.

Showing newest 19 of 20 posts from March 2009. Show older posts
Showing newest 19 of 20 posts from March 2009. Show older posts

Isu berlakon pondan telah hangat diperkatakan baru2 ni. Sekarang, dah cam jadi fenomena iaitu ramai pelakon lelaki yang membawa watak sebagai pondan a.k.a makyah. Aku sebenarnya malas nak amik tahu pasal artis2 atau hiburan2 ni. Tapi kali ni, terdetik hati aku untuk memperkatakan pasal isu ni. Nape? Sebab isu berlakon sebagai pondan ni telah menyebabkan Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut bersuara. Beliau memang lantang bersuara. Sila tengok keratan akhbar di bawah.

(klik untuk pembesaran)

Apa yang penting menurut beliau, 'Matlamat tidak boleh menghalalkan cara'. Lagipun memang dah dinyatakan dalam al-quran kan, lelaki tidak boleh menyerupai wanita, dan wanita tidak boleh menyerupai lelaki. Memang niat diorang berlakon untuk menyampaikan sesuatu mesej, tapi dah memang al-quran tak bagi, so jangan la wat. Alahai, pe la yang nak jadi ek. Bagi aku, sekarang ni, pihak mufti cam dah tak ada peranan. Sebab bila diorang cakap pun, benda2 camtu still lagi terjadi. Pe la nak jadi sekarang ek. Duniawi semata-mata. Adakah sumber rezeki mereka tu boleh dikirakan sebagai haram? Biarlah orang yang berilmu agama yang menjawab.

So, adakah Norman Hakim, Fizz Fairuz dan Roslan Shah yang berlakon di dalam drama 'Mabuk Estrogen' dan 'Donut' baca paper yang ni? Harap2 diorang baca la ek. Pe pulak pandangan dari pengarah dan penerbit drama ni ek, Sheila Rusli? Jawab kak jangan tak jawab. Adakah drama2 ni akan tetap diteruskan? Atau wat tak tahu je pe yang Dato Noh Gadut tu cakap? Kita sama2 tengok nanti camne.

p/s: MATLAMAT TIDAK BOLEH MENGHALALKAN CARA

sumber keratan akhbar: rindok

Image Hosting by Picoodle.com

Untuk kali ni, aku ada sediakan beberapa fakta mengenai lelaki dan perempuan. So kalau lelaki nak mengenali perempuan, sila baca. Kalau perempuan nak mengenali lelaki, sila baca gak..hoho. Memahami antara satu sama lain amat penting untuk terus mengekalkan perhubungan yang sedia ada. Tak kira lah tengah kapel ke or yang dah kawin. Kesilapan ramai iaitu lelaki tak memahami perempuan dan perempuan tidak memahami lelaki. Susah woo. Ok la, jom layan..


1) Perempuan terpaksa membeli banyak pakaian dalam, manakala lelaki hanya perlukan satu pakaian dalam. Kadang-kadang tak perlukan pun. Pakai boxer sudah..hehe

2) Perempuan menggunakan syampoo lebih kerap berbanding lelaki. Kalau boleh tiap-tiap kali mandi nak basuh rambut....manakala lelaki sebotol syampoo, boleh tahan berbulan lamanya...kalau lelaki botak, boleh tahan bertahun lamanya.

3) Perempuan menggunakan banyak alat mekap, perfume, bedak dan bermacam macam lagi. Manakala lelaki hanya perlukan minyak rambut dan mungkin sesetengah menggunakan sedikit bedak dan perfume. Jarang lelaki pakai bedak sekarang. Pakai body spray. cewah.

4) Perempuan sentiasa up-to-date dengan perkembangan fesyen, jenis-jenis kain, baju kurung, baju kebaya, kasut, tudung kepala, skaf, baju tido, kain batik dan macam macam lagi...manakala lelaki perlukan beberapa helai seluar serta baju yang boleh dipakai bertahun tahun lamanya. Baju bundle pun ada yang menjadi pilihan.

5) Seorang lelaki akan membayar Rm2 untuk barangan RM1 yang diperlukan. Seorang wanita akan membayar RM1 untuk barangan RM2 yang tidak diperlukan. Sebab mesti bf or suami yang akan bayarkan.

6) Lelaki kuat berbelanja untuk rokok, kereta, gajet dan makan. Lelaki suka beli barangan berjenama. Sampai spender B.U.M sehelai RM50. Wow!! Perempuan selalu diet. Sebab nak simpan duit untuk bershopping..ekekekeh

7) Perempuan jarang nak belanja lelaki kerana dah memang motto diorang. Lelaki yang minta perempuan belanja amat memalukan. hehe, tapi ada gak perempuan yang bertolak ansur. Sama-sama senang, sama-sama susah. Sama-sama belanja. Cam awek aku. peeeeewwwwiiiiittttttt.

8) Wanita khuatir tentang masa depan sehingga beliau mendapat suami. Manakala lelaki tidak pernah khuatir tentang masa depan sehingga beliau mendapat isteri.

9) Lelaki yang berjaya ialah seseorang yang mampu menghasilkan banyak wang melebihi daripada apa yang isterinya mampu belanjakan. Wanita yang berjaya pula ialah seseorang yang dapat mencari lelaki sedemikian.

10) Sape yang selalu pinjam duit? Lelaki pinjam duit dari perempuan atau perempuan yang selalu pinjam duit lelaki?? Yang ni aku tak tahu nak jawab. Anda la yang jawab sendiri ye.

11) Perempuan ni tak tahu dan tidak faham akan diri mereka sendiri. Perempuan tidak tahu apa yang mereka nak sebenarnya. Sebab tu tuhan jadikan Adam dahulu supaya kita boleh wujudkan apa yang mereka perlukan dan apa yang mereka nak.

