Aku jahat, aku kejam, aku tak perikemanusiaan, aku pentingkan diri sendiri, ya memang. Hoho. Aku bukanlah seorang manusia yang camtu sebenarnya, cuma aku kejam, aku pentingkan diri sendiri, aku jahat untuk satu benda ni je. Nak tahu apa dia? Meh teruskan baca entry ni. Aku buat semua tu hanya satu sebab sahaja, iaitu sebab keselamatan.Situasinya begini. Masa tengah memandu kereta, tiba2 nampak ada seorang lelaki melayu yang kuat tahan kereta kita, nampak macam kereta diorang rosak. Maybe diorang nak mintak bantuan. Ha amacam? Kalau korang nak berhenti tak untuk sesi tolong-menolong? Kalau aku, 100% aku tak akan tolong. Kenapa? Cam aku cakap tadi la, sebab keselamatan aku.
Kan sekarang ni macam2 taktik orang mencuri atau menyamun, dan salah satunya jenis yang tahan kereta tepi jalan. Bayangkan korang ikhlas nak tolong, ingatkan diorang betul2 memerlukan bantuan, tengok2 diorang letak parang kat leher, nak lawan ke? Kalau yang teruk lagi, siap rogol atau cabul korang lagi. Kang naya. Kalau laki yang cam sotong tu, tak tahu la diorang tu nak cabul ke tak. Ahaks.
Kalau waktu malam, lagi la aku takut nak tolong. Kang tak pasal2 jadi camni, 'hi cik adik, watpe malam2 kat tepi jalan ni, bahaya tau'. 'Tayar kereta saya pancit bang, saya tak reti la nak tukar tayar, biasala saya kan perempuan, lemah sikit'. 'Tak apa2, meh abang tolong hantarkan cik adik balik umah ye, meh naik. Rumah cik adik kat mana?' 'Rumah saya kat tanah perkuburan hujuang sana tu( sambil mengilai).' Time tu, jangan la nak ngada2 pandang belakang. hehe.
Memang la bukan semua orang berniat camtu, aku akui memang ada orang yang betul2 yang memerlukan bantuan, tapi aku sentiasa amik pendekatan berhati2. Mesti akan ada orang cakap, tu semua adalah takdir, ye aku tahu, tapi kita still boleh berusaha mengubah takdir tu kan.
So sape2 yang baca entry ni yang bersifat suka menolong orang, aku nak nasihatkan korang, memang tak salah untuk menolong orang, tapi biarlah sentiasa berhati2 ya. Jangan disebabkan niat yang murni bertukar menjadi satu tragedi yang pasti korang tak akan lupakan.
p/s: Ada seorang otai menyediakan 16 biji ebook untuk didownload secara percuma. Ebook yang pasti berguna untuk korang. Baik download cepat2 sebelum tarikh tutup. Barang free, pe lagi, sambar la cepat.












