.


Mesti anda tahu pasal PPSMI kan? Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Sekarang ni, isu ni memang tengah hangat bak goreng pisang. Tak kira lah di parlimen ke, di paper ke, di tv ke, ramai duk sembang pasal isu ni. Ada yang membantah sekeras2nya (terutama orang melayu) dan ada yang setuju dengan pelaksanaannya. Aku sebagai pelajar Pendidikan Matematik akan cuba merungkaikan masalah isu ini..hoho

1) Dikatakan dapat memantapkan penggunaan bahasa inggeris di kalangan pelajar. Terutama pelajar melayu. Yang ni aku setuju. Orang cina dan india, diorang boleh menggunakan pelbagai bahasa. Kalau orang cina, diorang leh guna bahasa melayu, bahasa cina dan inggeris. India plak leh guna bahasa malaysia, bahasa tamil dan inggeris. Tapi melayu? Nak tahu guna bahasa melayu je ke?

2) Dikatakan penggunaan bahasa inggeris akan membelakangkan dan memusnahkan bahasa ibunda iaitu bahasa melayu. Yang ni aku tak setuju. Apa kejadahnya dapat memusnahkan bahasa melayu plak? Walaupun aku belajar dalam bahasa inggeris, tapi aku still guna bahasa melayu dengan kawan2, dengan lecturer2. So, bahasa melayu tak kan musnah punya.

3) Dikatakan para guru mengalami kesukaran dalam mengajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Ya memang betul! Apa yang aku perhatikan, pelajar kat UPSI ni termasuk aku memang ada masalah guna bahasa inggeris masa mengajar atau ingin menerangkan sesuatu. Belajar tak ada masalah dalam inggeris, tapi masalahnya masa kita nak terangkan balik. Bagaimana kita nak bagi orang faham kalau susah nak terang dalam bahasa inggeris.

4) Dikatakan menjadi punca bahasa rojak. WTH?! Bagi aku PPSMI ni tak ada kaitan langsung dengan bahasa rojak. Kalau nak hapuskan bahasa rojak, hapuskan dulu sistem SMS, YM, email, dan sebagainya. Ada ke orang yang SMS or chatting guna bahasa melayu baku?????? Bagi aku, bahasa rojak ni bagus pe, yela, nampak sikit educated. Boleh berbahasa inggeris, biar campur2 bahasa melayu pun. Dalam cite hindustan pun, diorang campur2 pe..hoho

5) Aku sebenarnya malu gak dengan kaum2 yang lain. Yela, kalau diperhatikan, diorang sembang antara mereka dalam bahasa inggeris. Jarang diorang sembang dalam bahasa ibunda mereka, cina or tamil. Ada ke diorang mempertikaikan kalau guna bahasa inggeris, bahasa ibunda meraka akan musnah??? Bila melayu speaking je, mula la kedengaran, 'poyo la ko', 'nak menunjuk2 konon'.

6) Ada cadangan yang mahu hapuskan PPSMI dan wujudkan satu mekanisme baru dalam subjek inggeris. Yang ni aku setuju. Bagus gak cadangan tu.

Sebenarnya, PPSMI ni ada pro dan ada kontranya. Tapi, mana yang lebih banyak, pro atau kontra?? Sama2 la pikir ye.

So apa pendapat anda? Adakah anda setuju PPSMI ni terus dilaksanakan atau dimansuhkan je? Mungkin ada di antara anda nak tambah2 maklumat or pendapat kat sini. Kalau ada, sila lah komen ye. Aku ingin berkongsi dengan anda sume pasal isu ini.

p/s: Ni ada satu benda yang menarik untuk anda. Nak tahu pe? klik di sini

Image Hosting by Picoodle.com

48 comments

inn said... @ March 5, 2009 12:27 PM

ohh..pasal cikgu tak boleh berbahasa inggeris itu tak apa..cikgu kimia inn sendiri berbahasa bm dan bi.sekurang-kurangnya inn n rakan2 inn tahu yang istilah ini dalam bi rupanya camnie..kalau bm camnie.lgpun xsusah lah blaja dalam bi

