.

Jika anda sedang berputus asa sekarang, lebih baik anda tonton video ni dulu. Jika anda merasakan diri anda tu belum cukup sempurna, lebih baik anda tonton video ni. Bagi yang mempunyai perasaan yang cepat tersentuh, sila sediakan tisu di tangan ye..hoho. Sila berikan komen anda pasal video ini. Adakah video ini memberikan anda keinsafan atau tidak.




motto di dalam video tu hasil dari Jaws

p/s: jom hangatkan lagi contest anjuran Jaws..wang besar untuk dimenangi..klik di sini

Image Hosting by Picoodle.com


Mesti dah ramai yang tahu pasal youtube kan? Mesti dah ramai yang tengok video kat youtube kan? Mesti dah ramai yang download video kat youtube kan?

Tapi tahukah anda bahawa dengan youtube kita boleh mendapatkan trafik yang tinggi ke blog kita dan seterusnya boleh menjana pendapatan dengan blog? Bagi pengguna adsense, nuffnang dan menjual produk di blog, trafik begitu penting bagi mereka. Bagi blogger yang tak menjana pendapatan dengan blog, tak pa, sebab apabila anda berjaya mendapatkan trafik yang tinggi, maka ramai yang akan mengenali blog anda. hoho. Pengguna internet menggunakan youtube dalam sehari adalah dianggarkan 100000 orang tiap ari! Bayangkan betapa ramainya trafik yang anda boleh dapat.

Teknik ini masih dalam percubaan aku dan hasilnya adalah memberangsangkan!! Aku guna teknik ni untuk blog aku yang lain yang aku tidak jaga langsung. Just update kadang-kadang je. Tak ada pun blogwalking guna link blog lagi satu tu. Tapi dengan teknik youtube ni (campur dengan search engine sikit2), blog aku lagi satu tu mendapat trafik secara purata 100 trafik tiap ari. Cam sikit je 100 tu kan, tapi ok la tu, sebab tak jaga langsung kan. Ni teknik yang aku wat:

1) Download video dari youtube. Yang tengah hot and spicy lagi. (ke ada yang tak
tahu download video dari youtube?)

2) Edit video tu. Guna la windows movie maker ke apa ke. Terpulang kat anda.
Masukkan link blog anda dalam video tu. Contoh 'free music download http://bloganda.com'. Secara tak langsung orang akan tengok link anda dalam video tu.

3) Then, upload balik video tu dalam youtube.

4) Selesai..Senang aja..hoho

So, jangan lupa untuk mencubanya ye..Rasai kegegarannya. Komen jangan tak komen

p/s: Meh pakat ramai-ramai menyertai contest anjuran Jaws, hadiah wang tunai menanti anda semua. Klik di sini.

Image Hosting by Picoodle.com

Bagi kebanyakkan usahawan internet, pasti akan meletakkan pelbagai gambar produk mereka di dalam blog atau web masing-masing. Tapi sedarkah anda bahawa, ramai usahawan internet gagal untuk menambat hati pelanggan mereka. Kenapa situasi berlaku? Meletakkan gambar produk adalah amat penting untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk kita. Tetapi, meletakkan gambar yang tidak berkualiti akan mengurangkan kredibiliti kita sebagai usahawan internet, seterusnya akan menyebabkan pelanggan tidak tertarik dengan produk kita. Sila perhatikan gambar di bawah.

sumber gambar: Dr. Irfan Khairi

Apakah perbezaan yang anda nampak terhadap kedua-dua gambar di atas? Pastinya gambar yang berlatar belakangkan bersih mampu menarik minat pelanggan. Tak ke gitu saudara saudari sekalian? Di sini, kepada usahawan internet mahupun photographer ataupun yang nak belajar teknik fotografi, aku ada sediakan ebook percuma oleh Noorizam Sabran yang anda boleh download. Sila klik gambar cover ebook di bawah.



p/s: Jom join contest anjuran Jaws sekarang sebelum terlambat. Hadiah wang tunai menanti anda. Klik di sini.
Image Hosting by Picoodle.com

Kali ni, aku wat entry ni sebagai keprihatinan aku terhadap perkembangan di wilayah bergolak iaitu di bumi Gaza, Palestin. Sebagai seorang muslim, kita mestilah mengambil berat dan mengambil tahu tentang apa yang terjadi terhadap saudara-saudara kita di sana. Kurangkan la amik tahu pasal Ekin dah mula loya la, Fauziah Gaus terpaksa kencing dalam seluar la, Norman Hakim nak kahwin dengan Mimie la, dan yang terbaru gambar separuh bogel Elizebeth Wong tersebar kat internet, bagi aku, tu semuanya tak mencambahkan pengetahuan langsung. Biar la dengan hidup diorang tu.

