang2. Biar jadi gila sekali skala.

7) Kalo still teringat kat pasangan anda tuh, anda gi cari tangga, ala cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya ler. Tapi jangan la terjun dari bangunan tinggi plak, takut mati sebagai bunuh diri plak. Haram hoho. Akan lupakan terus pasangan anda tuh. Dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi..

8) Kalo ingatan anda masih ada, gi je rumah jiran sebelah, pinjam tukul, pastu ketuk kepala sendiri sampailah ilang ingatan. Kalo susah sangat, hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat lah sampai rasa dah bosan dengan hantukan tu.

9) Gantung gambar si dia kat dinding. Kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan... buat lah apa-apa je asal hati rasa puas.

Hehe untuk pengetahuan semua, tips yang aku bagi tu, aku xwat pun sebenarnya semua. Haha tapi kalau anda nak ikut, silalah, jangan malu segan ye.

Sedikit testimoni untuk produk PAKEJ LENGKAT NEWBIE IM (leh tngok kat post bawah tu):

Walaupun aku adalah seorang dari penulis e-book tu, tapi still banyak ilmu2 yang aku belum tahu. Jadi, aku juga telah dapatkan e-book tu dari otai JAWS. Dan apa yang boleh cakapkan di sini pasal info2 yang ada dalam e-book tu, memang berguna dan berbaloi beb!!! Tak rugi anda membelinya. Ala, lagipun, just RM20 je. Balanja awek sampai ratus2 boleh plak. Dan sekarang, aku dah bermula untuk praktikkan teknik2 yang diajar oleh otai2. Ingat, jangan jadikan anda seorang yang ketinggalan dalam dunia internet ni. Dapatkan sekarang.

p/s: Sedikit keceriaan untuk aku arini. Tengok2 aku telah menang contest JAWS. hoho. Rupa2nya idea aku telah memikat atinya. hoho

Image Hosting by Picoodle.com

Untuk kali ni, aku betul2 dah tiada semangat untuk berblogging lagi. Semangat aku untuk berblogging telah hilang. Maybe ni first time aku menulis pasal masalah peribadi aku di dalam blog. Maybe ada yang rasa tak selesa. Aku mintak maap banyak2. Idea untuk aku menulis post baru dah tiada. Sumenya bagaikan musnah sekarang. Semuanya bagaikan musnah dalam sekelip mata sahaja. Maybe aku patut berundur untuk sekejap untuk menenangkan pikiran aku. Kekuatan aku untuk blogwalking pun dah tiada.

Adakah patut aku bercerita dengan lebih lanjut masalah aku ni? Maybe aku tak biasa berkongsi masalah peribadi di dalam blog sebab aku tak pernah berbuat demikian. Apa yang boleh aku cakapkan di sini, masalah awek dan melibatkan orang ketiga. Betul2 sedih.

So di sini, aku nasihatkan, perempuan di sana, tolong la jaga pakwe anda betul2. Jangan la main2. Teguhkan perasaan sayang tu. Jangan mudah tersungkur dengan orang ketiga. Di sini aku nak tanya, betul ke perempuan mudah tersentuh, mudah cair, mudah jatuh sayang kalau ada orang ketiga yang boleh dianggap cam pakwe? Sedangkan baru je beberapa bulan kenal laki tu...

Image Hosting by Picoodle.com

Kali ni, aku ingin mengumumkan mengenai pelancaran satu e-book yang diberi nama 'PAKEJ LENGKAP NEWBIE IM' yang telah dilancarkan pada hari ini(1 April 2009). E-book ini telah dihasilkan oleh beberapa otai IM yang diketuai oleh otai Jaws dan dibantu oleh beberapa rakannya. Apa yang speselnya mengenai e-book ni adalah, jeng jeng, aku adalah antara salah sorang penulis e-book ni. hoho amik peluang untuk mempromotkan diri, cewah.

E-book ini telah dihasilkan bertujuan untuk membantu blogger2 di luar sana yang berminat ingin menjana pendapatan di internet tetapi tidak mempunyai sebarang pengetahuan a.k.a newbie. So, e-book ini adalah yang terbaik untuk anda. E-book ni tidak seperti e-book2 yang ada di pasaran sekarang kerana e-book ini akan menerangkan kepada anda direct to the point. Dan apa yang istimewanya mengenai e-book ni ialah, anda boleh mendapatkannya dengan hanya RM20 sahaja!!!! E-book ini adalah yang termurah di pasaran. Nilai harga tidak menjaminkan apa2, kalau mahal sekalipun, tapi tiada apa2 yang hebat, tiada guna gak. So dont judge a e-book by its price ok. Apalah sangat RM20 tu berbanding dengan ilmu yang akan anda dapat dan seterusnya menjana pendapatan di internet.

Apa yang terkandung di di dalam e-book ini?

1) Buat duit dengan google adsense

2) Buat duit dengan affiliate

3) Buat duit dengan produk RR/MRR/PLR

4) Buat duit dengan upload dan download file

5) Buat duit dengan lelong.com.my

6) Buat duit dengan blog

7) Buat duit dengan idea

8) Teknik tarik trafik

9) Teknik domain free

10) Panduan membuat blog wordpress di hosting

11) Panduan ringkas grafik

12) Panduan twitter

Apa yang terdapat di dalam e-book tu adalah merupakan perkara asas yang anda perlu tahu sebelum bergelar pakar internet satu hari nanti. So, kalau anda semua ingin menjadi cam kami semua, anda wajib mendapatkan e-book ini. Nak tahu aku adalah penulis bahagian mana, anda pun wajib mendapatkan e-book ini. INGAT, RM20 tu hanya akan diberikan kepada 100 orang pertama sahaja. Dan selepas itu, harga mungkin akan dinaikkan. So sebelum terlambat, dapatkan e-book ini dengan klik di sini. Untuk sebarang pertanyaan, anda gi la ke blog Jaws ok.

p/s: Ni motto aku, 'ALANG-ALANG BERBLOGGING, BIAR SAMPAI DAPAT DUIT'.

Image Hosting by Picoodle.com