Framestone said... @ March 5, 2009 12:35 PM

aku berlajr dulu pun dlm english jugak b4 sume pembeljaran diwajibkan dlm english..sampai la masuk u

xguna juga terlalu sygkn bahasa sendiri sedangkn bahasa len ditolak.. kite nk mgejar dan buknnya nk ketinggalan.. kite nk berlajar ilmu luar dan bukn ilmu yg kita kaji sendiri.. aku yg berlajar universiti swasta pun tertekan if xboleh berkomunikasi dlm english.. coz bnde nie yg wat kami laku dlm pasaran

Selamburb M Hafiz said... @ March 5, 2009 12:42 PM

ni bg pendapat selamburb...bahasa tu memang penting...ni list2 kenapa BI penting?
1. X rugi belajar bahasa lain
2. BI bukannya susah pun (walaupun selamburb sendiri x minat)
3. macam mana nak berniaga company besar kalo takat BM je..
4. X bersalah pun kalo blajar BI
5. Setiap IPTA lebih 90% inputnyer BI
6. X malu ker bila anak tanya BI kita tersipu2..
7. dpt pahala belajar benda bermanfaat
8. BI tu bahasa antarabangsa..berbeza ngan bahasa ibunda..
9. kebanyakan negara guna BI senang wat bisnes
10. Boss2 zmn skarang pentingkan pekerja mahir berbabasa BI

tq sudi baca

Selamburb M Hafiz said... @ March 5, 2009 12:49 PM

tersyasyul pulak berbabasa..hehe..uuppss..

X-PO said... @ March 5, 2009 12:54 PM

inn: btl tu, klu nk ikutkan mmg xssh blaja dlm bi..cuma nk terangkan blk or present blk yg tu cam ssh skit..

framestone: tu la psl bro, kdg2 bila duk dlm kelompok org speaking bi, kita cam rs kerdil sgt2..

selamburb: hoho byk point yg ko bg bro..mmg sume btl pa yg ko ckp tu..hehe tq bro

mie said... @ March 5, 2009 12:58 PM

hmmm
btl tu.....
ada pro & kontra nya.....
kalo nak senang,guna je bahasa rojak,...
baru la adil...heheee

AHMADSUFI6177 said... @ March 5, 2009 2:25 PM

wah... salam xpo...ini isu hangat nie... kau buat aku panas... hoho...

bagi aku la... xsesuai sebenarnya nak buat sistem nie dalam masa sekarang... sebb ape???

1. budak2 yang sangat lemah BI akan ketinggalan kalo sains dan matematik di inggeriskan... diorang akan hilang minat...

2. cuba bayangkan budak2 di pendalaman yg langsung xtahu pasal inggeris... contohnya di saabah sarawak.. nak diorang muntah darah ke ajar diorang dalam bahasa inggeris???

3. kebanyakkan jurutera di negara lain, filipina, jepun... sebenarnya xpandai inggeris, diorang belajar masa dah besar...

apa yg aku nak cakap disini adalah bukan Bi xpenting... tapi kita patut utamakan bahasa malaysia dalam sistem pembelajaran... yang penting pelajar paham pa yg diorang belajar...

kalau kita agak2 BI ni penting sangat.. apa kata kita buat 2 aliran dalam sistem belajar.. bagi sesiapa yg pandai BI akan disuruh masuk ke kelas aliran sains & mate ( BI ).. yg x berminat masuk ke aliran BM... ok x??

....

itu komen aku pasal sistem pembelajaran di malaysia...

bab org2 yg xreti BI tue... jgn kondem org... Inggeris is from Allah... Allah yg beri kita bahasa agar kita boleh berkomunikasi kan??? kalau xreti BI belajar sikit2... bahsa rojak sikit xpe... bukan polis nak saman pon kalao kita sembang dgn member guna bahsa rojak...

p/s: aku boleh cakap 3 bahasa.. cuba teka satu lagi ape... hehe...

Wan Anis Sorfina said... @ March 5, 2009 3:00 PM
This post has been removed by the author.
Wan Anis Sorfina said... @ March 5, 2009 3:24 PM

Memang ada baik & buruknya.Kalau diubah lagi sistem pendidikan ,apa lah akan jadi pada anak-anak murid kitasekarang. Memang tunggang langgang jadinya! PPSMI ada ke tak ada ke,apa2 pun kita sbg pendidik kena jugak usaha memantapkan bahasa inggeris (walau apa subjek yang kita ajar) dan pada masa yang sama bahasa melayu pun kena lebih mantap juga! (menulis blog pun boleh jadi usaha dan latihan kita nak memantapkan bahasa!)