Ni nak habaq skit pasal info terbaru yang aku petik dari akhbar tempatan. Kempen memboikot barangan Israel membuahkan hasil. Kempen ni telah memberikan kesan walaupun perlahan. Sebagai contoh, Starbuck telah mengalami kerugian dan terpaksa menutup beberapa premis mereka di seluruh dunia sebab ramai yang boikot. Ok la, berbalik pada tajuk asal. Ikuti artikel di bawah:


Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma,Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari.Berikut adalah kisah benar dari beliau dari pengalaman beliau di Gaza:


Peristiwa 1
: Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa,ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka.Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia.Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya.Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran.Setelah habis adegan aneh itu,para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu???Allah hu Akhbar!


Peristiwa 2
: Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakn uniform pejuang bewarna hijau!Siapakah yang berbaju putih itu???


Peristiwa 3
: Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.


Peristiwa 4: Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasaran nya iaitu anggota tentera mereka sendiri!Ia berpatah balik!!!Allah hu Akhbar!

Peristiwa 5
: Pada permulaan perang,roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan,tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia.Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!!!


Peristiwa 6
: Yang paling menakjubkan,seorang ulamak Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya.Ulamak itu berkata "Wahai Rasulullah,kemana kamu mahu pergi?",lalu baginda menjawab "Aku mahu berperang di Gaza!!!"...masyaAllah,Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza!!!Dimanakah kita???


Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!


p/s: Teruskan memboikot. Aku tahu ramai yang tak leh tahan kalau tak makan kat McD.

p/s/s: komen la skit untuk menunjukkan keprihatinan anda.


sumber: kalam patah

Image Hosting by Picoodle.com

Bagi kebanyakkan pengguna website atau blog, diorang selalu berlumba-lumba untuk menaikkan ranking blog mereka di ALEXA. Sebenarnya, ranking alexa ni amat mempengaruhi dalam menarik pengunjung melalui search engine.

Makin tinggi ranking alexa kita, makin mendapat tempat la blog kita di search engin iaitu berada di page-page hadapan. Di alexa, anda boleh mengetahui kedudukan blog anda di kedudukan yang mana di dunia ni. Anda juga boleh check kedudukan blog orang lain jugak..hoho..cam best je kan. klik gambar di bawah.


Tetapi aku terpaksa bermula dari bawah balik disebabkan aku telah menukar domain. huhu..lumrah hidup kan. Ok la, di bawah, adalah beberapa tips atau teknik untuk meningkatkan ranking alexa blog anda.

1) Survey atau kaji keyword yang mempunyai 'harga' atau dalam bahasa senangnya ialah keyword yang mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan pengguna-pengguna internet. Bagi aku, keyword yang paling mahal di malaysia ni adalah yg berkaitan dengan dunia artis. Memang meletop.

2) Pelbagaikan lagi IP pengunjung dan trafik ke blog anda yang mana harus dari pelbagai negara,(lagi bagus untuk blog berbahasa english) dijamin cepat naiknya ranking Alexa anda itu.

3) Menulis artikel yang mampu menarik perhatian pengunjung. Buatkan mereka akan mengunjungi lagi blog anda. Bagi aku, blog yang berbentuk personal, tak mampu untuk pergi jauh. Kalau anda tu artis, lainlah cite kan..hoho

4) Memeriahkan blog anda dengan melakukan blogwalking ke blog-blog sekitar kita terutamanya di blog-blog yang mempunyai alexa ranking lebih tinggi daripada blog anda.

