Entry ni aku wat khas untuk newbie dalam perniagaan internet cam aku ni..hoho. Sebelum aku teruskan, aku ingin memberitahu kepada sesiapa yang still tak biasa dengan perniagaan internet ni, anda jangan tersalah anggap antara perniagaan internet dengan pelaburan internet. Pelaburan internet tu adalah skim cpt kaya mahupun forex yang menjanjikan pulangan berlipat kali ganda dalam sekelip mata. Manakala perniagaan internet ni adalah menjual produk, menjual web, affiliate, pengiklanan dan macam2 lagi. So anda jangan terkeliru mahupun takut dengan perniagaan internet ni..hoho. Ok sekarang, berikut adalah pendapat-pendapat atau tanggapan yang tidak benar yang selalu bermain di fikiran newbie. Semua tanggapan berikut merupakan 'kesilapan' yang patut newbie jauhi.

1)
Join forum? Buat apa? Leceh la! Buang masa je…
Jangan memandang rendah terhadap kehebatan forum. Untuk menimba ilmu, kita memang kena berforum. Di forum, anda boleh bertanyakan soalan atau masalah mahupun berkongsi pengalaman dengan orang lain. Di forum, anda dapat membina reputasi dan kredibiliti. Ingat, reputasi yang baik maka peluang untuk berjaya makin tinggi. Forum yang femes di kalangan usahawan internet ialah wangcyber.

2)
Dalam perniagaan internet ada rahsia tersembunyi tentang cara-cara untuk menjana pendapatan yang bukan semua orang tahu.
Apa yang aku tahu, tiada sebarang rahsia dalam menjana pendapatan internet. Apa yang membezakan orang yang berjaya atau tak ialah strategi dan teknik yang digunakan. Anda perlu tahu teknik dan strategi yang betul, fokus yang tinggi dan tak cepat putus asa. Sifat itulah yang perlu ada dalam diri seorang usahawan. Banyakkan bergaul dengan otai2 untuk membongkar teknik-teknik diorang.

3) Sebarang perniagaan yang dilakukan melalui internet adalah mengarut dan menjana pendapatan darinya adalah khayalan semata-mata.
Ungkapan ni lah yang paling panas untuk didengar..hoho. Dengan adanya seminar-seminar atau kursus-kursus yang menjelaskan tentang hakikat perniagaan internet maka ramai orang sudah mula ‘buka mata’ dan mahu faham tentangnya. Jangan ceburi bidang cari duit online ni jika masih kurang yakin tentang keupayaannya menjana pendapatan untuk anda sebab ia hanya akan membuang masa anda. Cuba ubah persepsi anda tentang ‘bisnes online’ ni sebelum menceburinya dengan cara tambah ilmu dan buat kajian tentangnya. Baca pengalaman orang-orang yang dah berjaya menjana pendapatan dari internet dan jadikan mereka sebagai ‘role-model’ ikutan anda.


Banyak lagi tanggapan-tanggapan salah tentang bidang perniagaan internet ni yang jika nak disenaraikan memang jenuh. Apapun yang penting anda mesti hindarkan diri dari memiliki tanggapan yang salah tentang perniagaan internet ini… jika anda nak berjaya sebagai seorang usahawan internet yang sebenar.

credit to shauqiebiz


3 comments

Hapi said... @ January 21, 2009 9:07 PM

Happy Wednesday! Bloghoppin' here... Hey, I have an interesting tutorial for you that I have written myself. It is about adding Adsense on your Single Post in XML template. I hope you'll like it! God Bless you!

Faiz said... @ January 24, 2009 4:14 AM

ko lebih pada im...bukan blogger kot...kan?
hehe.

theme blog ni,aku nk leh?

x-po shop™ said... @ January 24, 2009 12:50 PM

hoho sila2..amik la bro..

Post a Comment