KhairiL's said... @ March 5, 2009 3:36 PM

huhu
sbnrnya mayak kebaikkan dr keburukkan
jd pikir-pikirkan la...yg baek dijdkan tauladan, yg buruk dijadikan sempadan...


ehhh...btul ke apa yg aku tulis ni

x-po™ said... @ March 5, 2009 4:38 PM

ahmad sufi: hoho bhasa pe lg satu tu bro??

anis: hehe klu tulis blog dgn guna bhasa2 pasar, xkn dpt mantap bhasa melayu gak..hoho

Saya said... @ March 5, 2009 4:42 PM

setelah membuat beberapa penilainan..memang betul PPSMI ni ada pro dan kontranya..

Kalau kita tengok balik pada sejarah,kenapa zaman dulu,sistem pendidikan semua diajar dalam bahasa inggeris(kecuali sekolah2 agama)..pastu sesiapa yang masuk ke sekolah2 inggeris ni dianggap sbg budak bijak sebab tak semua orang mampu masuk sekolah2 ni memandangkan hanya mereka yang mendapat gred bagus sahaja yang layak memasuki sekolah tersebut.Boleh je sistem tu dijalankan..

Sekarang,apabila cuba diletakkan suatu sistem yang baru (kalau ikutkan sama je mcm dulu..cuma orang yang mencetuskan idea itu berbeza sebab dulu orang yang mencetuskan sistem pembelajaran dalam BI adalah orang British tapi sekarang orang yg mencetuskan tu orang Melayu) mejoriti tak setuju.Kalau kita tengok secara mata kasar pun,orang putih yang banyak pegang ilmu-ilmu dunia,jadi nak-tak nak,kita kene la asah diri untuk cuba menguasai bahasa tersebut.(macam nabi Ismail,dia belajar bahasa arab sebab nabi Ibrahim ajar dia bahasa Yahudi untuk membolehkan dia menyebarkan agama Islam.

Tapi rasanya kalau nak lebih efektif,biarlah sistem ni dimulakan dari akar umbi maknanya ia diajar dari peringkat awal mungkin bermula dari darjah satu ke..supaya nanti diorang xdela ketinggalan atau rasa boring dan sebagainya.Cikgu pon kene ckp bhs omputeh tau..

Kalau kat Msia nak stat sistem pendidikan macam ni rasenye takde masalah kot sbb kita ade silibus dan buku..Kalau kat Morocco ni..mau melalak tiap2 hari..dah la belajar dalam bahasa yang lain..silibus setiap Uni dan sekolah lain2..buku kene cari sendiri..yang diberi hanyalah syarahan dari lecturer jer..

tengok dah bebel byk2 dah..huhu..tapi klu terer byk bahasa ni advantage sebab medium atau medan penyebaran sesuatu perkara tu jadi lebih luas..

kalau keburukan sistem ni pulak agaknya semua akan menjadi MALAS sebab tak best kene bljr dlm BI since susah sikit nak faham..

Ir. hydir said... @ March 5, 2009 6:06 PM

Salam...

Gunakanlah bahasa itu dengan berhikmah...

>kalau nak belajar bahasa dan memperkukuhkan bahasa, knp belajar dalam Math dan Science...kan subjek BI ada

>ada student2 luar bandar yg merangkak nak belajar BI terutamanya yg tinggal dlm estet or sawah or anak nelayan .. tu semua bangsa Melayu .. bila belajar lagi dlm BI utk Math n Science maka result mereka cukup2 mkn dan harapkan [ihsan?] Lembaga Peperiksaan Malaysia utk menurunkan markah n kualiti[?] agar peratus lulus nampak baik

>gemblengkanlah pembelajaran BI dgn baik sbb bila dah mahir yg asas maka boleh mahir dalam bidang math n science .. jika yg asas pun dh kolap..gi mana mahu cemerlang?

>Pertingkatkan prasarana pendidikan utk pelajar disekolah2 .. sekolah di bandar mungkin kurang masalah tp luar bandar mcm tempat sy duduk mmg mempunyai masalah .. [apa jadi dengan projek makmal komputer di sekolah2?]

So .. ada berani nak berubah?

