Aku betul2 tertekan sekarang ni. Ingatkan bila balik kampung, boleh main tenet dengan suka hati riang dengan adanya berukband. Tapi jangkaan aku silap, berukband sememangnya cam beruk. Oh god. Dalam masa dua ari baru la dapat bukak blog. Tu pun slow2 cam labi kura2. Alahai. Line 3G kat sini tak nak lekat sangat. Nak tergolek2 kat blog korang pun susah.

Ok la, maybe entry kali ni ringkas je kot, iaitu yang ada kaitan dengan persoalan yang selalu aku duk pikir2kan. Benda ni semua, banyak berlaku kat kehidupan korang termasuklah aku. Aku suka berpikir pasal kehidupan manusia.

Ok first, pasal hubungan cinta. Pepatah 'laki yang baik, untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik, untuk laki yang baik'. Tapi apa yang aku nampak, bila laki tu baik, perempuan plak yang wat taik. Bila perempuan tu baik, laki plak yang wat sial. So disebabkan inilah, aku berpendapat istilah tu tak leh nak pakai sangat. Susah nak jupe orang betul2 sama dengan kita.

Ok second, pasal orang islam. Apa yang aku tengok la kan, kebanyakkan orang yang alim dan tinggi ilmu agamanya, mesti hidup dalam kemiskinan atau serba kekurangan. Hanya ilmu agama je yang ada, dari segi ekonomi, memang tak ada. Tapi kalau orang kaya plak, aku tengok kebanyakkan diorang ni jauh dari tuhan. Arak, disco, rasuah, maksiat, memang dah jadi lumrah diorang. Jadi aku berpikir, nape jarang orang islam sekarang ni lengkap kehidupan diorang iaitu dari segi ilmu agama dan dari segi ekonomi.

Ok third, nape orang memandang rendah orang yang miskin, orang yang gemuk, orang yang dari pedalaman, dan macam2 lagi la yang rendah2. Orang yang rendah ketinggian pun ada orang yang perli2 kan? Apa yang kurangnya mereka ni? Ntah2 diorang ni lagi bagus dari orang yang boleh 'dikatakan' bagus2 tu. Berlagak je lebih, tapi habuk pun tarak. 'Eeeeiii i tak biasa lah makan dengan tangan, i lebih selesa makan dengan sudu. I tak nak tangan i berbau.' Ah, meluat betul aku.

p/s: Kita setia pada cinta, tapi orang tak hargai kesetiaan kita. Bukan senang nak cari orang yang setia sekarang ni.

Image Hosting by Picoodle.com

blog comments powered by Disqus