Sebelum aku bercerita dengan lanjut pasal tajuk ni, aku tidak berniat untuk mengutuk bangsa aku sendiri, tetapi ini adalah hakikat yang aku telah lihat.Baru-baru ni, aku ke Kuala Lumpur. Saje jalan-jalan makan karipap dengan orang tersayang..hoho. Aku ke Low Yat, Pavillion dan Times Square. Apa kaitan tempat-tempat tu dengan orang melayu?
Mesti ramai yang boleh agak apa yang aku ingin sampaikan di sini. Tempat-tempat tu adalah dikuasai oleh peniaga-peniaga Cina. Hampir 95% adalah peniaga Cina! Mana peniaga melayu? Tengah tido kat rumah kot. Apa yang aku perhatikan di sana. kebanyakkan orang melayu adalah pak guard, cleaner, jaga parking dan ada gak la yang jadi pelayan tetamu. 'Encik, sila masuk encik'. Yang boleh di banggakan sikit, ada la kedai-kedai makan melayu. Tu pun berapa bijik je kedai. Sedih tul.
Mana perginya peniaga melayu? Takkan nak berniaga kat warung-warung je, takkan nak berniaga kat pasar malam je, takkan nak berniaga kat lorong-lorong je. Come on melayu. Masa di sana, aku berusaha untuk cari kedai milik melayu, semata-mata mahu membeli barang melayu, semata-mata mahu membantu melayu tapi frust, susah nak cari kedai melayu. Sekurang-kurangnya, dapat gak la makan kat kedai melayu.
Di sini aku ada terpikir mengapa situasi berlaku:
1) Mungkin peniaga melayu takut bersaing dengan peniaga cina.
2) Kekurangan modal. Tak mungkin. Sebab kerajaan pun ada banyak membantu usahawan melayu. Kita ada MARA, kita ada YAKIN, dan pelbagai pinjaman yang lain.
3) Melayu tiada minat untuk mengembangkan perniagaan mereka.Tak mahu kaya la kot.
4) Melayu masih di takuk yang lama.
5) Melayu tiada kepakaran cam orang cina wat.
6) Melayu kekurangan idea dari segi daya maju, promosi, usaha dan sifat mahu bersaing.
7) Akhir sekali, mungkin melayu telah dilahirkan untuk tidak berdaya maju. Ada melayu yang berdaya maju, tetapi maju dalam rempit, maju dalam dadah, dan paling ketara sekali, maju dalam hiburan! Tak abis-abis dengan rancangan realiti. Mentaliti melayu memang kat situ je. Tu pun aku rasa (tak tau betul ke tak) tokey yang wat rancangan realiti tu pun dari orang cina. Oh melayuku.
Di Low Yat, aku sempat berbual dengan seorang peniaga cina. Apa yang aku terkejutnya adalah, dia tu baru 21 tahun! Tapi dah ada kedai komputer di Low Yat. Memang aku tabik la dengan sifat diorang.
Jadi, aku harap satu hari nanti, ada peniaga melayu yang sebaris dengan orang cina dalam ekonomi mahupun perniagaan.
p/s: ramai blogger yang tanya aku, 'nape earning diorang dalam nuffnang still kosong'. Tu tandanya tak ada orang klik iklan anda k. So pastikan anda dapat banyak trafik blog.
p/s/s: sape yang merasakan dirinya tu melayu, bagi la sedikit komen or pendapat kat cni ye...












49 comments
apalah nsb melayu skrg..
aku sokong 100% ape ko cakap kat atas tuh!!
dalam blog aku pon citer kutuk2 Melayu jer..
Dah berapa post aku tulis pasal Melayu nih pon aku tak igt..
Sebenarnya aku tak niat lgsg nak kutuk kaumku ni..
tapi sebenarnya dari kutukan dan kritikan nih laa dapat kita bina Melayu yang baru..
Nih dipanggil kritikan dan kutukan membina..
