Semalam (8 Julai 2009), mesti anda sume dah tau kan yang PPSMI dimansuhkan. Isu ni dah lama dibangkitkan, dari dulu lagi terutama daripada parti pembangkang. Siap wat demostrasi jalanan lagi dulu. Apa yang aku boleh cakap di sini, aku pun setuju sangat dengan keputusan kerajaan kita. Mungkin ramai orang yang dah wat majlis kesyukuran semalam, ada yang sampai sembelih lembu kot..hoho..Sebenarnya, aku takda la terkejut sangat dengan keputusan ni sebab sebelum ni pun lecturer aku selalu cakap yang PPSMI kemungkinan akan dimansuhkan. Pe2 pun, bagi pihak aku, aku betul2 berterima kasih kepada kerajaan sebab mansuhkan PPSMI. Aku tak kata aku tak terima bahasa inggeris, aku tak kisah pun mengajar(satu hari nanti) dalam bahasa inggeris pun sebenarnya. Sebab kami di sini memang dilatih sepenuhnya mengajar dalam bahasa inggeris.
Tapi apa yang aku nak tekankan adalah kesusahan pelajar itu sendiri. Aku just tengok adik aku yang sekarang darjah tiga sekarang pun dah terlalu seksa untuk belajar, terutama dalam subjek sains. Memang penggunaan bahasanya tahap superb muperb bagi aku. Bagi aku, istilah2 yang diorang belajar hanya layak diajar untuk budak2 sekolah menengah dan ke atas je.
Sampaikan aku sendiri pun susah nak terangkan kat adik aku. Blur otak ni walaupun aku amik ijazah pendidikan. Bayangkan orang dewasa pun susah nk ajar, apatah lagi budak hingusan tu nak paham..aduyai, pening2. Kalau aku dapat terangkan pun kat adik aku, dia tetap blur. Tapi, kalau diterangkan dalam BM, baru dia paham. Kadang2 sampai tak paham langsung, tengok2 dah tertidur atas meja. Abis semua kaedah aku guna, problem based learning la, constructivism la dan macam2 lagi la, haha.. Last2 aku jugak yang kena tolong jawabnya..huhu layakkah aku menjadi seorang pendidik?
Tapi, memang aku tak nafikan pembelajaran dan pembelajaran dalam bahasa inggeris sedikit sebanyak membantu memantapkan penggunaan bahasa inggeris dalam diri aku. Tapi yela, tahap umur orang dewasa dengan tahap umur budak2 lain kan. So memang tepat keputusan kerajaan iaitu penggunaan bahasa inggeris akan tetap dikekalkan di matrikulasi dan universiti.
Pe2 pun, aku ucapkan tahniah kat organisasi, parti, orang bahasa atau orang persendirian kerana berjaya dalam menegakkan perjuangan mereka untuk memartabatkan bahasa ibunda kita. 'BAHASA JIWA BANGSA'.












26 comments
YA bagus2 saya sokong dimansuhkan.Seeloknya begitu, tgk anak2 buah pun lbh krg samalah mcm adik awak...payah payah hihihi
dulu diorang ada buat sistem ni, pastu diorang tukar balik BM, pastu nak buat lg balik mcm ni.
Memang susahkan orang tul...
tapi ok la dah dimansuhkan.
aku sokong 60% jah.hahaha..
aku sokong ppsmi dimansuhkan.
akuayie: klu satu ari nnt wat sekali lg cmne? hehe
crozera.blogspot.com
aku d komen ttg ppsmi~
check la klu sudi~
aku tak setuju ppsmi dimansuhkan ke dlm bm. sebab apa. nnt bdk2 tu masuk u tahu la seksanya matematik diajar dlm bi. sib baik aku mendpt pendidikan penuh math and science in english kalau tak mmg bergelumang dgn kamus la skg ni and btw tak kan sampai stdy kat oversea pun nak sebut tabung uji?haha. mmg nak bt lawak antarbangsa ler..