5) Banyakkan memberikan komen yang hot and spicy di blog-blog yang sememangnya mantap ranking alexanya. Anda cari la sendiri. Aku juga selalu meninggalkan komen di blog-blog terutama di blog-blog pasal artis. Ops, aku bukan minat hiburan k. Just mahu mencari trafik je..hoho

6) Daftarkan blog anda diseberapa banyak halaman search engine(enjin carian). Antaranya anda boleh daftarkan blog anda di submitexpress.(klik di sini).

Semoga artikel ini dapat memberi info baru kat anda dan selamat mencuba.

p/s: aku kalah dalam peraduan menamakan proton MPV..huhu

Image Hosting by Picoodle.com

Sebelum aku bercerita dengan lanjut pasal tajuk ni, aku tidak berniat untuk mengutuk bangsa aku sendiri, tetapi ini adalah hakikat yang aku telah lihat.

Baru-baru ni, aku ke Kuala Lumpur. Saje jalan-jalan makan karipap dengan orang tersayang..hoho. Aku ke Low Yat, Pavillion dan Times Square. Apa kaitan tempat-tempat tu dengan orang melayu?

Mesti ramai yang boleh agak apa yang aku ingin sampaikan di sini. Tempat-tempat tu adalah dikuasai oleh peniaga-peniaga Cina. Hampir 95% adalah peniaga Cina! Mana peniaga melayu? Tengah tido kat rumah kot. Apa yang aku perhatikan di sana. kebanyakkan orang melayu adalah pak guard, cleaner, jaga parking dan ada gak la yang jadi pelayan tetamu. 'Encik, sila masuk encik'. Yang boleh di banggakan sikit, ada la kedai-kedai makan melayu. Tu pun berapa bijik je kedai. Sedih tul.

Mana perginya peniaga melayu? Takkan nak berniaga kat warung-warung je, takkan nak berniaga kat pasar malam je, takkan nak berniaga kat lorong-lorong je. Come on melayu. Masa di sana, aku berusaha untuk cari kedai milik melayu, semata-mata mahu membeli barang melayu, semata-mata mahu membantu melayu tapi frust, susah nak cari kedai melayu. Sekurang-kurangnya, dapat gak la makan kat kedai melayu.

Di sini aku ada terpikir mengapa situasi berlaku:

1) Mungkin peniaga melayu takut bersaing dengan peniaga cina.

2) Kekurangan modal. Tak mungkin. Sebab kerajaan pun ada banyak membantu usahawan melayu. Kita ada MARA, kita ada YAKIN, dan pelbagai pinjaman yang lain.

3) Melayu tiada minat untuk mengembangkan perniagaan mereka.Tak mahu kaya la kot.

4) Melayu masih di takuk yang lama.

5) Melayu tiada kepakaran cam orang cina wat.

6) Melayu kekurangan idea dari segi daya maju, promosi, usaha dan sifat mahu bersaing.

7) Akhir sekali, mungkin melayu telah dilahirkan untuk tidak berdaya maju. Ada melayu yang berdaya maju, tetapi maju dalam rempit, maju dalam dadah, dan paling ketara sekali, maju dalam hiburan! Tak abis-abis dengan rancangan realiti. Mentaliti melayu memang kat situ je. Tu pun aku rasa (tak tau betul ke tak) tokey yang wat rancangan realiti tu pun dari orang cina. Oh melayuku.

Di Low Yat, aku sempat berbual dengan seorang peniaga cina. Apa yang aku terkejutnya adalah, dia tu baru 21 tahun! Tapi dah ada kedai komputer di Low Yat. Memang aku tabik la dengan sifat diorang.

Jadi, aku harap satu hari nanti, ada peniaga melayu yang sebaris dengan orang cina dalam ekonomi mahupun perniagaan.

p/s: ramai blogger yang tanya aku, 'nape earning diorang dalam nuffnang still kosong'. Tu tandanya tak ada orang klik iklan anda k. So pastikan anda dapat banyak trafik blog.

p/s/s: sape yang merasakan dirinya tu melayu, bagi la sedikit komen or pendapat kat cni ye...

Image Hosting by Picoodle.com

Gambar di sebelah adalah gambaran ruang kerja x-po satu hari nanti..hoho..OK, sekarang aku ingin bercerita mengenai konsep SOHO. Istilah ini adalah satu kebiasaan bagi seseorang bagi seseorang usahawan internet. Apa itu SOHO?

