.

Semalam, aku dengan member2 aku gi ke bukit jalil sebab nak tengok final piala malaysia antara kelantan dengan negeri sembilan. Aku sebagai penyokong kelantan. Hehe. Tapi mesti korang ramai dah tahu kan pasal semalam? Bukan pasal bola sepak, tapi pasal 'kepanasan' yang berlaku di luar dan di dalam stadium. Banyak blog2 aku tengok dah wat pasal isu ni. Hoho cepat betul kalau bab2 camni.

Ok, meh aku nak cite sikit pasal pengalaman aku semalam. First, pasal ada penyokong memecah masuk pagar stadium. Memang ada. Aku saksikan sendiri. Tapi aku tak join pun diorang. Aku seorang penyokong yang beradab. Sanggup duk tengah hujan. Haha. Sebab apa diorang pecah masuk? Sebab time tu hujan lebat. Dah la kat bukit jalil tak banyak tempat nak berteduh, orang plak ramai. Pihak pengurusan stadium plak wat bodo je. Dah tahu nak ujan, bukak la awal2 gate tu.

Pastu pasal main mercun. Bukan sume yang main mercun k. Ada sekor dua ekor makhluk2 yang main mercun. Aku guna istilah ekor, sebab aku pun memang bengang dengan diorang ni. Aku nak tengok bola pun tak senang. Aku duk tingkat bawah sekali, tepi trek. So bila2 masa je mercun leh hinggap atas kepala. huhu. Sape yang baca Kosmo arini, ada gambar bomba duk sembur asap kan. Aku ada kat situ.


Masa tu lepas negeri sembilan dapat gol ketiga. Ada sekor tu gi bakar kain. Bomba datang la nak sembur api tu. Yang paling bangangnya, orang duk lempar2 objek kat bomba tu. Pe lagi, bomba tu bengang la, sebab tu dia gi sembur penyokong. Siot tul. Masa tu aku dengan orang kat situ, terpaksa tolak2 kuar. Sesak nafas dowh. Ingat nak mati kat situ dah. Time tu gak, aku sempat buat bantuan kemanusiaan jap. Hoho. Dalam asap tu, ramai kanak2. Cian kat seorang ayah tu, anak dia ramai, orang pulak duk kelam kabut tolak2, aku pun dukung la sorang anak dia panjat tempat duduk.

So, aku harap, korang sume tak salahkan atau burukkan penyokong kelantan ye. Sebab bukan semua camtu. Segelintir je. Ramai yang datang dengan penuh semangat semalam. Ibu bapa, orang tua, kanak2, pasangan couple, semua bersemangat. Kepada sume penyokong the Red Warriors, kita nantikan tahun depan pula.

Di sini, aku ada nak wat promotion sikit. Kawan aku, ada menganjurkan satu contest di blog dia, iaitu contest komen terbanyak. Hadiah2nya memang gempak woo:

Tempat Pertama : RM150 + Hadiah Misteri

Tempat Kedua : RM100 + Hadiah Misteri

Tempat Ketiga : RM50 + Hadiah Misteri

Komen Terbaik : RM30 + Hadiah Misteri

Dan Setiap Pernyertaan Layak Mendapat Sebuah Hadiah Misteri Yang Bernilai RM990 !!

So, sape2 yang kaki contest tu, meh la pakat join contest ni. Untuk join contest ni, KLIK DI SINI.

p/s: Gomo klate gomo. Tahun depan ada lagi.

Image Hosting by Picoodle.com

blog comments powered by Disqus