Jaws said... @ March 5, 2009 8:15 PM

Yeargh..aku sokong saje..
betul betul betul..
angguk2 sambil tidur..
hehe..
ade pros and cons sendiri..
tapi aku malas cite..
yg penting ape bahasa pun kita guna,
mampukah melayu berubah lebih maju?
itu persiolannya..
terer cakap bi tapi perangai cam cibai nak wat ape..
sopan santun dan ijazah menggunung tinggi, nak cakap bi kantoi pun takleh juga..

fikirkan lah..

x-po™ said... @ March 5, 2009 8:56 PM

jaws: sggh mndalam mksmu tu bro..hoho..mmg tu la hakkatnya

zool said... @ March 5, 2009 10:35 PM

Memang banyak pro dan kontranya..
Terpulang pada pihak atasan..
Keputusan di tangan mereka...

Hazwan Arif said... @ March 5, 2009 11:26 PM

bg aku, lebih bgus klau guna BI dlm sains n matematik sbb aku x nk org lain jd mcm aku time mula2 masuk U. aku hilang fokus sbb x biasa blaja sains n math dlm Bi..

tp,klau blaja dlm bahasa melayu, lebih bagus sebenarnya trutama utk org melayu sndiri. sbb kita akan betol2 faham ape yg kita blaja dgn hati dn perasaan. bila mggunakan bhasa ibunda, pemahaman kita akan lebih meningkat..

xillix axillixa said... @ March 6, 2009 1:01 AM

saya komen!!!

tak kisah lah bahasa apa pun... tepuk dada tanya selera...

gini... cemana eh... bagus juga ajar dalam bahasa inggeris Math & Sc... saya tgk kalau di asah dari peringkat kindergarten tak jadi masalah...

adik saya... form 4 (PMR straight A)
http://lllxillixaxillixalll.blogspot.com/2009/01/cerita-tentang-adik.html

penguasaan bahasa inggeris dia lebih baik dari saya... malu seh!!!

bahasa ibunda bukan lah tak bagus... we are global... so minda jua kena global!!!

x-po™ said... @ March 6, 2009 1:03 AM

xillix axillixa: ye btl tu, kdg2 rs malu kalau ada org keliling kita yg pndai bi

Cik Peanut said... @ March 6, 2009 1:20 AM

hem..betul2...peanut setuju dengan pendapat bro..pasal ppsmi ni de pro dan kontranya...
tapi nagi [peanut baik di hapuskan sahaja menda alah ni kerana bagi peanut labih banyak keburukan daripada kebaikan...
daipada perbincangan masa kelas kenegaraan, diowang de present sal hal ni...pengunaan bahasa Inggeris dalam math ngan sains ni tak dpaat di capai dengan sepenunya..cikgu2 yang mengajar ada yang kurang bi, so nak ajar dalam bi kureng berkesan...apatah lagi nak bagi budak2 ni faham..lagilah kan..

lagipun, penggunaan bahas Inggeris memang penting..baba kata owang..bahasa antarabangsa,,mane2 guna..tapi tanpa kite sedar..pada pendapat peanut kah...semua itu adalah satu penjajahan semula dalam bentuk baru iaitu neokoonialisme..nak tahu menda pe tu, bukak buku kenegaraan..okies..

azizwan[dot]com said... @ March 6, 2009 1:24 AM

aku rasa better ajar je math & science tu dlm bi sbb budak2 sekolah skrng ni kan manja.. jd kalau tak dibiasakan berbahasa inggeris, smpai bila pun tak kan pandai bahasa inggeris.

tp entah la, kalau dah bahasa inggeris pun susah nk angkat.. inikan pula nk angkat math & science dlm bahasa inggeris. hermm.. aku pun pening nk taip apa bro. huhu..

PJ selamba said... @ March 6, 2009 1:42 AM

salam,
ko ni kan saja je nak paksa aku komen ek
mcm ni la
aku malas nak baca semua komen
tapi ada satu dari bro hydir sama mcm aku nak sampaikan
tak payah nak tgk isu lebih besar...
cuba lihat scope perbincangan yakni PPSMi tu sendiri
aku nak tanya korang la...