12) Ramai lelaki yang melakukan kesilapan dalam memahami kehendak perempuan. Lelaki kebiasaannya bila bertanya, mesti hendak nak jawapan terus dan tepat. Sedangkan perempuan ni penuh dengan muslihat iaitu ingin menguji kaum lelaki dengan ujian yang remeh temeh. Awek aku selalu uji aku, nasib baik aku ni seorang yang penyabar. peeeeewwwwiiiittt sekali lagi.

p/s: Satu ingatan untuk kaum lelaki. Sesuatu benda yang ada kat dunia ni seperti motor ke, kereta ke, PS2 ke, semuanya ada disediakan manual. So kita leh ikut manual tu untuk belajar. Tapi dengan perempuan, tak ada disediakan manual. So anda kenalah belajar sendiri dan paham2 la sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal....

Image Hosting by Picoodle.com


Untuk jadi blogger berjaya, kita mestilah mempunyai perwatakan peribadi yang bagus sebagai seorang blogger. Aku pun sebenarnya bukan seorang blogger yang bagus, tetapi aku selalu untuk berusaha untuk menjadi seorang blogger yang bagus (peeeewwwwiiittt). So kali ini, aku akan berkongsi beberapa tips untuk menjadikan anda seorang yang bagus dan berjaya.


1) Suka menolong

Jangan berlagak dengan blogger lain. Kalau ada yang mintak tolong anda, tolonglah dia selagi anda boleh membantu. Kalau anda tak tahu camne nak tolong dia, cakap leklok kat dia yang anda tidak dapat membantu. Jangan senyap je.

2) Peramah

Yang ni penting. Jangan bersikap kurang ajar. Jagalah hati dan perasaan blogger lain. Jangan duk maki hamun je keje. Kalau nak komplen pun, komplen dengan cara berhemah.

3) Sentiasa happy dan ceria

Kadang2, aku pun tertekan dengan masalah yang melanda. Mesti tak best berblogging dengan perasaan yang tengah serabut. Kalau boleh, elakkan berblogging dengan perasaan yang tak stabil. Takut tak pasal2 anda akan memarahi blogger lain. Kecik limpa blogger tu..huhu

4) Mesra

Janganlah membezakan antara kawan blogger anda dengan blogger yang baru. Maksud aku di sini, rapat dengan semua blogger samaada yang dah lama or yang baru. Kalau ada blogger yang masuk blog anda, layan je. Jangan tak layan. Anda patut bersyukur sebab dah bertambah sorang pelawat baru blog anda. Memang aku ada perhatikan, ada blogger tu just layan geng2 dia je. Kalau blogger yang dia tak kenal, hampeh nak layan. Ops, jangan terasa ye.

5) Senang

Jangan letak banyak sangat syarat dalam blog anda. Contohnya, 'sila berikan komen anda sebagai tanda menghargai usaha pemilik blog'. Kalau orang betul2 hargai usaha pemilik blog tu, nescaya dia akan berikan komen tanpa disuruh. Jangan bagi blogger lain rasa rimas dan menyampah dengan cara kita.

6) Jangan kedekut ilmu

Jika anda mempunyai pengetahuan or kepakaran sesuatu benda, pe salahnya share dengan orang lain. Ajar orang jika orang tu ada pertanyaan. Anda tak rugi pe2 pun.

7) Kreatif

Sifat ni perlu ada dalam diri seorang blogger. Anda perlu kreatif untuk menjadikan blog anda sering dikunjungi orang. Penggunaan tulisan dan kombinasi warna perlu sesuai. Gunakan bahasa yang sempoi dan senang untuk difahami.

8) Berbalas kunjungan

Yang ni aku baru tambah sebab ada blogger yang mengingatkan aku. Yang ni satu lagi masalah untuk sesetangah blogger. Jangan sombong dan malas untuk membalas kunjungan dari blogger2 lain. Dengan membalas kunjungan, secara tak langsung anda akan bertambah rapat dengan orang tu. Dan orang tu pasti akan datang lagi ke blog anda. Percaya la.

Sebenarnya terdapat banyak lagi tips yang boleh dipraktikkan, tapi cukup la itu saja dari aku ye. Sape yang nak tambah, dipersilakan. Sekadar untuk berkongsi pengalaman dan cerita.

Image Hosting by Picoodle.com

Selepas dua post sebelum ini yang telah mendapat 'hits' dan mendapat pelbagai respon dan kritikan dari pengunjung blog ini, kali ni aku teruskan dengan isu yang lagi panas untuk dikupas..hoho anda suka la tu kan? Sebelum tu, di sini aku ingin berpesan,

'BARANGSIAPA YANG MERASAKANNYA MASIH BAWAH UMUR, DILARANG KERAS MEMBACA POST INI YE'.

Kalau nak baca gak, terpulang la kat anda semua. Aku tak paksa ye. hoho. Untuk sekadar menambah ilmu pengetahuan, pe salahnya kan. Nanti anda pun kena kahwin gak satu hari nanti.


Di sini, aku akan senaraikan beberapa kemahuan dari seorang yang bernama wanita( tak abis2 wat post pasal wanita ek ) semasa melakukan hubungan asmara dengan sang suami, bukan sang boyfren:

1) Tidak suka lelaki menghimpit kerana sukar bernafas.

2) Suka jika lelaki mengejutkannya dari tidur dengan cara mencium tubuhnya.

3) Tidak gemar bila lelaki menunjukkan kegagahan dan kekerasan semasa melakukannya.

4) Tidak suka jika lelaki membawa makanan ke ranjang.

5) Suka lelaki yang berterus-terang apakah kelemahan lelaki itu dari sudut seks.

6) Gemar jika lelaki melakukannya dengan lemah-lembut dan perlahan.

7) Suka jika ia dapat berterusan sepanjang malam.

8) Gembira sekiranya lelaki menyatakan perasaan nikmatnya bila melakukannya.

9) Suka jika lelaki peka kepada kehendak dan perasaannya.

