Selesai sudah dua paper exam aku. Next paper pada 27 april nanti. So baru la ada peluang nak update blog. hoho. Di musim exam ni, aku terasa nak wat post yang berbentuk motivasi plak. Motivasi ni aku tujukan untuk diri aku sendiri dan untuk anda semua. Lagipun, sekarang ni aku memang perlukan sebanyak yang mungkin motivasi. Yela, prob aku yang tu pun tak setel2 pun lagi, ditambah plak dengan musim exam sekarang ni..huhu. Aku selalu cakap kat dia, 'aku menangis, aku tak ada kekuatan, bukan sebab aku lemah, tapi sebab kau terlalu gagah.' hoho..Ingin tahu kunci kejayaan hidup? Berfikirlah positif. Ya, berfikiran positif dapat membuat anda maju dan berjaya. Dengan fikiran yang positif, anda dapat menjalani segala sesuatu tanpa dibebani oleh seribu fikiran buruk. Anda juga terhindar dari perasaan takut dengan kegagalan. Jalan di depan anda pun akan selalu terasa lapang. Kadang2 aku selalu berfikiran negatif terhadap dia. Ntah kenapa..
Membangkitkan motivasi diri yang kuat dan menambah wawasan yang memperkuat berfikiran positif merupakan langkah penting. Aku tahu, bukan mudah untuk berfikiran positif sebenarnya. Lebih2 lagi kalau orang tu selalu tipu atau main2kan kita kan? Bagi aku, kalau dah sekali kena tipu, memang susah aku nak percayakan lagi. Tapi kita boleh usaha untuk berubah kan?
Kelemahan motivasi selalu disebabkan oleh fikiran negatif tentang kemampuan diri sendiri, atau tentang mekanisme gerak kehidupan. Cubalah untuk membangkitkan konsep diri positif pada diri anda. "Jika saya berfikir bahawa saya boleh, maka saya boleh" Katakan setiap ingin melakukan apapun. Yakinkan bahawa anda boleh. Jika ketika ini gagal, berusahalah terus-menerus tanpa kenal lelah. Percayalah, usul dari dalam diri dapat membantu anda mempercepat mencapai proses yang anda harapkan.
Jauhkan fahaman yang menyerah pada nasib. Ianya mempunyai pengaruh kuat dalam diri anda untuk membenarkan kegagalan. Aku paham bagaimana rasanya bila kita down atau kecewa. Aku pun tengah laluinya sekarang ni. Tapi kita kena sedar, takkan kita nak semua ni kekal sampai bila2 kan?
Pandanglah sesuatu dari segi baiknya. Kerana berfikiran positif adalah memandang segala sesuatu dari sisi pandang kebaikannya. Orang yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan kemampuannya pada suatu saat. Bukan sebagai suatu "kebodohan yang menimbulkan pelbagai kecelakaan", tetapi memandangnya sebagai suatu cabaran yang amat nikmat untuk diatasi. Orang yang berfikiran positif akan memandang perjuangan dan harapan.
Pertahankan kebebasan anda. Kebebasan adalah sesuatu yang paling bernilai yang dimiliki setiap orang. Kebebasan untuk berfikir, mencipta, akan tumbuh seperti yang anda harapkan, tentunya dengan cara yang positif. Ketika anda menjadi amat tergantung pada orang lain, anda akan berfikiran destruktif dan menjadi malas.
p/s: doakan kejayan aku untuk exam ni ye...












30 comments
woah..sgt setuju..kena selalu fikir positif..tp mmg susahla nk buang fikiran negatif tuh..
btw,all the best for the exam :)
ala beb..
positif yg sebenar adalah tak takut kepada kegagalan..
gagalkan jer idup anda, barulah anda temui kejayaan..
percayalah..
even dalam study pun..
jawap pekse molek bro!
Sentiasa berfikiran positif....
"sentiasa ku doakan kejayaan teman blogger"
:D
jaws: mmg btl gak ckp ko tu bro..tp depend la kt org tu cmne dia nk hadapinya sbg pembakar smngt..hoho
aku dah fikir sepositif mungkin.semalam aku dah sesesaikan 2 paper.hehe.tinggal lagi 4 paper..
gud luck 4 xam yerrr
bro..gud luck tuk exam..gembira kau ko dah ok..hehehe..bgn perlahan-perlahan bro...aku support ko,,-+
aku harap ko kotakan la ape yang ko ckp ni ye...jgn dok slalu miskol je...berfikiran positif sket...
lg satu, sbg lelaki, jgn tunjukkan yang kita ni lemah...org pmpn xsuke...MATANG SKET BRO!!
ni ade ke patut g ckp kat awek mcm tu..betul ke die gagah?? kalo mcm tu, ko lebih lemah dari seorang perempuan la??
kamon la...tough sket...malu je...mcm g melutut kat pmpn tu plak...merayu2 minta die kembali...ish2...
igt ni "you believe that things or people make you unhappy. but it is not accurate..it is YOU who make yourself unhappy"
*tips : ble rase down je, cuba senyum...seikhlas yang mungkin...secara automatik perasaan tu akan berubah...x parcaya?? cuba lah...
Goodluck exam!!
Berfikiran positive mmg dapat melapangkan minda kita. Kita akan lebih rasa selesa dan fikiran kita tak terlalu beban dengan persoalan.
