.

Kes ni, apa yang boleh aku cakap, 'main' reti, tapi tak reti nak cegah. Tak ada otak ke apa? Tak kan sebelum 'main' tu, tak fikir ke efek sume ni? Memang la kalau boleh kena hindari jauh2 benda 'main2' ni kan. Haram. Tapi, biasalah, kalau dah dikuasai oleh nafsu tu, memang susah nak lawan. Aku betul2 heran la, kalau dah nak melakukan seks sebelum kahwin tu, nape la tak pakai kondom. Kalau dah kawin tu, tak apala tak pakai pun sebab kalau dapat anak, tu anak kita.

So, sape yang patut dipersalahkan? Adakah sebab laki tak pakai kondom? Atau adakah salah perempuan sebab duk gatal serahkan dara dia tu? Kalau nak ikutkan, dua2 salah kan. Sebab memang patut dijauhkan semua itu. Tapi, kalau dah terbuat gak camne?

Bagi aku, mesti kena ada protection. Jangan duk pikir nak seronok dan sedap je. Dalam hal ni, memang aku akan salahkan laki. Sape suruh tak pakai kondom. Tarak ada otak. Pastu bila perempuan dah pregnant, mulalah bagi alasan, 'ala, ntah2 anak tu anak orang lain kot'.

Kadang2, aku ada terpikir gak, nape orang buang bayi. Mesti ada sebab disebalik tu. Sebab paling penting, mesti nak tutup malu kan. Sape la yang tak malu melahirkan anak luar nikah. Masalahnya, masyarakat kita sekarang ni, bila dapat tahu perempuan tu buang bayi, mesti akan maki hamun kaw2 punya, mesti akan kutuk gila2 punya.

Tapi, try korang bayangkan apa perasaan korang kalau korang sendiri duk dalam situasi tu? Apa patut korang wat? Nak harapkan kat laki tu bertanggungjawab? Jangan harap la. Kebanyakkan orang bila duk tengah keadaan genting camtu, memang susah nak pikir secara waras. Sebab tu maybe ramai yang amik keputusan nak buang je bayi tu.

Aku yakin, time kita tak kena lagi semua tu, kita leh la cakap macam2 kat orang yang buang bayi tu. Tapi kalau kita yang terkena gak camtu, aku yakin 90% antara kita akan buang gak bayi tu! Sama cam aku cakap kat entry yang lepas, yang tajuk 'pandai nasihat, tapi susah nak aplikasi kat diri sendiri'.

tajuk entry dikreditkan kepada unwanted86.

p/s: Sape2 yang masih belum mendaftar CATCHEYE (ala2 nuffnang), iaitu advertiser baru yang akan dilancarkan tak lama lagi, silalah daftar cepat. Free aja. KLIK DI SINI

Image Hosting by Picoodle.com

blog comments powered by Disqus