10) Suka sekiranya seks itu menjadi menifestasi cinta.

11) Gemar meraba dan diraba hingga tidak tertahan lagi kegelian.

12) Selepas melakukannya suka tidur di dalam rangkulan lelaki.

13) Suka jika lelaki melakukan sesuatu yang memeranjatkan di ranjang.

14) Seks patut mengembirakan bukan sesuatu yang menyedihkan hati.

15) Gemarkan posisi-posisi baru.

16) Rasa istimewa bila lelaki memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi.

17) Semasa di ranjang mahu dianggap sebagai wanita sempurna segala segi.

18) Sanggup menjadi hamba seks lelaki asalkan lelaki pun begitu.

19) Lebih lama lelaki bersabar sebelum memulakannya, lebih cepat wanita inzal.

20) Suka jika dapat tentukan sendiri masa untuk melakukannya, tidak hanya lelaki sahaja.

21) Gembira jika lelaki menyuruhnya memainkan peranan aktif sekali-sekala.

So sekali lagi aku ingin pesan, jangan nak ngada2 nak try semua tu sebelum anda kahwin. Aku tak nak bertanggungjawab pe2 ye..hoho pandai2 la anda pikir sendiri.

Image Hosting by Picoodle.com



*Update terkini: Kalau anda gi ke blog ohbulan.com, ada gak entry pasal kempen ni, dan ramai yang komen berpendapat cam aku.hoho sekian*

Kali ni aku ingin mengulas mengenai Kempen Earth Hour yang akan dilancarkan pada sabtu, 28 Mac 2009. Earth hour ini sebenarnya telah dicetuhkan oleh WWF Australia dan surat khabar, Sydney Morning Herald pada 2007.Pada tahun 2008, earth hour telah mendapat sambutan seluruh dunia.


Dengan kempen ni, mereka yang menyokong untuk bumi harus menutup lampu dan peralatan elektrik selama sejam bermula 8.30 malam untuk memberi kesedaran tentang pentingnya perlunya menjaga bumi ini.

So disini apa yang ingin aku sampaikan bukanlah untuk membantah kempen ni, tapi cuma berfikir adakah releven kempen2 camni. Kalau nak difikirkan logik, sanggupkah orang bergelap untuk tempoh satu jam? Memang bunyinya kejap je kan sejam tu. Tapi begitu ramai yang akan merungut bila bekalan elektrik terputus walau jap je pun. Habis dimakinya TNB. Camne pula dengan orang yang menjalankan perniagaan? Terutama perniagaan yang libatkan penggunaan peti sejuk untuk menyimpan barangan beku. Tak ke musnah barangan jenis camtu kalau semua suis ditutup? Adakah anda sanggup untuk tak main internet selama satu jam? Adakah dengan sejam je dah mampu untuk mengurangkan kemusnahan bumi?

Bagi aku, memang akan berjalan kempen ni terutama di KLCC, Jambatan Pulau Pinang, Dataran Merdeka dan lain-lain(mengikut cadangan asal kempen) tapi bagi aku tu semuanya adalah simbolik semata-mata. Tak ada pe2 pun. Just untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen ni je. Tapi adakah di bandar-bandar kecil atau di kampung-kampung akan ada orang yang wat camni?

Bagi aku, untuk selamatkan bumi ni dari kemusnahan, cegah atau hapuskan dulu pembakaran hutan secara terbuka, penebangan kayu balak secara membabi buta, pengeluaran asap-asap dari kilang2, pembuangan toksik2 dan lain2. Yang tu perlu diutamakan dulu dan semua kes tu sampai sekarang still tak ada jalan penyelesaian lagi. Wartawan Karam Sigh Walia pun sekarang pun tak abis-abis duk membongkar isu pencemaran yang berlaku di Malaysia ni.

So, bergantung pada diri masing-masing untuk menjaga keindahan bumi. Hope tak ada yang maki hamun aku ye. Aku just nak berikan pendapat aku je. Kita mesti berfikir di luar kotak. Cewah. Untuk keterangan lanjut, anda leh gi ke web Earth Hour. KLIK DI SINI

p/s: Tolong vote aku untuk contest milo ye. Aku perlukan vote anda untuk terus bersaing ke TOP 10 Finallist. KLIK DI SINI

Image Hosting by Picoodle.com

Seorang penyelidik dari Rome, Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya. Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor diri wanita tersebut. Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita.

Sejauh manakah kebenaran ni sume? Aku pun tak tahu sebab aku bukan seorang wanita. hoho maybe wanita di luar sana lebih mengetahui sifat dan perangai masing-masing.


1) Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh. "Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama," katanya.

2) Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara. "Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan," katanya.

3) Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik. "Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya," kata pakar itu.

4) Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik. "Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah. "Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks," kata Lorenzoni.

5) Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

6) Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.

Ai, macam-macam benda yang boleh dicheck untuk tahu perangai camne. Aku pun tak pasti ni sume betul ke tak. Pikir2 la sendiri ye. Wanita lebih mengetahui segala2nya..hoho cewah. Diharapkan agar perempuan dapat berkongsi maklumat di sini.

p/s: Tolong vote aku untuk contest milo ye. Sape2 yang dah vote tu, silalah vote lagi ye, sebab makin banyak anda vote aku, makin tinggi peluang untuk anda menang sebagai voters terbaik. KLIK DI SINI

Image Hosting by Picoodle.com

Sekarang ni memang terlalu banyak kes yang melibatkan orang yang bunuh diri. Paling yang menyedihkan banyak yang melibatkan orang Islam..Alahai, tak bau syurga beb. Aku kadang-kadang terpikir, nape orang nak bunuh diri sangat? Nak hapuskan masalah? Kalau bunuh diri, masalah di akhirat lagi lebih dasyat. Di bawah, aku ada amik beberapa fakta yang dikeluarkan oleh Kosmo hari ni(21 Mac 2009).


