.

Aku wat post ni susulan dari post yang telah ditulis oleh azizwan di blognya yang bertajuk 'aku suka baca blog kau, tapi kan...'. Di dalam post tersebut, beliau menyatakan beberapa perkara yang dia tak suka tentang sesuatu blog. Dari pengamatan aku la, memang kebanyakkan dari perkara yang membuatkan dia tak suka adalah datangnya dari pengguna blogspot.

Aku tak nafikan semua ini kerana sebelum ni pun ramai blogger yang meluahkan rasa rimas diorang terhadap sesetengah blog.

Walaupun aku adalah seorang pengguna blogspot, namun aku setuju 121% dengan apa yang azizwan cakapkan itu. Perkara yang paling aku setuju adalah blog yang meletakkan lagu di dalam blognya. Apa yang aku perhatikan adalah, kebanyakkan pengguna blogspot yang letak lagu atau radio dalam blog mereka. Pengguna wordpress tak ada yang letak setakat aku jumpa la. Maybe ada, tapi hanya sedikit.

Dan perkara kedua yang aku paling setuju adalah yang melibatkan ruangan komen di blog blogspot. Rata-rata pengguna wordpress merungut untuk komen di blog blogspot kerana kebanyakkan pengguna blogspot hanya setkan komen mereka hanya untuk pengguna blogspot. Jadi, mereka tak leh la nak komen. Jadi, silalah adjust setting blog anda ye. Jadikan cam ruangan komen di blog ini. Semua orang leh komen tak kira blogspot, wordpress mahupun orang yang tak ada blog. hoho..

Nak baca pe lagi yang azizwan tak suka, silalah ke blog azizwan ye.(wan, ko kena bayar aku ni sebab pomot blog ko, hoho).

Memang tak dinafikan, wordpress lebih mesra pengguna dari blogspot. Tapi jangan khuatir, pengguna blogspot pun boleh jadikan mereka mesra pengguna jugak asalkan kena cara dan kena pada tempatnya. Keistimewaan wordpress adalah boleh letak pelbagai pluggin di dalam blog, sebab itu wordpress lebih mesra pengguna dari blogspot. Itu pendapat aku la.

Mungkin satu ari nanti aku juga akan beralih ke wordpress, tapi bukan sekarang. Jiwa aku still dengan blogspot yang boleh dianggap sebagai bini no 2. Eh, awek aku dah tinggalkan aku, so blog la jadi bini no 1..haha..

So aku arap, tak kisah la pengguna blogspot ke, pengguna wordpress ke, meh la bersama2 menjadikan blog masing2 menjadi yang terbaik. Menjadi lebih mesra pengguna. Yela, kita takleh nak syok sendiri dengan blog kita sebab orang yang akan mengunjungi blog kita. Tanpa pelawat, siapa la blog kita kan. Tak ke gitu?

Image Hosting by Picoodle.com

22 comments

Luth Textile said... @ July 7, 2009 9:05 PM

aiseh.. bt pengakuan diri tu single plak! wakaka.. perhatian, mohdhafizudin single.. sila isi borang diruangan atas yer.. haha (jangan marah)

aku tetap ada dengan radio aku, walaupun aku kemana - mana.. radio aku MC, aku takada la.. hahaha..

KhairiL's said... @ July 7, 2009 9:06 PM

wordpress tggu aku ye
x sabar nk bertukar ke WP nnt

azizwan(dot)com said... @ July 7, 2009 9:36 PM

adeh, kau buat aku tersengih mcm org gila la bro. huhu.. tak sangka plak ko boleh support entri aku tu. ingat nak depend ke apa.. ni yg rasa nk peluk cium ni.. nasib baik ko laki, so terpaksalah aku cancel. hahaha..

psstt: takkan dah menang nak minta blanja kat aku plak.. spatutnya kau yg blanja kitorang. tak gitu? lalala..

