Sepanjang minggu ni, aku telah mendapat banyak dugaan dari Allah. Dugaan ni terlalu banyak mengajar aku pe itu erti kesabaran. Minggu ni aku telah memberikan nama sebagai 'minggu kesedihan aku'. Memang terlalu perit untuk aku terima. Dugaan ni terlalu perit dan seksa untuk terima. Tapi berbekal semangat dari anda semua, aku try untuk bangkit kembali untuk teruskan saki baki kehidupan aku. So, minngu ni, banyak post yang melibatkan perasaan la ye..hoho sentimental sekali sekala. Tak apa kan? So, di sini, diharapkan kaum hawa akan membaca info ni untuk pengetahuan bersama.Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.
Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.
Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.
Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.
Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.
Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.
Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.
p/s: aku arap aku mampu untuk jadi kuat untuk menempuh dugaan yang menimpa.












28 comments
pergh.. dah lame x bace tulisan HM Tuah..wanita hiasan dunia.. ak masih menunggu wanita yg istimewa yg bakal mencuri hati ku..hehehe~
sekuat-kuat lelaki b0leh ditipu 0leh seb0d0h-b0d0h wanita...
laki p0n ad gsk yg mnipu...jnji mcm2...
igt kit0rg p0mpuan..dy leh wat ska2 ati..
p0mpuan p0n ad prasaan la..
p/s:s0ri..terem0
wah, satu lagi geng HM tuah
lelaki dan wanita masing2 ada kelemahan...
kedua2nya saling melengkapi...
jika tak ada lelaki tiadalah wanita..
jika tiada wanita maka tiadalah lelaki....
hurmm....yg pasti semua ada peranan masing2.
HM Tuah..my idol...huhu
klu yo mai lanje depe mato, mmg lemoh lalu ah
Aku doakan kaw akan sentiasa tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Kaw ada kitorang utk beri sokongan kt kaw! igt tuh! =)
hoi..dh lame seyh x lpak kt blog ko nie..
mana nak cr wanita cam tu ek ;p
lelaki... satu nafsu dan sembilan akal... kenapa? agar 9 akal yang diberikan dapat mengawal satu2nya nafsu lelaki, iaitu nafsu terhadap wanita... agar 9 akal membuatnya berpikir lebih jauh.. agar 9 akal menjadikannya lebih hebat sebagai pemimpin... sekarang korang paham kan kenapa...
wanita... satu akal dan 9 nafsu... kenapa? satu akal diberikan, jadi selalunya wanita berfikiran pendek, namun harus dilengkapi oleh lelaki yg punyai 9 akal untuk mendidik dan membawa mereka ke jalan yg benar... 9 nafsu kerna ia tak akan membuatkan wanita terdorong kepada nafsu seks sahaja, sbb tu wanita ni banyak songeh...
itu aje pendapat aku... so pikirkan la... ada akal guna... nice post bro..
9 nafsu wanita bukanla semata2 pada nafsu batin..
but 1 nafsu pada batin, 1 lagi pada shoping..lebey kurang macam tu la..
9 nafsu wanita bukanla semata2 pada nafsu batin..
but 1 nafsu pada batin, 1 lagi pada shoping..lebey kurang macam tu la..
Sekuat2 lelaki leh ditipu oleh sbodo2 wanita...
Ayat ni hanya seswai utk wanita2 bodo yg menipu lelaki2 kuat tp tarak otak....
Upppsss...maaf =D
hmm..lelaki or wanita de kekurangan n kelebihan masing2..dua2 saling melengkapi..dua2 kne tau peranan masing2..wutever happen kne fikir sume bnde secare matang, decide secara matang..dua2 saling memerlukan..
Selemah-lemah wanita...ada juga kekuatan yg tak dapat dilihat dgn mata kasar...tu sbb ada yg kata...tgn yg menggoncang buaian boleh menggoncang dunia...
ko rlex ja la. ya :)
jgn la sdey dude.
agreed ngn kill vern
apa2 pun aku kurang setuju dengan ayat ni
"sekuat2 lelaki boleh ditipu oleh sebodoh2 wanita"
sebab kalau wanita tu bodoh x kan dia boleh tipu lelaki itu.. So ayat tu rasa cam ada yang x kena...
patut nya "sekuat2 lelaki boleh ditipu oleh selemah2nya kaum wanita"
apa2pun to u bro judinbo.. kuatkan semangat.. masa depan masih panjang :)
kdg aku pun tak paham keadaan wanita tu..walaupun aku ni seorang wanita jugak...sangat komplikated
nice post
9 nafsu tu divert ke mcm2 arah
shopping etc
keh3
Tulisan Dr Tuah memang tak disangkal..
banyak point penting yang selalu buat otak tertanya pada diri sendiri...
*selalunya wanita yang melemahkan lelaki dan lelaki masih mengaku kebal.. fikirlah..
huyo cekgu skang dh makin tragis ngan kisah pompuan nih..naper yer? kuatkan imanmu..
tabah la yer..samer2 le kita harungi minggu yg sgt mbebankan~
lelaki& wanita masing2 ada kelebihan dan kelemahan,tpi kelebihan lebih byk kpd llki,tnpa llki..wanita merana,hihi:]
adakah aku tergolong dalam lelaki yang lemah pada wanita ?? sama-sama kita fikirkan..kena tanya pada si dia nie.hehe
aku tak suka orang cakap hidup ni boring tauu
ooo gitu..tapi dengan nafsu yg satu tu laki dah buat kacau kat pompuan2 yg ader....kalau dapat 9 tak taulah
akan mia guna kan semua kelebiahan yg mia ade tuk menjaga hubungan yang mia telah bina , doakan yee .amin . hope anda pun samee , kuatkan semangat ya ~
nice reference tulisan DR HM TUAH memang sesuai dibaca lagi2 time down, aku salah satu pembaca setia beliau...jgn lupa Dapatkan buku membina hati bahagia dr beliau xrugi rm 15 jer
p/s sekarang ni aku tgh baca 'Jangan Main-Main'rm
hmm..mcm mane nk ckp nih erk..love has never been easy..its like a bud of rose..sweet but full of thorns..
mine was hard..niesah break tahun lepas bulan 8 n still hoping hopelessly..
take it this way, its fate and its the best Allah destined for u..u'll find a better one..trust me..
mcm seorng kawn niesah pernah ckp..mase zaman nabi dulu..ade sorang janda yg sygkan sgt arwah suami dier..n dier xnk kawin len..smpailah Allah suru baginda menikah ngn dier..xkn la janda tuh nak tolak..kn?
b4 this im trying my best nk jga hubungn..bese la saat cinta memuncak..janji bukan men sehidup semati...tp tu lah..bile pmpuan nih bersabar yg laki plak amik kesempatan..dipijak2nya kite..smpaikn kite da pergi...barulah dier taw nk menghargai..
but im moving on..so u must too~~
Post a Comment