1) Fakta bunuh diri:

a) 73 daripada 113 mangsa membunuh diri di kediaman sendiri, seorang di rumah teman wanita, manakala seorang di kediaman jiran.

b) Lokasi lain adalah di ladang, bangunan komersial, sekolah, tanah perkuburan(tak takut azab ke), dan jalan raya.

c) Sebab membunuh diri di rumah sebab tiada gangguan dan mudah.

2) Kaedah membunuh diri:

a) Kaedah orang malaysia selalu gunakan adalah menggantung diri, menjerut dan kelemasan.

b) Meminum racun serangga dan melompat dari bangunan.

c) Menghidu gas atau wap, berbaring di hadapan objek bergerak, guna alat tajam dan senapang patah.

d) Kaedah paling lazim untuk semua etnik(melayu, cina, india) dengan menggantung diri.

e) Melayu dan cina cenderung untuk melompat dari bangunan tinggi manakala india cenderung meminum racun.

f) Sebanyak 72 kes daripada 113 kes, tidak menunjukkan sebarang tanda atau memberitahu sesiapa untuk membunuh diri.

g) Hanya 20 peratus yang menyatakan hasrat untuk membunuh diri.

So disini, sesiapa yang ada masalah tu, tak kisah la masalah awek ke(macam aku, hoho), masalah keluarga ke, masalah tempat kerja ke, jangan la sampai membunuh diri k. Tuhan kan ada. Kalau anda pikir masalah anda tu besar, masalah orang lain lagi besar dari anda. Ingat tu. BUNUH DIRI BUKAN PENYELESAI MASALAH.

p/s: Tolong vote aku untuk contest milo ye. Tengok kat post di bawah.

Image Hosting by Picoodle.com

Lagi teknik untuk tingkatkan trafik blog anda. Anda kena sedar bahawa, trafik memang penting untuk memastikan blog anda terus bertahan dan berkekalan lama. So kali ni, aku akan bongkarkan teknik yang tak berapa jahat sangat..hoho. Sebenarnya, teknik ini memfokuskan kepada pengguna internat LELAKI. Sebab kebanyakkan kaum lelaki ni, lebih terarah kepada benda2 yang melibatkan perempuan.(oh, aku tidak ok). Memang teknik ini terbukti berkesan untuk menarik trafik. Aku pun dah lama try teknik ini..hoho. Ok, di bawah aku ada senaraikan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk menarik trafik.

1) YOUTUBE

Menurut statistik 'view' video yang aku dapat tengok di youtube adalah, kebanyakkan video yang melibatkan isu artis dan melibatkan gambar-gambar awek cun yang terdapat di malaysia ini mendapat hit yang tinggi sekali. So, apa lagi, gunakan youtube sebaik yang mungkin untuk menarik trafik. Di bawah aku ada sediakan video contoh:




2) MYBLOGLOG

Mesti anda dah tahu pasal mybloglog ni kan? Bagi sape yang belum tahu tu, anda leh tengok di bahagian kanan blog aku bahagian bawah sekali. So dengan mybloglog ni, kebanyakkan pengguna blog lelaki (termasuk aku) meletakkan gambar perempuan di akaun mybloglog. Semestinya aku meletakkan gambar heliza sebab aku suka tengok matanya..hahaha. Sebenarnya meletakkan gambar artis tidak efektif sangat sebab orang dah boleh agak yang kita tipu. So letak la gambar awek ke or gambar awek mana pun. hoho

So, kesimpulannya di sini, sape yang nak guna teknik camni, letak lah pe2 pun yang melibatkan dengan perempuan, tapi jangan la sampai keterlaluan ye. Kalau anda perasan, kebanyakkan iklan produk di luar sana, mesti menggunakan perempuan sebagai model sebab ni la teknik yang berkesan untuk melariskan jualan. 'JANGAN BIARKAN BLOG ANDA DISELUBUNGI SAWANG'.

p/s: sape2 yang ada akaun twitter, jangan la malu segan follow aku ye. KLIK DI SINI

p/s/s: aku ada sesuatu yang istimewa untuk pelawat-pelawat x-po shop semua. klik di sini

Image Hosting by Picoodle.com


Di sini, aku memerlukan pertolongan anda semua sebagai kawan blogger aku. Baru sebentar tadi, aku check email dan aku bacanya. Tup2 tengok email dari MILO. Rupa-rupanya aku telah dipilih sebagai TOP 40 FINALIST CONTEST MILO!. Terkejut betul aku. Gambar yang aku hantar telah dipilih sebagai pilihan MILO untuk top 40 finalist.


So sekarang, hadiah sebanyak RM400 berserta hamper milo bernilai RM200 telah berada di dalam genggaman aku. Tapi aku tak mahu hadiah yang itu...hahaha. So di sini, aku perlukan bantuan anda semua untuk vote gambar aku tu untuk bersaing ke TOP 10 FINALIST. Top 10 Finalist menawarkan hadiah wang tunai RM2000, 1 year supply of MILO® FUZE® products worth RM1,000 dan LG RENOIR KC910 mobile phone worth RM2,088!!!!!

Tapi anda vote bukan untuk suka-suka semata-mata. Tapi anda juga turut bersaing untuk merebut wang tunai RM100 beserta hamper bernilai RM100 bagi voter's yang terbaik. So sambil anda vote gambar aku, anda juga leh menang voter's terbaik. Tengok keterangan dari MILO:


So aku harap, anda semua dapat membantu aku ye. Anda vote di dalam ruangan yang disediakan di dalam web MILO tu. Sebenarnya ada dua ruangan kat situ. Ruangan untuk vote dan ruangan untuk komen. So anda jawab yang untuk vote je k. UNTUK VOTE AKU, SILA KLIK DI SINI.