Cam sajak yang ade kat blog aku nih (http://jerungperkasa.com/http:/jerungperkasa.com/current-issue/dimana-melayu-di-ambang-2009)
"Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri"
p/s- sape yg cakap earning dier masih kosong tuh? meh sini aku tolong klik kan..hahaha..gemar betul aku klik iklan org..maybe aku pemurah kot.. hehehe..
haha klu cm2, ko tlg klik iklan aku gak..haha
kt pula melayu yg mcmne?
yg pntg dr sndr ingat ap yg perlu n tdk...
upss!
bkn ingt je..tp aplikasi..rite?
hehe.aku nak minta diklik.hhe.. cam mana nak maju bro. Tak ada idea lagi. semua habis.hehe..lepas ni akademi apa plak wujud..hhe/...betul2 fantasi ..
apakah nak jadi kan?
tapi tu memang sikap yg dorang sendiri taknak ubah~
lemongrass: ya, aplikasi mmg pnting..stakat ckp je, xkn kemana..hoho
muhdfarhan: haha nnt wujud akademi melayu fantasi pulak..
zara: sikap n mentaliti tu xnk ubah..sbb tu jd cmni
kerana.. dah nama pun melayu ( me-layu).. layu je la kat umah.. dok nengok tv... nengok gengstarz.. nengok jomstar.. nengok AF, nengok rajalawak.. lama2, anak bini sume x makan...
melayu yang layu... aku rasa DBP patut tukar nama melayu ni jadi mesegar la kot..
- khai justkhai.com
haha mesegar? bgs gak nama tu khai..hoho
melayu banyak berfikiran negatif kot
rase2 nye lagi 1 bidang yang melayu sangat pakar ialah bidang politik...
sangat heybart maen politik kotor....
pusat pemulihan akhlak + penagih dadah pon banyak melayu...
lame2 melayu merempat kat negara sendiri, MALAY-sia..
huhu....
p/s:nak gi low yatt...tapi terlajak ke bukit bintang....(?) hahahhahaha....
xpe2...pengalaman tuh...hehehehe
pj selamba: yela kot..sbb tu aku ckp mentaliti melayu still kat takut yg lme..
ct-k: haha perli nmpk
erm...betul2x..owang melayu tak nak maju kot...
bukan nak kutuk bangsa sendiri..tapi bukan semua melayu tak nak maju...ade...cuma dua tiga kerat..nak wat cam ne kesan dari neo kolonialisme gak kan? devide and rule..melayu ke pedalaman..sebab tu jadi cam gini...
erm, tul lah..earning nuffnang tu dari hari tu agi banyak tu je..peanut selalu je klik owang punya..tapi...err..takkan nak paksa owang klk kot..hhehehe...wahai, sis yang cantik jelita dan bro yang hencem2, meh lah klik niklan nuffnang kat blog peanut ye...kalu iklan tak kuar...tunggu je sampai kuar..hehehehhe
cik kacang: haha klu nk tukar klik, ati2 k..jgn asik tukar2 dgn org yg sme je..tkt kne banned
melayu sedang berubah dan maju...
ya btl bro tp still ramai yg susah nk maju dlm perniagaan..ssh nk g jauh
Maybe melayu otw nk berubah kot..
bgs post nie..
bagos....teman suke dengan individu yang peka dengan persekitaran.
Ate..kat mana mike nak mulakan perniagaan mike??
betul.. kita org melayu ni jauh bebenar ketinggalan dlm perniagaan dan segala mcm lg. klau yg tk elok, melayu boleh dibanggakan. mcm contoh yg kau ckp kat atas tu la. ckp pasal dadah, rempit ect.. mesti melayu yg dok top rank. apa nk jd?
ekceli org melayu ni manja sangat. sikit2 nk harap goverment. andai kata suatu hari nanti kerajaan diterajui oleh org bkn melayu, aku yakin org melayu akan merempat di negara sendiri. wait and see..
psstt: jgn lupa tolong kilk nuffnang aku juga yer. hehehe..
fazrewl: alangkah bg klu melayu btl2 nk berubah
minester of mind: nk mulakan pernigaan yg cmne tu bro?
azizwan: aku pun kdg2 tkt gak, kalau goverment org bkn melayu yg pegang..pe la nsb mlayu nnt..hoho dun worry bebeh, akan ku klik sokmo nuff ko
rajin tol jenjalan..
satu lagi nuffnang kita baru je dapat 1.50... kena byk rayau.. tp kan ramai yang malas nak klik iklan kan?
xillix axillixa: ada yg mls, dan ada gak yg rjin..sbb tu kne dptkan trafik blog yg byk..so kita akn dpt byk ragam pengunjung..hoho
bpe ya doh nuffnang mu?
