.

Akhirnya saat untuk aku 'dibuang' upsi tiba jua. Aku betul2 sedih disebabkan aku terpaksa keluar dari upsi. Tapi aku 'dibuang' upsi bukan sebab aku ada wat salah, bukan aku ditangkap khalwat, bukan sebab aku duk kutuk2 canselor upsi, tapi sebab aku dah memang tamat pengajian kat sini. Haha. Yela, aku dah sem 7, sem depan aku dah praktikal dah, sem last aku.

Masa aku tulis entry ni, sorang2 budak umah aku dah balik kampung masing2. Rumah pun dah kosong, perabot2 pun dah jual, hanya tinggal streamyx dengan tilam busuk je wat peneman kebosanan. Sayu dan hiba menyelubungi perasaan, situasi yang meruntun jiwa. Eh, bila masa plak aku ni pandai berpuitis ni. wakaka unbelieveable. Dah nak kiamat kot. huhu.

Walaupun aku kat upsi ni tak aktif langsung dan tak ada join pe2 pun program, tapi kenangan aku kat sini memang banyak. Kenangan manis, kenangan pahit, kenangan masam, kenangan payau, sume ada. 3 tahun setengah cepat betul berlalu. Rasa cam baru semalam je daftar upsi.

Upsi oh upsi, walaupun aku selalu ponteng kuliah dan ada gak fail satu subjek (nasib baik lulus masa repeat), namun aku tetap sayangkan kau upsi. Disebabkan kau la upsi, aku pun turut rekemenkan kat adik aku masuk upsi gak. Hoho. Mandi sungai dah memang jadi lumrah hidup aku sejak duk kat upsi ni. Pantang panas skit, start motor, gi sungai. Haha tak adala sampai camtu sekali k.

Tahun depan aku akan hadapi cabaran yang paling getir sepanjang aku belajar di upsi. Tahun depan aku akan start berpraktikal. Kena mengajar di sekolah. Aduh. Mampukah aku menjadi seorang guru yang digilai pelajar perempuan dan guru perempuan nanti? Haha. Kita tengok tahun depan camne nanti. Nanti aku inform kat korang.

p/s: Jalan kat kelantan dah banyak tutup sebab banjir, camne aku nak balik ni...

p/s: Di sini, aku nak informkan satu berita baik kat sape2 yang kaki buku dengan kaki contest. Syarikat buku PTS ada menganjurkan satu contest. Hadiah gempak woo. Kalau nak tahu lebih, klik banner di bawah.

blog comments powered by Disqus