Aku betul2 menghargai jasa dan pertolongan anda semua jika anda dapat vote untuk aku. Terima kasih banyak2 ye.

p/s: Bila anda klik link yang aku bagi kat atas tu, tak yah nak pening2 lagi nak cari gambar aku yang mana. Yang link tu terus ke gambar aku. Gambar yang students tido dalam kelas.

Image Hosting by Picoodle.com


Camne dengan result anda yang amik SPM baru-baru ini? Harap-harap semuanya memperolehi result yang baik. Bagi yang dapat result kurang baik, jangan berputus asa k. Still banyak masa lagi untuk anda berjaya. Gagal SPM, bukan gagal selama-lamanya. Ingat tu. So kali ni, aku ingin mengupas mengenai kejayaan adik Madihah. Selepas result SPM dikeluarkan baru-baru ini, namanya terus jadi femes. Tak caya? Try google nama dia. 20A tu banyak woo.


Selepas namanya terus menjadi perbualan ramai, rezekinya terus datang mencurah-curah. Yang terbaru, kerajaan negeri kelantan telah menawarkan sebuah rumah yang bernilai RM130 ribu kepada keluarganya! Siapa sangka, dari umah usang terus dapat rumah mewah gara-gara kejayaan seorang anak. Begitulah kuasa kejayaan bila kita berjaya. Pasti kehidupan keluarga mereka akan berubah satu hari nanti. Segala keperitan ayahnya bekerja sebagai seorang nelayan berbaloi akhirnya dengan menyambut kejayaan anaknya.


So sekarang, banyak organisasi yang berebut-rebut untuk mendapatkan adik Madihah ni. MARA, BNM dan Petronas berebut-rebut untuk memberikan tawaran biasiswa kepada Madihah. Bertuah betul tuan empunya badan. Time aku dulu tak ada pulak yang berebut-rebut untuk mendapatkan aku..haha.

So, adakah PPSMI tu menghalang kejayaan seseorang pelajar?? hoho tiba-tiba masuk bab PPSMI plak. Bagi aku, asalkan orang tu nak belajar, bagi je bahasa pe2 pun, mesti berjaya juga. Yang banyak bagi alasan tu, yang malas belajar je. Betul tak?

p/s: aku bangga sebagai anak kelate melihat kejayaan Madihah..

Image Hosting by Picoodle.com


Selepas aku wat post 'ADA APA DI SEBALIK YOUTUBE PART 1' dan 'ADA APA DI SEBALIK YOUTUBE PART 2' sebelum ini, ramai blogger yang bertanyakan aku bagaimana nak download video dari youtube. Senang aja sebenarnya. Pelbagai cara yang kita boleh gunakan. Internet ni kan tiada sempadan..hoho. Di bawah aku senaraikan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mendownload video dari youtube..Wallaa


1) Techcrunch

Klik di sini untuk ke techcrunch. Buka youtube.com dan cari video yang diinnginkan. Setelah video dijumpai atau video yang dicari telah dapat, copy link video. Misalnya : http://youtube.com/watch?v=SXzziqUWUws. Kemudian paste link tersebut di URL yang disediakan di ruangan TechCrunch tersebut dan klik Get Video. Setelah itu akan muncul menu untuk menyimpan video tersebut, nama biasanya get_video. Sebelum save, rename file tersebut dan tambahkan .flv di belakang, misalnya get_video.flv. Kadang2 video yang didownload tak dapat dibuka. Cara yang biasanya dibuat seterusnya ialah dengan convertkan video tu dalam format wmv. Teknik ni memerlukan proses yang banyak.


2) Web Based

* http://keepvid.com/ Kita just copy paste link video youtube di Form Text yang disediakan, kemudian klik button Download. Akan muncul link download dalam flv (low quality) dan mp4 (high quality, jika tersedia).
* http://www.clipnabber.com/ Clibnabber memiliki cara yang mirip dengan keepvid, dan memberikan download dalam bentuk FLV maupun MP4.

3) Firefox Plugin

Video DownloadHelper. Jika menggunakan Browser firefox, boleh menggunakan plugins ini, websitenya di http://www.downloadhelper.net


4) Software(youtube downloader)

* Youtube Downloader. Software ini cukup sederhana dan mudah digunakan. Pastikan menggunakan versi terbaru, seiring dengan perubahan di Youtube.

5) Software(IDM-internet download manager)

Software ini adalah cara aku download video dari youtube. Software ini adalah yang terbaik bagi aku. Kenape? Sebab bukan setakat video dari youtube je yang boleh download, tapi katne2 web pun yang ada video. IDM ni juga aku selalu gunakan untuk download movie pirates kat rapidshare.com(kalau ada akaun premuim, lagi laju download). hohoho save bajet beb. tak yah g pawagam or bli cd..ekekeh. Amaran keras: dengan IDM ni juga leh download cite lucah, so jgn ngada2 download cite lucah plak ye adik2..haha. Untuk dapatkan software ni, anda seacrh la kat google tu k.


Banyak kan cara-cara untuk download video kat youtube. So anda leh la try yang mana satu yang terbaik bagi anda. Banyakkan explore kalau nak pandai dalam ilmu internet ni. Guanakan kuasa yang ada kat google tu.

Image Hosting by Picoodle.com

Sempena dengan hari minggu, mesti aku akan wat post yang dapat menyantaikan otak anda semua..hoho. Sebelum aku proceed dengan post baru ni, aku rasa post ni akan menimbulkan kemarahan kaum hawa..hehe jangan marah ye kaum hawa sekalian. Post ni sekadar renungan bersama je. Kalau nak marah gak, sila luangkan kemarahan anda tu di ruangan komen. Jangan saman aku ye, aku orang miskin..huhu. Jom layaaannnn


1) Bila meja lelaki bersepah-sepah, Dia nih memang rajin bekerja dan merupakan orang yang sibuk. Bila meja wanita bersepah-sepah, Pompuan nih memang jenis tak tau kebersihan dan keadaanya memang tunggang-langgang.