'KALAU KORANG YANG BIJAK PANDAI DEKAT U NI TIBA² KENA BELAJAR LAW & MANAGEMENT DALAM BAHASA 'JERMAN' DAN DALAM MASA YG SAMA KORANG SENDIRI TERKAPAI² BELAJAR SUBJEK 'BAHASA JERMAN' KORANG SUKA KE?'

dah la baru belajar bahasa jerman, kena lak belajar law & management dalam bahasa jerman satu² masa...
gila ke hape?
at least biar la kita master dulu bahasa jerman sebelum berani mencuba belajar subjek lain dalam bahasa yg sama.
MASALAH yang dihadapi sekarang, murid² ni bukan tak tau jawab, tapi tak tau arahan camne nak jawab?

contohnya soalan:

Fill in the blank with the correct answer.

Camne dorang nak tau ape kehendak soalan tu kalau dalam masa yg sama dorg pun tak berapa reti english lagi?
Korang jgn terlalu tgk murid² yang berjaya mcm yg kerajaan heboh²kan tu...
yes dorang berjaya, tapi sape dorang?
budak² bandar & rural areas yg mmg dah pandai english sbb mak bapak dah ajar.
camne budak² rural areas yg terpinggir tu?
ni pun sama la kalau nak guna istilah 'yang kaya makin kaya, yg miskin lagi miskin'

aaaaa
lu pikir la sendri

MuhD NoR AzyM said... @ March 6, 2009 1:48 AM

Wah..hehe..cikgu..
Pd pendapat ak la kn..PPSMI ini tak sesuai sgt la..sbb..Sampai bila BM nk jd "bahasa teknologi" kalau kita asyik agung2kn bhsa org lain?

Ak bukan apa..cuma tertarik masa Angkasawan Negara kita nak naik ke angkasa. Bahasa apa dia kene blajar? Bukn BI bro..BR..Bhasa Russia..hehe

Lg pun, kan kelas BI dah ada. Kalau tak silap ak, masa skolah menengah dulu siap ada subjek EST (English for Science & Technology) lg. Takkn tak cukup kot?

Jd cadangan ak, kita tukar PPSMI ni kepada kpd BM disamping kita mempertingkatkan subjek BI & EST di sekolah2.
(^_^)

x-po™ said... @ March 6, 2009 2:17 AM

peanut: ada ke buku kenegaraan?? hehe xpenah dgr pun..cmne tu? hehe

azizwan: sbnrnya sains n math ni sng tp bila guna bi, pening skit

pj: hoho mantap ah pendapat ko bro..tq2..

azymn: bg aku la, kne bykkan kls yg ajar speaking bi..sbb kls yg ajar esei ke, apa ke, kebanyyakn plajar dh reti dh..mslh org kita skrg, ssh nk speaking..

pj said... @ March 6, 2009 3:39 AM

hmmm...
macam ni la korang...
aku rasa apa yg jadi isu antara korang ni adalah nak bagi anak² adik² kita terer english...
tapi korang baca apa yg bro hydir tulis...

'>kalau nak belajar bahasa dan memperkukuhkan bahasa, knp belajar dalam Math dan Science...kan subjek BI ada'