SOHO adalah small office home office. Yela, kebanyakkan usahawan internet hanya bekerja melalui rumah mereka je. Jarang mempunyai syarikat sendiri. Bagi usahawan internet yang otai, selalunya ada lah officenya.

Konsep ini adalah alternatif bagi kita semua dan juga bagi yang berkerjaya. Namun tidak ramai yang tahu cara untuk mewujudkan ruang pejabat di rumah. Walau apa pun pekerjaan yang anda lakukan dari rumah, lebih2 lagi pekerjaan berteraskan online, sepatutnya anda perlu wujudkan satu ruang kerja yang selesa, tersusun pada anda agar ianya dapat memainkan peranan penting dalam perlaksanaan kerja kita seharian.

Sedikit tips daripada aku tentang mewujudkan ruang kerja di rumah anda:

1) Pilih ruang atau tempat yang selesa pada anda. Bilik atau ruang terbuka, terpulang kepada anda. Apa yang penting, anda dapat keselesaan, ketenangan dan boleh menambahkan produktif kerja anda.

2) Jangan memilih ruang yang agak gelap dan terlalu sempit kerana ianya pasti mengundang mood bosan anda. Ruang yang anda pilih tadi, mestilah ada sedikit dekorasi dan tidak semestinya perabot yang mahal2. ( yang kaya tu, tak kisah la..hehe)

3) Pilih tempat yang hampir dengan soket (plug)…Tujuannya, supaya wayar2 tidak berserabut dan sakit mata memandang serta mengganggu penghuni rumah anda yang lain.

4) Setelah lengkap kesemua yang anda lakukan untuk mewujudkan konsep SOHO di rumah anda…mulakanlah pekerjaan anda. Apakah bentuk pekerjaannya? Terpulang pada anda…dan jika ditanya kepada aku, tentulah perniagaan berteraskan internet. hoho

p/s: sape yang nak tengok SOHO aku, angkat kepala cepat..

Image Hosting by Picoodle.com

Try anda lihat di browser internet anda kat atas tu. Address x-po shop ialah http://x-poshop.via.my kan? Untuk pengetahuan anda, aku sudah tak menggunakan nama blogspot lagi..hoho..Sebenarnya ini adalah domain percuma je. Yela, hajat di hati memang nak guna domain yang berbayar tetapi seru belum tiba lagi..hoho..Tapi sekurang-kurangnya ini adalah langkah permulaan bagi aku untuk menggunakan domain berbayar satu ari nanti.

Sebenarnya, aku still guna sistem blogspot tapi nama domain je yang tukar. So anda jangan risau, segala isi perut blog anda tak akan hilang dan semua kerja-kerja nak posting, sama je sume. Then, kalau ada orang nak masuk blog anda dengan menaip link lama, jangan risau sebab akan automatik akan masuk ke link baru anda. So jangan khuatir pasal ni.

So, bagi sesiapa yang ingin menggunakan domain percuma ini, sila pastikan link blog anda di nuffnang(sapa yang guna nuffnang je), turut ditukar. Kalau tak, iklan anda akan jadi error. Siapa nak belajar angkat kaki cepat! Sebenarnya, aku malas nak wat tutor, sebab banyak sangat yang perlu diprint screenkan..hoho pe2 pun, sapa yang berminat, anda leh belajar dengan kawan blogger aku ni. Klik di sini.

Selain dari domain percuma ni, terdapat satu lagi domain percuma iaitu co.cc. Nak tau? Tengok post aku pasal co.cc ni. Klik di sini.

p/s: Ni ada satu tips kepada anda bagaimana nak naikkan trafik pengunjung blog anda iaitu dengan menggunakan mybloglog. Trafik amat penting bagi pengguna nuffnang. Ramai yang telah meletakkan wigdet mybloglog ni dalam blog mereka. Bagi yang tak tau apa itu mybloglog, sila tengok di bahagian kanan blog aku. Di situ ada wigdet mybloglog. Try la sekarang. Daftar mybloglog di sini
Image Hosting by Picoodle.com

Anda kenal siapa Puan Rozita Ibrahim? Aku jamin 95% antara kita termasuk aku tidak kenal siapa Puan Rozita Ibrahim. Tetapi mesti anda pernah melihat iklan Sendayu Tinggi dalam tv kan. Ha, Puan Rozita la tokey Sendayu Tinggi ni. Namun, apa yang spesel sangat dengan Puan Rozita ni? Bagi aku, puan rozita ni adalah merupakan usahawan jutawan melayu yang patut aku banggakan. Kenapa? Sebab dia merupakan seorang jutawan yang asalnya seorang penoreh getah!!!