2) Bila lelaki yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya, Mesti dia tu tengah berbincang mengenai perjanjian dengan syarikat ABC. Bila wanita yang sedang bercakap dengan rakan sepejabatnya, Mesti dia tu tengah mengumpat dan bergossip.


3) Bila lelaki tidak berada di mejanya, Mesti dia tu tengah pergi meeting, Bila wanita tidak berada di mejanya, Mesti dia berada kat dalam tandas tengah bersolek.

4) Bila lelaki tidak berada di dalam pejabatnya, Mesti dia pergi berjumpa dengan customer dan clientnya. Bila wanita tidak berada di dalam pejabatnya, Mesti dia pergi keluar bershopping.


5) Bila lelaki makan tengah hari bersama BOSS, Nampaknya dia mungkin akan dapat naik pangkat nanti. Bila wanita makan tengah hari bersama BOSS, Nampaknya dia mempunyai hubungan sulit dengan BOSS.

6)Bila BOSS mengkritik lelaki, Selepas ini dia mesti akan berusaha meningkatkan pencapaiannya. Bila BOSS mengkritik wanita, Selepas ini mesti dia merajuk.

7) Bila lelaki akan berkahwin, Dia akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini. Bila wanita akan berkahwin, Dia akan mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang.

8) Bila lelaki keluar untuk urusan perniagaan, Bagus juga dia keluar kerana ia bagus untuk membina kerjayanya. Bila wanita keluar untuk urusan perniagaan, Apa yang lelaki dia akan berkata kelak?

9) Bila lelaki berhenti kerja kerana mendapat pekerjaan baru, Nampaknya dia mengenali yang mana satu memberikan kelebihan kepadanya. Bila wanita berhenti kerja kerana mendapatkan pekerjaan baru, Wanita memang tak boleh diharapkan lansung dan tidak tetap pendirian.


Image Hosting by Picoodle.com

Sekarang contest 'Sape Komen First, Dia Menang' bermula!! Kita tengok sapa yang akan menang nanti!!

Untuk post kali ni, aku ingin bercerita mengenai 2 orang blogger yang menempa kejayaan dan menjana ribuan dollar hanya dengan berblogging je. Pendapatan melalui internet bukan lagi dongeng semata2. Aku pun telah menjana pendapatan dengan internet. Aku pernah dapat RM2k dalam hanya 2bulan sahaja..hoho..Di bawah aku ada sedikit maklumat mengenai dua orang individu yang telah berjaya dalam dunia blogging.

1) Alborz Fallah

Dari Australia dan nama blognya ialah CarAdvice.com.au. Dari nama blog pun kita tentu dapat agak pastinya berkisar tentang kereta.Pendapatannya memang menakjubkan walau hanya berblog selama dua tahun sahaja. Kini blognya merupakan diantara top ten traffic di australia dan meraih pendapatan berbillion dollar dari pengiklanan. Dia juga menjana pendapatan melalui google adsense. 'Niche' kereta memang mahal di google adsense. (Tak tahu pasal google adsense? Tengok kat post aku sebelum ni. Ada kat kategori tu.)

Pendapatan yang diperolehi adalah sekitar $10.00 sehari. Selepas beberapa bulan pendapatannya telah meningkat sekitar $100.00 sehari. Dari situ beliau mula menggunakan kaedah pengiklanan yang lain pula. Pada ketika itu pendapatannya melalui iklan telah meningkat kepada $30,000.00 sebulan. Dianggarkan pendapatannya dari blognya sekarang adalah sekitar setengah juta ke satu juta dollar setahun. Masa tu, dia hanya berblogging secara part time je, tapi sekarang dia telah menjadi full time blogger..hoho hebat!

2) John Wu

Dia hanya seorang remaja berusia 22 tahun. Sama umur dengan aku. Johns Wu adalah owner kepada sebuah blog ber’niche’kan banking, bankaholic.com. Dan bankaholic.com telah dibeli oleh bankrate.com pada harga USD$15,000,000 dan bila ditukarkan pada Ringgit Malaysia, memberi total RM53 juta!!! Memang hebat. Kalau anda mampu wat blog yang mampu menarik hati pelabur, memang akan kayalah anda.

Di Malaysia pun, ada blogger, BOB yang telah menjual blognya iaitu blogohblog dengan RM30 ribu maa.

So, kalau diorang mampu melakukannya, mengapa kita tidak? Aku selalu guna pepatah x-po yang menyatakan bahawa, 'alang-alang berblogging, biar sampai dapat duit'. Sekarang ni pun, aku masih dalam proses mengumpul maklumat dan ilmu di dada untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang internet ni. Internet memang mempunyai prospek yang begitu tinggi kalau kita jumpa teknik yang betul.

So, sape2 yang nak banyak belajar pasal perniagaan internet, anda gi la jalan2 kat blog2 otai. Jangan malas kalau nak pandai. Ada kat link otai internet kat sebelah kanan blog aku tu.

p/s: Bagi sesiapa yang ingin belajar asas bagaimana untuk menjana pendapatan di internet, silalah download ebook dari otai, Raja Kamil secara percuma sekarang!! Barang free tak kan tu pun tak nak kot.



Image Hosting by Picoodle.com

Sebagai penghargaan kepada semua pengunjung setia x-po shop yang tidak putus-putus mengunjungi x-po shop, arini aku akan lancarkan satu contest yang tak seberapa ni..hoho. Tapi, arini(11 mac 2009) aku just lancarkan je contest, tapi contest tak bermula lagi ok..hoho. Disebabkan trafik blog ni semakin meningkat dari hari ke hari, maka aku wat la satu contest yang diberi nama 'SAPE KOMEN FIRST, DIA MENANG'. Contest ni begitu senang cam makan siput sedut je..