Selalu kalau ada musibah menimpa, aku akan kuarkan ayat2 ni "mesti ada hikmahnya" pastu aku cari la, apa kemungkinan hikamhnya, dah ketemu jawapan, aku luper trus masalah tu, dan concentrate benda lain. =) Life must go on!
fikir positif...
fikir positif...
kadang2 kita patut memotivasi diri kita sendiri..jgn mengharapkan org lain..semoga ko berjaya..
kunci kejayaan memg fikir positif... tapi aku selalu pk negtf.. huhuhu camne nak ilagkan fikirn negtf nie? cuba ko plak camne cara nak hilangkan pemikiran negetf nie..
betol2 .. ko kene pk positif ..
good luck exam iyer. prob yg len tu put aside. ko focus exam jer lu.
motivasi, nak aku bagi motivasi tambahan ke kat nko? sian lak aku dengo..psal hal pe erk..hee sori la aku x alert p prihatin
aku doa ko dipermudahkan olehNYA .. amin
huhuh..study elok2 bro.. ingat mak abah ko abis duit...hehehe
motivasi kawe sene jah....keno tea tarik secawan, mee goreng spingge, motivasi lalu! huhuhu....
setuju...
sentiasalah berfikiran positif..
menangis bkn bererti kita lemah..
menangis tu baik utk melepaskan tekanan yg ada..
tp the most important thing the way we handle the situation.. :D
good luck 4 u
making choices. kinda determine the kind of person we are inside, no? but i believe you'd pick the best for yourself. =)
positif. tp kdg2 bila kita down, mmg agak lama utk kembali positif. berusahalah ^_^
betul!
sume perlu dimulakan dengan positif..
ekino pun tgh sedeh skrg..
urmmm...
sgt sedih... :(
tp akan mempraktik kan pe yg kamu ckp nih..
InsyaAllah.. :)
AIK ? bulee pulak anta kumen . lol . mungkin entry niee cukup bermaknee rasenyeee . tapi , kadang .. pemikiran negetif tuu selalu adeee ,, susa tul hidop ;(
tp sometime kne prepare for the worst. at least back up plan kena ad. klu bisnes. da ready duit utk tmpung kerugian 5 months onward. klu exam, standby toyol. klu kapel, cr lg ramai kenalan pompuan pd mse tu. sekian tips dari ubey
memang penting utnuk kita motivate diri berterusan. yealh, hidup memang penuh dengan masalah kan.
btw, gud luck for ur exam papers =D
oooh,,
klate ghuponyo mu nie,,
kawe pun asal nyo klate jugok,,
duk di pasir mas,,
tapi skrang da jadi orang key el lak,,
hahaaa,,
yup,,
berfikiran positif tangga kejayaan ..
bagus2x.. aku semakin bermotivasi sekarang. tqvm..
tapi kebanyakan org lani suka pk negatif dulu sebelum positif.. bila usha sesuatu situasi yang tak elok, tros pandang serong... mcm ne la nak bg depa ni bukak mata sket...
salam bro...erm ni kamo kecewa tentang cinta ke??
jika ya, tak perlu la kamo ambil serius.cuba kamo fikirkan apa yang lebih penting dalam hidup kamo pada masa ini.cinta dia kah??atau study kamo cita-cita kamo.mgkn kamo akan kate saya cakap jer pandai kan?? tapi cuba take time dan renungkan dalam-dalam, apa yang lebih penting dalam hidup kamo..betul soal hati dan perasaan ni sukar utk kita nilai dan jangkakan.sedangkan yang sdh berkahwin pun boleh bercerai., yang dh bertunang boleh terputus.sedangkan msa cinta semuannya indah.tidur tak lena, mndi tak basah, makan tak kenyang.apa yang anda dapat dengan merapat sebuah perpisahan itu>?? setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya.Sabagai manusia baisa kita tak boleh mudah putus asa.Kerana itulah sifat yang di murkai olah Allah.tiada siapa yang sempurna di dunia ni.namun setiap org ade kelebihan dan kekurangan masing-masing.anggap lah apa yang terjadi itu sebagai ujian dariNYA.kena redha pa yang telah berlaku. apa yang penting buat kamo sekarang adalah pelajaran.jadikan kekecewaan kamo itu sebagai kekuatan untuk terus berjaya.mgkn bukan dia di ciptakan buat kamo.Tidak semua org dpt peluang study seperti kamo taw...gengamlah peluang itu sehingga berjaya.soal hati tolak ke tepi.. zaman hari ini tanpa ilmu org takkan pandang kita..jika pada saat kamo study terasa sedih, marah, kecewa..kalo perlu menangis... menangis la sepuas-puasnya..lepaskan perasaan tu..kalo di simpan tak elok.kemudian bangkitlah dengan semangat yang baru... jadi diri kamo yang sebenar. takkan lah sebab cinta kamo dah jadi cam ni..banyak lagi ujian lain yang lebih berat..ok.. banyak-banyak kan lah berselawat.. solat sunat..ingat ALLAH selalu..InyaAllah kamo akan tenang...satu pesan saya, "Allah akn temukan kita dengan org yang salah, sebelum kita bertemu dengan cinta yang betul2 sejati' ok... selamat maju jaya...
syazwani: trima ksh byk2 utk motivasi anda tu..aku btl2 hargai
fikiran positif itu mmg perlu..
tp sgt susah ye utk set mind kite..
saya suka baca buku dr HM Tuah. selalu ada banayk tips yang positif. Terus bersemangat!
Post a Comment