ZARA 札拉 said... @ July 7, 2009 9:49 PM

hehehe~
aku suka blogspot for some reason..=)
plus, better guna yg senang..aku tak gemar sgt blog yg letak lagu pelbagai amat~

uhuks~bising~

Cik Peanut said... @ July 7, 2009 9:54 PM

nge~~~betul2..kadang2 pengguna blogspot ni suka letak macam2 benda yang mengarut,..
dan mujurlah peanut wpun ni pengguna wordpress, peanut tak buat seprti yang di atas tu..
hehhehe
ops, bila kahwin dengan blogspot ni? dah jadi bini pun?

zai said... @ July 7, 2009 10:19 PM

mane2 ajelh,msing2 ade keistimewaannye..
klu blog tu mmg best,orng xpndang blogspot atau wordpress..hua..hua..

x-po said... @ July 7, 2009 10:33 PM

azizwan: haha aku ke kne blnja??

Encik Azizan said... @ July 7, 2009 11:40 PM

pengakuan secara terbuka nih.huu

aku blogspot rlex je..no komen la..

EiNS said... @ July 8, 2009 7:55 AM

Dah ada domain sendiri memang harus beli hosting gak la buat blog wordpress...

serius lepas guna wordpress ko takkan fikir balik nk guna blogspot

adol said... @ July 8, 2009 10:31 AM

blog dgn awek len bai, blog x ada perasaan. huhuhu

x-po said... @ July 8, 2009 1:11 PM

adol: haha sme je bro bg aku

PeAr said... @ July 9, 2009 4:02 PM

aku baru nak belajar pakai wp huhuhu..

unwanted86 said... @ July 9, 2009 5:08 PM

aku suka yang paling last tu..
'tanpa pelawat siapala blog kita kan'..
memang tepat dan padat.
tak kira la blogspot or wordpress, pelawat adalah keutamaan.
pemilihan domain.?
bergantung kepada admin.:)

Anonymous said... @ July 9, 2009 6:29 PM

jgn tukar ker wordpress klu u'all guna hosting biasa/murah.. nnt hacker sprt sy senang nk mengondem web korang.. tp klu u'all gna VPS or Dedi yang mahal mybe sedkit susah mo hack.. jd berwaspada, bukan senang nk tukar ke wordpress sprt yg digambarkan, resiko lbh besar dr blogspot.

..Amaran keras..
-hacker sabah-

"PiA" si Peri Perasan said... @ July 10, 2009 8:25 AM

setting saya, utk semua sape yg sudi komen :)

LemOn said... @ July 10, 2009 11:18 AM

tapi ade masalah la.. lemon x tau mcm mana nak buat comment auto approved... supaya dia boleh approved dgn sendirinya tanpa lemon perlu g site admin utk approved

R LEeN said... @ July 10, 2009 9:29 PM

setuju!!

mesmerising1 said... @ July 11, 2009 4:33 PM

entry menikam diri sendiri.. hehe..
xper, harAp2 blogger yang dah tahu bende2 ni sebarkan kat ramai2 lagi..

Noorlaila Mohamed Nor said... @ July 13, 2009 3:07 AM

wordpress layout tak cantik
nak komen macam susah
kata peminat2 sy la
haha
sy ada gak wordpress
tp xupdate pon.

Azhan's said... @ July 17, 2009 8:01 PM

ada betulnya. ramai yang gune blogspot tak enable supaye sume bole komen

baloot said... @ July 19, 2009 8:05 PM

bagi aku masalah-masalah diatas ni sebab ramai pengguna blogspot ingat blog diorang ni macam myspace/friendster diorang. so, letak la lagu n macam2 lagi.

dan diorang juga tak tahu untuk setting bhgn comment nak bagi semua org leh comments. :)

just pendapat aku je.

anyway, salam kenal dari aku.

Natasha said... @ July 29, 2009 1:41 AM

aku paling menyampah kalau masuk blog yg;

1- ada lagu
2- tulis tak reti nak buat perenggan. berjela2. naik pening baca.
3- background gelap. ni pun pening!

baloot tak semua blogspot user mcm tu... hehe... aku pengguna setia blogspot. tak mungkin beralih arah. cewahhh! kah kah kah.

Post a Comment