.

Kahwin memang menjadi impian semua orang. Sape yang tak mahu kahwin tu, sure ada wayar terputus dalam medula oblagata dia. Bila dah kahwin, mesti akan ramai yang akan tanya, 'ko plan nanti, nak ada berapa orang anak?'. 'Tengok la kalau aku dan isteri aku gagah, nak satu dozen anak, cukup satu team bola'. Hoho. Semuanya pasti akan indah je time mula2 kahwin.

Tapi, bayangkan keindahan tu bertukar jadi satu mimpi ngeri korang nanti. Apa yang aku nak cakap ni, bukanlah kehendak ok, tapi cuba ingin nak bayangkan je. Memang benda ni mintak jauh2 la kan. Kalau la, samaada korang atau suami/isteri korang disahkan mengalami kemandulan. Tak leh nak hasilkan anak. Kalau tahu sebelum kahwin, maybe kita akan cari lain, tapi camne kalau tahu lepas dah kahwin?

Banyak kemungkinan yang akan berlaku yang aku rasa la. First, korang akan mencari anak angkat sebagai ganti untuk menghilangkan rasa sedih. Semua pasangan kahwin, mesti idamkan anak, so kalau tak ada anak, mesti sedih giler. Ke ada perempuan yang tak nak beranak? Konon2nya tak nak perut jadi berkedut. hehe.

Second, kalau si perempuan yang mandul, dia akan bagi kebenaran kat suami untuk kahwin lagi satu. Tak sanggup lihat suaminya tidak mempunyai zuriatnya sendiri. Tapi berapa banyak la perempuan yang sanggup wat camtu ek? Kalau laki, korang sanggup kahwin lain tak? Sanggup ke nak tambahkan lagi penderitaan isteri korang tu? Dah la tengah sedih sebab tak leh nak mengandung, pastu tambah plak dengan sedih bagi suami kahwin lagi satu. Kalau aku la, aku tak sanggup nak wat camtu. Baik amik anak angkat je.

Third, kemungkinan si suami ni akan menceraikan isteri dia kalau la isteri yang mandul. Cerai sebab tak tahan dengan malu. Tak tahan dengan tohmahan orang sekeliling. Lagi2, hinaan dan cacian dari parents. Memang pedih kalau alami kes ni. Impian perkahwinan hancus camtu je.

Jadi, camne nak atasi benda ni? Adakah patut pasangan yang nak kahwin, kena check dulu kat hospital mandul ke tak? Sama cam check HIV aids. Aku rasa memang patut kot wat camtu untuk mengelakkan kesulitan selepas kahwin. Tapi kalau orang tu sanggup nak kahwin gak dengan orang yang mandul, just go on, tak ada paksaan.

p/s: Aku ada berita baik, sape yang nak duit RM5, korang join contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, dan jadikan aku sebagai referel. Aku akan dapat RM5, dan korang pun akan dapat RM5 dari aku. Adil kan? Tolong sama tolong. Hoho. KLIK SINI

Image Hosting by Picoodle.com

blog comments powered by Disqus