Ni bukan skema peperiksaan upsr, pmr, atau spm ke apa, tapi ni skema yang melibatkan peribadi, perangai dan personaliti seseorang. Camne dengan korang? Leh rasa tak korang tu skema ke tak? Selalunya perkataan skema ni slalu kita dengar time bila? Berdasarkan pengalaman aku la kan, perkataan ni memang selalu digunakan masa belajar, tak kira la sekolah rendah ke, menengah ke, universiti ke.Apa yang aku tengok la kan, selalunya perkataan skema ni akan diberikan kat budak lelaki. Kalau budak perempuan tu, aku tak tau sangat, sebab aku tak amik kisah pun. Hehe. Maybe kalau budak laki, senang nak detect kot laki tu seorang skema atau tidak skema.
Kalau laki selalu pakai kemas2, rambut plak belah tepi, tak bercampur gaul dengan budak2 laki lain, selalu datang kelas awal, baik dengan guru atau lecturer, kebanyakkannya memang seorang yang skema. Budak skema ni selalunya seorang yang pandai dan mesti akan dapat result yang gempak2. Selalu juga orang panggil budak jambu kan?
Budak skema gak mesti dicopkan sebagai kaki report. Kebanyakkan budak2 skema la yang akan jadi tali barut warden kalau kat sekolah asrama. Jenis yang tak leh simpan rahsia. Pastu kena buli dan kena belasah oleh pelajar lain. Hoho cian budak skema.
Camne plak dengan budak tak skema? Pakaian relek2 je, kadang2 tak iron baju (aku tak penah iron baju, malas wakaka), sempoi dan lawak. Kebanyakkan budak tak skema ni, banyak memberikan masalah, gaduh ke, isap rokok ke, ponteng ke apa ke. Tapi kan, aku tengok, budak2 tak skema pun banyak yang pandai2 dan genius. Cuma tak tunjuk je. Underground gituu.
'Weh budak skema, ko ingat hensem sangat ke pakai baju kemas2 camni? Stylo sangat ke pakai seluar atas pusat? Nak tunjuk rajin ke sampai selalu duk tatang buku tebal2 camni selalu? Dengan rambut belah tepinya, dengan spek mata besarnya, ah geli geleman aku dibuatnya tau tak?' ''Salam budak tak skema, awak ingat macho sangat ke pakai baju yang berkedut2 camtu? Awak ingat seksi sangat ke pakai seluar londeh2, sampai kantoi pakai spender pink? Ingat rambut pacak2 camtu smart sangat ke? Cam ayam belanda tercekit pisang je saya tengok'.
Ermm, ragam manusia macam2.
p/s: Perempuan suka tak laki skema?











