Kain rentang 'Jualan Murah, Jualan Penghabisan Stok, Jualan Hebat, Jualan Harga Runtuh dan Jualan merdeka' kini banyak menghiasi gedung-gedung beli-belah seluruh negara bagaikan menggamit kedatangan pengguna khususnya wanita. Jangan marah ye kaum hawa..hoho. Arini aku ingin memberi beberapa tip-tip berbelanja untuk mengelakkan hutang terutama kepada pemegang kad kredit. Kad debit tak pa sikit..hoho1) Hadkan jumlah kad kredit dan tentukan sendiri had perbelanjaan bagi setiap kad kredit.
2) Tinjau dulu harga barangan sebelum membeli. Ini membolehkan kita membuatperbandingan harga yang ditawarkan.
3) Ketahuilah keperluan kita. Senaraikan nama dan harga lebih kurang barang-barang yang hendak dibeli. Ini dapat mengekang nafsu berbelanja.
4) Jika kita tidak boleh mengawal diri ketika membeli-belah, seelok-elok bawaklah teman yang boleh mengawal kita untuk membuat pilihan yang bijak.
5) Gunakan bakul jika barang yang hendak dibeli tidak banyak. Elak daripada menggunakan troli kerana ia memancing kita untuk membeli yang bukan-bukan.
6) Bagi mengelakkan diri kita tergoda, usah berlegar-legar di tempat barang-barang yang kita tak perlukan. Menghala terus ke tempat barang-barang yang diperlukan.
Jadilah seorang pengguna yang bijak dan berhemah. Kalau tak, kita jugak yang pening..hoho












10 comments
Seeeloknya elakkan diri daripada berhutung...berhutang nie mmg berhantu
tau xpe..aku dh serik nk utang2..dpt senang, nk byr blk...huhu bukn main ssh woo
Aku setuju yang no 4 tu..Kebiasaannye, aku la yang menjadi pengawal sepupu aku klu die tgh shopping. Dia sangat obses dgn shopping and klu tak de aku, konfem, beratus gak abih..huhu..
haha tgk2, fatin yg ikut sme..hoho
try belanja dengan debit kad. jangan bawa wang tunai.. budgetlah dalam rm100 (pastikan cuma RM100 saja dalam debit card).. pegi shopping dan anda akan terfikir..
cukupkah duit aku?
semasa pilih2 barang. secara automatik anda akan pilih yang terbaik, murah dan sesuai dengan budget.
btl tu bro..gud idea
Aduss.. aku ingat beli guna troli lagi senang tak yah angkut brg sana sini... lepas ni kena kena guna bakul la.... info yang bagus..
hohoho tips yg aku bg tu mmg tepat
tq kerna tips tersebut... aku suka...
mmg betul...
mmg tepat....
mmg hebat.....
mcm chelsea.. hahaha :D
haha nk jugak chelsea tu..liverpool is the best
Post a Comment