ado la ribu2..hahaha dok la..blh la skit2
"minester of mind: nk mulakan pernigaan yg cmne tu bro?"
hang kan dah tengok yg kurang melayu berniaga. So...takkan hang tak reti2x nak berniaga jugak.
salam.
ya itu dia Melayu! sebenarnya, Melayu itu kuat, tapi orang Melayu itulah yang membuatkan dirinya sendiri lemah. malas, terlalu bergantung pada orang lain, lembap, takut, tapi yang paling banyak complain Melayu juga! berlagak.. dan seolah2 tak sedar diri. ya, Melayu kaumku. tapi, aku mengaku bahawa inilah kaumku. aku terpaksa akur dan mengakui bahawa kaumku memang lemah.
sebenarnya Melayu itu kuat, kerana rata2 orang Melayu adalah Islam. Islam itu sangat kuat kerana kita ada Tuhan. Tuhan kita adalah paling tinggi dan paling berkuasa. tetapi, dengan sikap pengecut melayu ini sehinggakan mereka tidak sedar bahawa Islam itu ada segala2 nya tidak kira dari segi perniagaan sekalipun. siapa tokoh perniagaan yang paling unggul? dia adalah Siti Khadijah ~ isteri Rasulullah.
Peniaga2 cina itu tidaklah sekuat mana, cuma mereka rajin saja, dan betapa kuatnya semangat mereka untuk mendapatkan wang dunia yg sementara. sedangkan kalau Islam juga seperti itu, ditambah pula dengan pengharapan mereka kepada Tuhan, wah.. percayalah.. Melayu yang beragama Islam pasti akan kuat, dan lebih kuat!
"Orang yang takut mendaki gunung akan berada di dalam lubang yang gelap selamanya.."
pendapat dari hamba Allah yang hina.
wassalam.
Takpe2..
nnt besar nnt aku bukak kedai komputer kat Lowyat..
mmg tu cita-cita aku..
srikandi: tq ats pendapat srikandi..mmg tepat lg jitu pendapat srikandi
flip9: klu ko bkk kdai kt low yat, nnt aku beli brg ko kt sne..hoho
aku baru 19 mengaji kat MIIT UniKL buat Computer System Security. bro kalo nak citer pasal melayu dengan segala kelemahan... sesiapa pun bley. citerlah cara nak berjaya.. tunjuk secara hands-on. berapa orang yang telah awak pimpin? starting from ur inner circles.. xkan xde adik-beradik/susur galor yg miskin/daif.. cari mereka and tell them, look guys let's do this together and see magic.. the magic of getting out of the vicious cirle called "kemiskinan." Bro jadilah seorang yg bergelar jutawan atau at least seorang usahawan berjaya dahulu.. baru orang dalam inner circles anda akan look up to u as their icon.. they want to be like u.. budak2 sekolah kat kg u pun nak jadi macam anda.
ilmu ada kena amal.. amal dgn ikhlas..
kalo ikhlas publish this comment.
cik lawa: kita kne trima hakikat. skrg pun aku ada byk wat seminar kt blogger2 cmne nk cari dit melalui tenet
aku cina boleh ke koment kat sini??
hehehe,
dulu zaman kesultanan melaka peniaga kebanyakan org melayu, zaman dah berubah...
aslkan melayu ni rjin, konpem leh berjaya..n jgn terlalu mengharapkan bantuan kerajaan je
salam..lame dah tak jln2 kat sini..sbb bz n tk relax time..topik ni menarik, byk lg badan yg boleh membantu melayu cthnya punb pn ye juge tp kena rajin la sket.. bg saye..masih bagus lg utk melayu yg meniaga kecil-kecilan dari jadi kuli org cina..risau juge tengok melayu tak berkembang dlm bisnes..
tihara: tq ye sbb bg contoh lain psl badan tu. mmg dh bgs tgk melayu berniaga kecil-kecilan, tp smpai bila?