PENERANGAN (BACA BETUL2 BAGI PAHAM):


1) Contest ni akan bermula untuk post seterusnya sahaja. Sape yang komen first post tersebut, maka dialah pemenangnya. INGAT, UNTUK POST SETERUSNYA SAHAJA.

2) Post seterusnya tak tahu bila akan aku wat. Bagi yang dah familiar dengan blog ni, maybe dia dah tahu selang bape hari dan pukul bape aku wat post baru. Tapi tu semua tak menjamin apa2 ok. Maybe jap lagi, maybe esok, maybe lusa.

3) Disebabkan contest ni biasa2 je, maka hadiah pun biasa2 gak la ye..hehe. Hadiahnya adalah RM20. Untuk sorang pemenang je iaitu sape yang komen first. Bentuk duit tu anda leh pilih samaada nak aku transfer ke dalam akaun bank anda atau dalam bentuk topup.

4) So kesimpulannya di sini, sentiasalah mengunjungi blog ni. Kot2 anda yang bertuah untuk jadi pengomen first. Pastikan datang ke blog ni tiap saat, tiap minit, tiap jam dan tiap hari2..hoho

p/s: Bagi yang nak duit lebih lagi, join la contest dari jaws. Hadiah yang lebih menarik untuk dimenangi. Klik di sini

Image Hosting by Picoodle.com

Ni ada satu lagi kes yang membabitkan sesetengah pihak yang mahu menghina Islam. Dalam kes terbaru, pelakon drama Jelita, Agnes Monica dalam lagunya yang bertajuk Allah Peduli jelas menghina tuhan kita, Allah. Pe yang aku dapat di dalam forum CariGold, Agnes Monica ni beragama kristian, ayah dia orang kristian tapi maknya orang islam. Camne tu ek?

Bagi aku, lagu ni memang tak leh masuk kot malaysia tapi kalau ada pun, sebab dari internet je. Nape benda2 camni boleh berlaku? Adakah orang islam tu sendiri yang lemah? Atau memang ada agenda di sebalik sume ni? Sama2 la kita terjah...hoho..Jadi di bawah, aku ada sediakan lirik dan videonya. TAPI INGAT!! Jangan ngada2 ikut lirik tu..Takut akidah kita terpesong plak. Lirik dan video tu sekadar renungan bersama je. Apakah yang patut kita lakukan?????

-ALLAH PEDULI-

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti

*lirik last dalam video tu aku terpaksa potong sebab dah macam keterlaluan sgt*





p/s: Bagi yang berminat untuk mencari sumber pendapatan dari internet, tapi tak tahu caranya, download ebook dari otai, Raja Kamil secara percuma sekarang!! Klik banner di bawah.



Image Hosting by Picoodle.com


Sejak akhir-akhir ni, aku dapat detect ramai giler blogger-blogger kat luar sana tu, yang amik kesempatan terhadap post-post aku terutama post pasal english sucks or not? dan pelajar kita makin manja. Dah la copy 100% aku punya post, tajuk pun main copy 100% gak! wallaawei.. Mungkin pemilik blog tu ingin menunjukkan kepada pembacanya bahawa itu adalah hasil tulisan mereka sendiri. Aku malas nak hebohkan sape blogger tu. Aku bukanlah jahat sangat sampai nak heboh2kan sape. Sapa makan cili dialah yang terasa bahangnya kan.

Ya… aku tidak bengang jika ada blogger mengambil hakcipta dan semua post dalam blog ini untuk diletakkan di dalam blog masing-masing. Tetapi alangkah baiknya jika dikreditkan di mana catatan itu diambil(dalam kes ni, blog aku la). Aku tak nafikan ada blogger2 yang ikut etika dan diorang tahu apa yang patut diorang wat, yang tu aku berterima kasih sangat2.

Bagi aku tiada masalah langsung sebenarnya. Cuma perlu kita ingat bahawa bukan semua blogger di dunia ni bersikap “tidak kisah”. Silap haribulan, kita juga yang dapat susah. Yela, sekarang ramai yang pandai hack. Kang tak pasal2 esok anda tengok blog anda kosong je..hoho.

Sebenarnya bukan susah sangat pun nak letakkan kredit untuk pemilik yang sebenarnya. Dalam berblogging ni, kita juga kenalah ada etika gak k. Kalau blogger tu tak tahu yang post dia dicopy orang, xpala. Tapi dalam kes aku ni, aku nampak dengan mata aku sendiri. Siap aku baca balik post diorang tu. 'Ai, cam sebijik je cam aku punya ni'. hoho.

Sekali lagi aku bilang, 'aku tak bengang'!..

p/s: Selamat menyambut maulidur rasul. Tinggalkan dulu urusan duniawi tu kejap. Banyakkan berselawat, mengaji quran dan apa yang sepatutnya.



p/s/s: sape2 yang berminat untuk bermula menjana pendapatan di internet, silalah download ebook yang disediakan oleh otai, Raja Kamil secara percuma! Klik banner di bawah



Image Hosting by Picoodle.com

Sebelum ni, aku ada wat post pasal ada apa di sebalik youtube part 1. Sape yang still belum baca post part 1 tu, silalah klik di sini. Sebelum ini, di post part 1, aku bercerita mengenai bagaimana untuk mencari trafik dengan menggunakan youtube.

So post kali ni, aku ingin bercerita mengenai tips bagaimana untuk menonton video di youtube dengan kualiti yang baik. Ada video di youtube amat rendah kualitinya dari segi tak berapa jelas atau kabur. So camne kita nak setelkan masalah ni????