aku rasa ayat tu dah menjawab persoalan korang...
mcm aku cakap tadi, kenapa perlu belajar sains & math dlm bi sedangkan dlm masa yg sama kita baru nak mengerti apa itu bi!
korang mesti ingat kan...
darjah 1 2 3 belajar atricles, nouns, pronouns, conjunction semua tu... apa tu semua?
that's what we call grammar...
tgk tu betapa lamanya kita nak menguasai grammar...
diulang...GRAMMAR
bukan VOCABULARY...
yang aku tau, math & sains ni byk istilah² yg mana org yg perlukan kita power vocab baru leh faham (untuk peringkat sek rendah)...
sains umpamanya tak menekankan pun pasal grammar...sebaliknya istilah (yakni vocabulary)..
maka, korang pikir la camne budak² ni nak paham kalau baru belajar mengenal grammar dan vocab yg asas seperti 'house' 'fork' 'elephant' dll...
let them mahir sikit dan mampu membaca & menulis dalam bi...baru kenalkan english dalam sains dan matematik...
aku sendiri belajar law, accounting, taxation, finance, management, political science, math, dan macam² benda lagi dlm english...masa peringkat u...
dan aku takde la problem sgt nak cope dgn benda tu sbb dah ada basic english belajar masa sekolah dulu (subjek bahasa inggeris)...
cuba bayangkan kalau aku takde basic english...
masa tu la aku nak belajar law, tax, finance tu semua...
dan masa tu jugakla aku baru nak mengenal english...tak ke problem tu?
now, cuba korang alihkan situasi tu ke zaman darjah 1...apa korang rasa?
be realistic...
nak maju dlm bahasa inggeris bukan tu satu²nya cara...
nak dapat bigger chance of getting employed, bukan tu satu²nya cara...
nak ke kerja dgn multinational companies (MNCs)...bukan tu satu²nya cara...
yes! u might say kena mula dari akar umbi...but like i say...be realistic, sometimes tak perlu mula dari akar umbi...prioritize dulu...
and in this situation, prioritynya adalah BELAJAR DULU BAHASA INGGERIS sebelum try math & science dlm english...
government may say 'oh, sejak english diperkenalkan dlm math & sc. ni ramai anak melayu kita makin cemerlang'...yes! betul...
tapi pokok pangkalnya diri sendiri...
that's not the only reason..berapa ramai pulak melayu luar bandar yg punya susah nak belajar benda ni dalam bi? bukan semua org melayu sng...
tu la kerajaan, lebih tumpukan anak² bandar yg berjaya...
adeh
malas la nak komen lg...
sape² yg tak puas hati leh personal msg aku ye...
hehe
dan visit my blog too
apa pun, korang jgn terasa lak ye
tu cuma pendapat peribadi aku
korang ada hak kemukakan pendapat korang pulak...
it's our rights to talk...
free country isnt it? kebebasan bersuara...
go on...

Wan Anis Sorfina said... @ March 6, 2009 8:20 AM

Maka guna lah bahasa melayu & bahasa inggeris yang betul!

x-po™ said... @ March 6, 2009 11:42 AM

pj: btl tu bro..aku ada gak tgk buku teks adik aku drjah 3, perrgghh mmg gne ayat bi yg taraf u py...cmne la bdk drjh 3 nk faham sume tu..

anis: hoho bersemangat ye

MuhD NoR AzyM said... @ March 6, 2009 1:09 PM

wah..panjangnye..hehe..betul tu en.pj..

Ak skrang sedang dlm usaha menukar serba sedikit istilah2 dlm kejuruteraan ni kedlm BM..ckp senang je..tp nak buat susah beb..

Mungkin suatu hari nnt BM ni akan digunakan dlm bidang kejuruteraan plak..insyaallah..=)

cikgi said... @ March 6, 2009 2:30 PM

saja nak kongsi dengan korang, aku ni pendidik secara langsung terlibat dalam ppsmi ni, mengajar mathematics year 1, untuk sekolah rendah tak susah sangat, guna english yang simple (ni contoh bahasa rojak)he.he.., apa yang aku nak kongsi tentang cerita 2 orang anak aku, yang sulong belajar ppsmi di salah sebuah sekolah di pahang, sampai dia darjah 3, then aku pindah KL. anak no 2 belajar ppsmi di sini, tapi apa yang buat aku musykil kenapa anak sulong aku terer berbahasa inggeris, anak no 2, hemm sungguh mengecewakan, so dari hasil penelitian aku, di pahang, ppsmi berkuatkuasa sepenuhnya, guru2 walau pun kurang mahir berbahasa inggeris tapi menggunakan kemudahan laptop, cd, LCD sepenuhnya, semua cd2 yang kerajaan bekalkan di aplikasikan sepenuhnya didalam proses pengajaran pembelajaran, peralatan pulak sangat2 mencukupi dan lengkap.Tapi bila di KL ni malaslah aku nak cerita, korang pun tentu dapat fikirkan sendiri, sayangnya KL ni indah khabar dari rupa, tak hairanlah kalau sekolah2 yang cemerlang di dalam peperiksaaan UPSR, PMR datangnya dari pantai timur.., hemmm pendapat aku jer ni..!!!

x-po™ said... @ March 6, 2009 4:35 PM

cikgi : tu la hakikatnya, keputusan pelajar luar bndar terutama pantai timur lbh bgs..