Melayu ku melayu-layu
Pada pdpt sya melayu sudah di jual oleh melayu itu sendiri..samaada dari segi agama,adat,bahasa,dan lain lagi yg menjadi warisan zamn ke zaman .Melayu kini sdh tiada lagi identiti melayu yg sebenar kerana M mudh di pengaruhi olh arus budaya dari masa ke semasa dan M akan datng tiada lagi jiwa melayu sejati..dan oleh itu bangkit lah Melayu..sedarlah..
hazwan: kne tkr nama mesegar kot..ehe
zamani: byk mslh psl melayu skrg ni..
walau mcm mn pun melayu,kta anak2 melayu msti mmprtahankan melayu...xkn mlayu hilang d dunia///
arap2 melayu xkn hilang di dunia ni
Aku pun lemah ngn melayu. Pemalas and banyak alasan. Tak tahu nak kata pa da..
ya ... Melayu kena berani berniaga..
[9/10 sumber rezeki dari perniagaan]
abis tu kenapa kita masih dok pulun makan gaji aja... banyak peluang yang ada yang kita taknak rebutkan...jika kita lihat dalam top 10 org terkaya di Malaysia... Syed al-bukhary n0. 7 dan Tan Sri Azman no. 10 .. yg lain2 ntah gi mana
sbg menyahut seruan ini, aku mmg dh ada pelbagai perniagaan .. sykt kontraktor, ternak ikan keli, bela lembu ... nak try buat kedai komputer n percetakan nanti...
fatin: ada yg rjin, tp xnk usaha jd yg terbaik
hydir: wah, mantap ko bro..smoga bisnes ko maju jaya
kalu nak d ungkitkan pasal melayu...
adeh...
org cine minum arak, kite ikot
org cine zina, kite ikot
org cine kaya, kite tengok...
ade kepatot?
menjadi tggung jawab kite,
melayu yg berpijak d bumi yg nyata ni
untuk teros maju dalam hdup
dan,
memartabatkan nama agama, bangsa dan negara
kalau xusaha, tuhan pon xnk tolong kite
bule dmulakan dgn membantu melayu2 yg berniaga
wujud dan kembalikan zaman kegemilangan melaka
ya btl tu bro..tuhan pun xnk tlg sape yg xmau usaha
Melayu yg saya kenal ialah melayu yang suka berhibur, tak reti nak bersaing, malas, tak berusaha dan hanya tahu bertawakal pada Allah tanpa usaha, tak ade daya saing, suka menuding jari pada orang lain, suka cari alasan dalam setiap masalah, mudah bersandiwara dengan permainan hati sampai lupa matlamat hidup, terlalu merendah diri, tak suka berubah dan banyak lagi la kelemahan orang melayu..
paling ketara masalah nie bila Dr. M memperkenalkan bahasa Inggeris dalam setiap matapelajaran sains. Ramai yang komplen, "nape nak memartbatkan bahsa barat? bahasa Melayu nie tak ade kualiti ke? Ade jugak yang menganggap ianya seumpama menjual kaum melayu sendiri. Seriously, kalo melayu nak maju, dia kena kuasai macam2 jenis bahasa, kalo kite hebat, baru la masyarakat dunia pandang tinggi kat kite. Then, masa tuu, kalo dah hebat, nak cakap melayu tetiap hari pun tak ape. Nie tak, belum cuba, belum usaha dah cabut. Entah ape2. Then, banyak bagi alasan aje. Alasan..alasan dan alasan! Yang penting, jangan lupe sapa diri kite nie. Kuatkan jati diri. Jangan jadi mat saleh celup aje lebih.
nadeshiko: psl PPSMI tu, sy kn pelajar upsi, kt upsi skrg dh wat momerendum utk hapuskan bahasa english
Salam...
ak xmau ckp byk...
ak bkk c.c...
bla suma bnda yg bkaitan ngan pc cina yg pegang,drlesen gaming suma kejadah 2,ampa rasa depa nk tekan mlayu @ nk tlg???ampa tau jwpn dia..
lg 1..asal mlayu nak naik,sapa yg jatuhkan mlayu sndr?mksud ak saman, ssh nk dpt lesen, sita suma 2..tau x awat cina bleh naik?MELAYU BOLEH BELI...pk ayat ak ni dan bygkan ampa ni pgawai yg tgh berurusan nk sita kdai cina n dpt sogokan....tma ksh..
mcm ni la...ini kerana melayu itu sendiri x ambil peluang untuk berniaga..x besepakat..ini tanah air kita yang punya..kita perlu ada sepakat..xperlu dengki2x..bkn mcm cina,mereka x dengki,mereka suka bangsanya sendiri naik,walau dia sendiri x naik.
Post a Comment