tu just pendapat aku ler. jgn amik ati k^^
susah aku nk setuju atau tak since aku tak pernah pun lalui saat ni. huhu.. tp kalau ko dah setuju, aku setuju jugalah sbb aku mula faham BI ni pun masa aku form 5.. sbb tu MUET just dpt band 3 je. hahaha..
aku sokong benda baik je..
ahhaa...setuju..!!!ini da bgus..yiihhaaa..!!
xadil la bagi yang dah pun melalui PPSMI mcm lemon ngan kwn2 lemon... uwaa...
tapi sokong la.. sekurang2nya x menyusahkan budak sekolah lagi.
lemon: ololo cian dia, xpa, sokong je la k..hehe
aku setuju dgn amoi..memang budak2 yg melalui ppsmi dikatakan lebih mudah melalui zaman matrikulasi n univsiti berbanding yg terdahulu (b4 ppsmi).tapi terpulangla. ikut budak sebenarnya.for me ppsmi bnyk kebaikkan sebenarnya. itu kata aku..
ppsmi dah dimansuhkan? watefun? gile katak bwh tempurung sol. baru tau ni. hahahaha.
sol setuju blaja dlm bhs omputes. bia sakit2 dulu. dah masuk uni senang seh. serius. sol f5 still bhs melayu. so masuk2 uni, culture shock. nak kate bi bangang, muet sol ok la. tapi nak phm buku teks yg tebal nauzubillah. seumpama baca angin. sekali lalu xphm pape. wished bole blaja science n maths dlm omputes ms skolah dulu, sbb mase sekolah semua pun basic. isi pun tak lah in details mane pun lagi...kalau dah di didik dari awal ok kot. mcm ajar bahasa baru je.
my opinion ah.
jgn takut susah2 dulu
senang sikitla kemudian
aku kekadang terpikir gak..mana lagi penting antara bi, maths dgn sains..mana lagi byk kegunaannya bila keja nanti
susah untuk puaskan ati sume org..masa ppsmi ada, ramai yang bangkang..bila ppsmi dihapuskan, ramai yang bantah plak..apa la nak jd dengan rakyat malaysia ni
aku sokong 50-50. hehehe. aku tak suka politik. mereka sangat annoying. sangat suka bermegah2 dgn apa yg diorang buat dan lepas tu mansuhkan sker2 ati . nak buat kecoh balik.erk.*pendapat aje :P
hehe..nak coment gak..aku pernah mengalami PPSMI dengan arwah kedua ibubapa, tp pd masa PPSMI tak wujud lg..descovery, animal, all about science and english memang arwah aku tegas. Umur 3 thn aku dah boleh read New s.time.sampi ade sorg teacher maths nak spoken aku in english mengelabah..tp aku poor in BM ...tu masalh nya..walau ape pun cabaran!!
de pro n cons bende ni...tp bagus gak blaja dr awal..coz t kat uni sume blaja eng...datz my opinion ;)
aku ok aje belajar bahasa mana sekalipun. Yela, dah mak bapak hantar gi sekola. Kenela belajar. Takkan nak terajang anak orang plak..
Tapi macam biasalah. Semuanya tak seindah seperti yang kita harapkan. Ada pro dan kontranya.
So, tepuk dada. Tanye selera..
no no no
english shud b better!
huhuhu~
bukan ke nanti dapat elaun kalau teaching in english
kan kan kan?
laila: duit xpnting, yg pnting ilmu yg diperolehi
golongan paling suka apa bile ppsmi di mansuhkan adalah golongan pelajar sek.. xperlu susah2 belajar ingeris.. ahhahahaa
saya sokong gaks...tapi kan kesian lak kt cikgu2 kan..kejap wat lam Bi..pastu tuka BM balik..nnt kalo org len lak yg jad PM..tuka lg ker?yg jd mangsa guru n pelajar..dorank pe tau..juz ubah peraturan sesuka hati...nak penuhkan periuk nasi dorak..
lalalala...
sokong la bahasa kite...sape lagi kalau tak sokong kalau oran melayu kite sendiri...yer dak??
btul3..adik ak pn cam2 gak
jadik aku sokong 800%..haha
kalo nak stat pun biarlah dari sek men..
kan dah membazir duit??
sape yg nk buat ppsmi dulu??huhu
Post a Comment