HuRuL_Aini said... @ March 6, 2009 7:59 PM

salam...sekejap je dah ada 30 komen kat sini.
neway, aku letak respon panjang berjela-jela kat blog aku...sila la baca enchek x-po k :)

Monster La La Land said... @ March 6, 2009 10:38 PM

wah.hot topic.
saje na ckupkan komen ni 32.HaHaHaHaHaHa
tah la..
bagi sy..sy suka belajar bio/fizik/kimia/math lam b.i
uhuh.tataw asal.belajar dlm bi dpt improve grammar kan?
hee~

AHMADSUFI6177 said... @ March 6, 2009 10:52 PM

hua hua hua... PJ, kau mmg power.. sama pemikiran.. huhu...

~ h a n i m h u s i n ~ said... @ March 6, 2009 11:35 PM

salam..
aku setuju sgt2 dengan kau..

kita blm maju mcm tahap org jepun agi..
org jepun tak perlu belajar bahasa asing..
sbb diorg miliki teknologi..
kita yang kene belajar bahsa depa n belajar ilmu dari diorang..

stakat ni aku boleh ckp,tulis & baca 3 bahasa..
akan datang akan tambah agi..
ada faedah nya bila kita boleh berkomunikasi dgn byk bahasa..
insyaallah..

x-po™ said... @ March 7, 2009 12:16 AM

monster la la land: minat bi ye? bgs2..yg tu kita mau

hanimhusin: wah, bru aku terpikir psl ko ckp tu..org jepun xperlu blaja bi sbb diorg dh maju..ada teknogi sndiri tp kita ni? hoho aku stuju

Selamburb M Hafiz said... @ March 7, 2009 1:55 AM
This post has been removed by the author.
Selamburb M Hafiz said... @ March 7, 2009 1:59 AM

X-PO
ada....lagi satu nak tambah ni..
jgn biarkan benda yg bermain difikiran x terjawab..
masalahnya bkn PPSMI..walaupun selamburb sendiri setuju penggunaan PPSMI..
pelajar melayu ni "bodoh sombong" sebenarnya..malu bertanya satu..keduanya malas rawat sendiri(paksa diri supaya rajin)..bajek dah paham walaupun x paham..termasuk yg ngah naip ni..24 jam dlm sehari tu..sebenarnya kalo digunakan betol2 walaupun 1 jam la..bnyk yg boleh kita tangkap(study)..quality better than quantity..tido sejam kaw2 pun bgn terus segar bugar..terigt dulu time kecik2..x de beza pun ngan dak sekarang..bila cikgu tanya paham x..murid2 jawab phm..bila suruh terangkan balik terlopong..
jgn dimanjakan bdk2 ni..
lagi cepat matang lagi bagus..
kt nak tgk bdk2 melayu ni maju dlm pelbagai aspek..jgn jdkan mereka sama ngan kt diwaktu skarang ni..kalo x, x de perubahan la malaysia ni..sesungguhnya Allah mengubah sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubahnya sendiri..x gitu? pandang ke depan, jgn berdiri terkujat atau usyar blakang je..apa dapat..Move2..

MH said... @ March 7, 2009 2:34 AM

hohoho... aku tak setuju 100% diamalkan sistem ni.. boikot2... hehehe.. jgn marah ye semua...
menyusahkan para pengajar untuk mengajar then satg bila cikgu yang ajar takleh nak sebut sesuatu perkataan or frasa, start la dak2 lagi tak paham... so takyah la mengsusahkan org ramai.. so the conclusion is... yes it isn't...

X-PO said... @ March 7, 2009 2:55 AM

selamburb : btl tu bro..aku pun tgh nk mantapkan bi aku skrg..aku byk join forum2 matsaleh..so aku rs my english get more improve by day to day.

MH : hehe tu la salah satu keburukan dia

PHIRDOTE said... @ March 7, 2009 6:15 AM

best2~

Royy™ said... @ March 7, 2009 9:52 AM

english suck je..Cina n India Malaysia kalau tak guna bahasa ibunda pon xpe sebab kat China dan benua India berlambak lagi yang guna bahasa ibunda masing2. Kita nih, dah la sekangkang kera je pastu banyak ciplak Indon punya..Identiti makin hilang tau..

Bukan la aku tak setuju tapi kenapa nak terapkan Inggeris sampai macam tu sekali? Ajar subjek tak penting macam Geologi ke okay gak.. Sains dan Matematik kan nadi pembangunan? Kalau student fail, pembangunan insan fail gak.. Malaysia akan mundur.. Sayonara..!!

