.

Sape yang couple, mesti mahu sampai ke jinjang pelamin ye dak? Kalau dah hubungan sampai sekerat highway je, nak wat camne, dah jodoh tak ada. Tapi mesti ada yang dah baik dengan parents pasangan, dah kenal antara satu sama lain, last2, hubungan tak kemana, malu gak tu kan? So untuk entry ni, pengalaman orang2 yang dah kahwin, amat diperlukan. Hehe.

Nak jumpa dengan bakal mentua mestilah kena wat persiapan yang terbaik. Yela, kalau nak diterima sebagai menantu, mestilah kena tunjuk yang kita ni bagus, yang kita ni mampu nak jaga anak diorang. Tapi, kalau korang rasa diri korang tu tak berapa nak bagus sangat, perlu ke korang berlakon?

Memang akan ada orang cakap, tak perlulah nak jadi pelakon yang terbaik punya, jadilah diri sebenar. Tunjukkan camne diri kita yang sebenarnya. So contoh la kalau diri korang tu jenis yang selekeh, pastu pakai yang selekeh2 depan bakal mentua, korang rasa2 diorang leh terima ke tak?

'Awak, masa nak jumpa dengan keluarga saya nanti, saya nak awak pakai tudung tau, jangan free hair. Saya tak nak awak tunjuk rambut awak yang warna cam air karat tu'. 'Ala, rumah awak tak ada aircond la, mesti panas giler nanti bila pakai tudung, rosak la rambut saya ni'. 'Ala sayang, jap je ok, nanti bila dah balik, awak free hair la balik'.

'Bang, family saya amat pentingkan adab tau masa nak makan, so masa makan nanti, awak makan dengan sudu hati2 tau'. 'Adeh, ni yang leceh ni, saya pantang kalau makan ayam dengan sudu, dah banyak kali dah ayam goreng terbang bila makan dengan sudu'. 'Ish bang ni, kalau camtu tak yah la makan ayam, makan nasi je cukup, banyak cakap pulak dia'.

Kadang2 ada lelaki yang berlagak alim konon bila berjumpa dengan bakal mentua. Siap pakai serban dengan jubah lagi tu. Tapi bila mentua suruh baca doa qunut, haram terketar2 baca. Muahaha. Eh, cam aku ni laju je baca. ekekeh. Tapi bagi aku, perlu gak hipokrit sikit2 depan bakal mentua. Yela, kalau direject, kita gak yang melepas nak kahwin dengan anak dia tu. Betul tak?

p/s: Aku suka makan dengan tangan, kureng sikit guna sudu sebab cam tak kenyang je rasa kalau makan dengan sudu. Mee goreng, bihun goreng, kueh tiaw, sume belasah dengan tangan. haha. Itulah sunnah nabi.

Image Hosting by Picoodle.com

blog comments powered by Disqus