`YA Allah ya Tuhanku, aku ini sudah puas hidup susah, aku minta satu sahaja ya Allah, berikanlah aku kasih sayang, martabat yang mulia, petunjuk ke jalan yang benar dan aku ingin menjadi yang terbaik.``Sekiranya Engkau berikan ya Allah, akan aku bantu wanita dan fakir miskin yang senasib dengan aku dahulu.''

Bagi pengasas produk kesihatan dan kecantikan, Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim, beliau tidak pernah melupakan janji-janji yang dibuat kepada Tuhan.

Malah sehingga kini, setiap malam ketika menunaikan solat tahajud, beliau masih terus berdoa tentang perkara yang sama.

Menurut Rozita, doa tersebut bukan bermakna beliau cemburu dengan kejayaan orang lain tetapi kerana berhasrat menjadi yang lebih baik daripada yang terbaik.

``Saya mengaku saya bukan alim. Apa yang saya buat adalah kerana Allah. Saya pernah cuba meninggalkan janji-janji saya, tetapi jiwa saya keluh kesah,'' akuinya ketika ditemui sebaik sahaja merasmikan cawangan terbarunya di Kuala Lumpur.

Selain cawangan tersebut, Rozita, seorang wanita yang asalnya tidak punya apa, kini telah mempunyai dua cawangan perniagaan Sendayu Tinggi, masing-masing di Bukit Tinggi dan Bukit Raja, kedua-duanya terletak di Klang. Selain turut mempunyai sebuah kilang sendiri di Pelabuhan Barat.

Berpegang kepada pepatah ``Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat,'' Rozita tidak seperti kebanyakan wanita lain yang hanya berserah kepada nasib tetapi bangun melawan kemiskinan yang melingkungi hidupnya sehingga kini muncul sebagai antara wanita paling berjaya.

Mahu laporan lengkap?
Klik disini (utusan online)

p/s: sesiapa yang mahu bermula untuk menjana pendapatan dengan internet, tapi tak tahu caranya, downloadlah ebook dari otai, Raja Kamil secara percuma sekarang!!! klik banner di bawah




Image Hosting by Picoodle.com

Sebelum aku bercerita dengan award yang aku dapat ni, aku ingin bercerita sedikit mengenai ads network iaitu nuffnang dan advertlets. So untuk ketahui pasal award yang aku dapat ni, sila baca post ni sampai abis ye..hoho

Mungkin anda perasan, dalam blog aku ni, aku just letak iklan nuffnang je kan. Nape aku tak letak advertlets? Pada awal kemunculan blog ni, memang aku ada letak nuffnang dan advertlets. Tetapi tak lama selepas tu, aku buang iklan advertlets. Nape?

1) Sebab syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh nuffnang. Nak tau apa? Baca post aku sebelum ni pasal nuffnang. Sila klik di sini.

2) Aku dapat menjana 3 kali ganda dari adverlets jika aku just guna nuffnang. Secara purata aku dapat menjana RM5 ke atas seminggu dengan nuffnang berbanding advertlets yang ciput je.

3) Advertlets sebenarnya hanya sesuai untuk blog yang mempunyai trafik 10+++ setiap hari sahaja. Baru dapat jana lebih dengan advertlets. Dia akan bagi berdasarkan bilangan pengunjung.

Ok la, sekarang cerita pasal x-po shop masuk berita plak. Blog ni telah mendapat award The World's Greatest Business Mind. Bangga siot. hoho..Nak tengok beritanya?? klik di sini.

p/s: Teruskan memboikot barangan amerikasetan dan israelsetan. Jangan duk sibuk boikot time perang aritu je. Kuasa di tangan anda.

Arini aku ingin menceritakan kepada anda satu lagi cabang pendapatan melalui blog iaitu GOOGLE ADSENSE. Google adsense adalah merupakan antara sumber tetap bagi pemilik blog. Mungkin ramai yang dah tau. So sape yang belum tahu, sila baca sampai abis post ni.