Itu said... @ March 7, 2009 10:47 AM

ok lah nk bagi sikit komentar juga. selalu aku akan sokong serba serbi gerakan sebelah kiri kat malaysia ni. tapi yg bab GMP ni aku agak kurang bersetuju. kira mcm 50/50 lah. sebab utama mereka menentang menuntut pemansuhan ni kerana nak mengutamakan bahasa ibunda. pejuang dan sasterawan pun dah keluarkan suara mereka. tapi tetap dgn mindset orang malaysia english tu lagi baik. satu sebab GMP lagi adalah masalah pelajar luar bandar yang kurang englishnya. so pada pendapat aku kalau dah kurang. ini lah masanya utk ditambah. takkan masih nk duduk kat takuk lama selama lamanya? 50 percent lagi aku setuju sebab bahasa melayu sepatutnya berada di tempatnya. kerana BM adalah bahasa rasmi negara. jadi, sekolah tu intitusi rasmi, sepatutnya bahasanya penuh dgn melayu kecuali matapelajaran inggeris lah kan. bukan sahaja bahasa, baju melayu mana hilang sinarnya? tunggu hari lebaran je? bukan ke tu baju melayu? tu bukan baju raya! tak pernah ada dlm mana-mana kitab baju melayu adalah baju raya. orang melayu pada 50 ke 60 tahun dulu memakai baju melayu ke mana sahaja. tapi selepas di portugalkan, diinggeriskan sehingga 50 tahun merdeka, mana baju melayu? bila OAG pakai baju melayu dan songkok terpekik terlalak, org kuat melayu marah. tapi org tu sendiri membeli baju melayu pada bulan ramadhan.

wallahualam

Princess Azi said... @ March 8, 2009 1:17 AM

yg tang cikgu tak berapa fasih mengajar dalam english tu betul
but based on my experience, tiada seorang pun student yang rasa tak senang if cikgu tak fasih mengajar in english sebab semua tahu cikgu2 dulu sekolah bahasa melayu juga :)

M.r.B.zaCk said... @ March 8, 2009 8:37 PM

Tentang penggunaan english kat Universiti x per.... Boleh di terime....

Tapi utk budak2 skolah rendah n menengah tu kurang stuju la pasal diorg baru nk mendalami bahase sendiri... kalau tuju pade matematik dan sains dalam english kemungkinan hari esok akan datang bahase kite sendiri kite abaikan... silap2 x lulus dalam ujian... Pe nak jawab..?

so... Lu piki la sendiri nabil!!!!

p/s: Negara jepun merupakan salah satu negara maju dengan technology.. tapi mereka juga menggunakan hampir semua bahase Mereka sendiri dari segi pembangunan dan ekonomi...

Anonymous said... @ March 9, 2009 10:01 PM

nk pndai bahasa inggeris blaja la bhasa inggeris.. ape kaitannya ngn sains dan matematik..
matematik ni berkaitan ilmu kira-kira..
kalu pndai speaking skali pun nk mgira hancur. tak guna.. kbykn pelajar tak faham ape yg dipelajari.. mereka cuma menghafal ayat je untuk jawab exam..
bhasa rojak ni pun dh lama wujud.. sblm PPSMI diperkenalkn lg..
nk maju?? bg contoh negara mane yg maju guna baha inggeris.. india n filipina.. fkr2 sdiri negara tu cm ner..
pelajar2 kita yg kt luar negara cthnye jepun, jerman dll tpksa blaja bhasa diaorg dlu sblm ke sna..
so, bahasa inggeris dengan matematik n sains tak de kaitan lnsung.. bukan caranye nk pndai english.. jd smkn bangang ada la..

humbleandmodest said... @ March 9, 2009 11:14 PM

hasil kerja manusia..
pasti ada kebaikan dan keburukannya..

@deyLL@ said... @ March 10, 2009 8:23 AM

bi tu memang penting.tp blaja math ngn bi dalam sains tu ada orang cakap macam suruh mereka belajar panjat pokok sambil berenang.bukan aku cakap.tp dorang la y cakap.sepatutnya subjek bi lebey mementingkan aspek komunikasi.ni tak...dari darjah satu sampai la form 6 asyik duk blaja grammar...fening haku..!!

mat said... @ March 10, 2009 5:09 PM

jangan jadi cam ni sudah..
"yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Post a Comment