Video di bawah adalah tidak berapa jelas atau kabur

http://www.youtube.com/watch?v=ELUX0EWcjRk

So bagaimana kita boleh menjadikan video ini menjadi lebih jelas? Caranya adalah kita tambah &fmt=18 dibelakang url video itu ,so url akan jadi begini

http://www.youtube.com/watch?v=ELUX0EWcjRk&fmt=18

Kalau diperhatikan, memang ada sedikit perbezaan dari kualiti video tersebut. Sebenarnya, bukan semua video kita leh guna teknik ni. Sesetengah je k.

p/s: Sempena hari minggu, pekata anda try permainan Tic Tac Toe yang aku sediakan di bawah. Sapa yang mampu mencabar markah aku, memang aku tabik spring kat orang tu. So pe lagi, meh kita bermain.









p/s/s:Aku ada barang hot and spicy punya untuk anda semua. Klik di sini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Image Hosting by Picoodle.com


Mesti anda tahu pasal PPSMI kan? Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Sekarang ni, isu ni memang tengah hangat bak goreng pisang. Tak kira lah di parlimen ke, di paper ke, di tv ke, ramai duk sembang pasal isu ni. Ada yang membantah sekeras2nya (terutama orang melayu) dan ada yang setuju dengan pelaksanaannya. Aku sebagai pelajar Pendidikan Matematik akan cuba merungkaikan masalah isu ini..hoho

1) Dikatakan dapat memantapkan penggunaan bahasa inggeris di kalangan pelajar. Terutama pelajar melayu. Yang ni aku setuju. Orang cina dan india, diorang boleh menggunakan pelbagai bahasa. Kalau orang cina, diorang leh guna bahasa melayu, bahasa cina dan inggeris. India plak leh guna bahasa malaysia, bahasa tamil dan inggeris. Tapi melayu? Nak tahu guna bahasa melayu je ke?

2) Dikatakan penggunaan bahasa inggeris akan membelakangkan dan memusnahkan bahasa ibunda iaitu bahasa melayu. Yang ni aku tak setuju. Apa kejadahnya dapat memusnahkan bahasa melayu plak? Walaupun aku belajar dalam bahasa inggeris, tapi aku still guna bahasa melayu dengan kawan2, dengan lecturer2. So, bahasa melayu tak kan musnah punya.

3) Dikatakan para guru mengalami kesukaran dalam mengajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Ya memang betul! Apa yang aku perhatikan, pelajar kat UPSI ni termasuk aku memang ada masalah guna bahasa inggeris masa mengajar atau ingin menerangkan sesuatu. Belajar tak ada masalah dalam inggeris, tapi masalahnya masa kita nak terangkan balik. Bagaimana kita nak bagi orang faham kalau susah nak terang dalam bahasa inggeris.

4) Dikatakan menjadi punca bahasa rojak. WTH?! Bagi aku PPSMI ni tak ada kaitan langsung dengan bahasa rojak. Kalau nak hapuskan bahasa rojak, hapuskan dulu sistem SMS, YM, email, dan sebagainya. Ada ke orang yang SMS or chatting guna bahasa melayu baku?????? Bagi aku, bahasa rojak ni bagus pe, yela, nampak sikit educated. Boleh berbahasa inggeris, biar campur2 bahasa melayu pun. Dalam cite hindustan pun, diorang campur2 pe..hoho

5) Aku sebenarnya malu gak dengan kaum2 yang lain. Yela, kalau diperhatikan, diorang sembang antara mereka dalam bahasa inggeris. Jarang diorang sembang dalam bahasa ibunda mereka, cina or tamil. Ada ke diorang mempertikaikan kalau guna bahasa inggeris, bahasa ibunda meraka akan musnah??? Bila melayu speaking je, mula la kedengaran, 'poyo la ko', 'nak menunjuk2 konon'.

6) Ada cadangan yang mahu hapuskan PPSMI dan wujudkan satu mekanisme baru dalam subjek inggeris. Yang ni aku setuju. Bagus gak cadangan tu.

Sebenarnya, PPSMI ni ada pro dan ada kontranya. Tapi, mana yang lebih banyak, pro atau kontra?? Sama2 la pikir ye.

So apa pendapat anda? Adakah anda setuju PPSMI ni terus dilaksanakan atau dimansuhkan je? Mungkin ada di antara anda nak tambah2 maklumat or pendapat kat sini. Kalau ada, sila lah komen ye. Aku ingin berkongsi dengan anda sume pasal isu ini.

p/s: Ni ada satu benda yang menarik untuk anda. Nak tahu pe? klik di sini

Image Hosting by Picoodle.com


Kali ni, aku ingin memberikan beberapa lagi teknik untuk menaikkan trafik blog anda. Sebelum ni aku ada wat post pasal bagaimana untuk menaikkan ranking alexa. Kat dalam post tu, ada banyak teknik yang aku bagi. Anda leh tengok kat cni. Untuk kali ni, aku akan bercerita mengenai kehebatan forum dan teknik ping url blog anda.


Forum:


Bagaimana nak naikkan trafik melalui forum? Aku pasti kalau sebut pasal forum mesti ramai daripada anda sudahpun menyertai mana-mana forum. Banyak forum yang ada kat malaysia ni. Antara yang femes ialah CariGold. Forum tu menerima hampir beribu2 pengunjung setiap hari. Aku selalu lepak kat sana. Untuk usahawan internet pula, forum wangcyber tempatnya. Ok, di forum, anda boleh letakkan signature anda di setiap post yang anda wat. Anda boleh letakkan link blog anda atau pe2 link sekalipun. Secara tak langsung, orang akan klik link tu.

Ping url blog anda:

Teknik ni aku gunakan sejak belajar dari blog khai..hoho tq bro. Hasil teknik ni memang meletop. Banyak web yang sediakan web ping ni. Antaranya ialah Pingler dan PingMyBlog. Teknik ni bertujuan untuk memberitahu semua jenis search engine supaya menghantar bala tenteranya ke blog anda. Jadi, tak sampai 10 minit, dah ada kat google. Kalau boleh, pingkan blog anda setiap hari.

Selamat mencuba ye..hoho

p/s: Contest dari Jaws masih terbuka untuk anda merebut wang besar. Cepat. Klik di sini

Image Hosting by Picoodle.com