Google adsense ni mirip seperti NUFFNANG. Salah satu daripada ads network yang femes di dunia. Banyak web atau blog yang menggunakan google adsense ni. Friendster pun ada guna google adsense gak. Di bawah adalah contoh google adsense.

KLIK UNTUK PEMBESARAN

Ok sekarang anda dah tau apa itu google adsense. So kalau google adsense anda tu dapat banyak klik dari pengunjung blog anda, maka banyak la anda dapat. Dalam USD!

Berikut adalah beberapa syarat penting untuk google adsense:

1) Untuk apply (free aja), pastikan anda mempunyai satu blog 100% dalam english. Kalau tak, permohonan anda tak akan diterima oleh pihak encik google. Lepas permohonan dah diterima, anda boleh guna google adsense anda tu kat blog melayu pun. Tapi kena lebih kurang ada 60%-70% dalam english. Kalau tak, iklan tak akan keluar. hoho

2) Jangan main-main dengan encik google. Maksud aku di sini, hindari dari fraud click. Jangan ngada-ngada klik sendiri atau suruh member klik. Encik google dapat detect. Dia ada toyol yang akan memantau semua pengguna google adsense. Dah ramai yang akaun mereka telah di banned sebab telah melanggar polisi google.

3) Iklan yang akan keluar adalah bergantung dengan content blog anda. Kalau blog anda pasal kereta, maka akan keluar la iklan pasal kereta. So di sini, pentingnya keyword blog. Setiap iklan mempunyai nilai yang berbeza-beza. Ada yang mahal dan ada yang murah. So pastikan anda mempunyai blog yang guna keyword yang mahal-mahal. hoho

Sebenarnya banyak lagi info dan tip-tip pasal google adsense ni tapi aku tak larat nak habaq satu-satu. So aku ada sediakan e-book untuk anda download. Free je. Tak kan itu pun tak nak. Nak berjaya, kena banyakkan baca e-book yang disediakan oleh otai.


p/s: akaun google aku dah kena banned aritu sebab ramai sangat yang sabotaj aku. Banyak fraud click. Oh god. Hancus ratus-ratus USD aku!..huhuhu.. So anda, berhati-hati la ye.

Jikalau anda seseorang yang baik hati, lemah lembut dan terlalu mudah kasihankan orang, mungkin satu hari nanti sesetengah orang akan mengambil kesempatan kat anda. Ini adalah realiti. Situasi ini selalu terjadi ke atas usahawan dalam perniagaan. Mesti akan ada orang yang dengki atas kejayaan kita.

Mengikut kata Donald Trump dalam bukunya:

'dalam perniagaan, jangan percayakan sesiapa pun.'



Sebenarnya, tak akan semua yang mengambil kesempatan. Tapi bagi aku, ianya bukan kali pertama berlaku ke atas diri aku. Dan sering kali ia dilakukan oleh mereka yang hampir dengan kita yang kita anggap sebagai 'kawan'. Dan setiap kali mesti kita akan rasa down, tensen, kecewa, sedih, marah pun ada( sampai nak gi pukul). hoho

Jadi, apakah penyelesaiannya jika ia betul-betul berlaku ke atas diri anda? Adakah berhenti jadi baik? Berubah jadi jahat dan sombong?

Aku ada jawapannya. 'TIDAK'. Itu bukan jawapannya.
Jawapan aku ialah bersabar dan redha atas apa yang terjadi. Aku yakin Allah sayang bangat 1000x kat hambanya yang bersabar dan redha.

Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman aku, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, aku yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada aku!

So, sekiranya ada orang take advantage of you, sabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda!

Tetapi, sekiranya anda tak bersabar, tak redha, menjadi marah, dan sebagainya dan nafsu syaitan mula memenuhi diri, di situlah akan terjadi keadaan dimana lebih banyak perkara-perkara yang tidak diingini akan terjadi. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga pula.

INGAT!
Pulangan yang lebih lumayan pasti akan diberi oleh Allah asalkan kita redha dan bersabar.

p/s: sape yang ada pengalaman pasal ni, silalah share-share ye..hoho