Aku tengah lapar sekarang ni. Biasalah, kalau dah selalu tidur lewat2 ni, mesti akan rasa lapar giler. Sebab tu kali ni nak tulis pasal masakan pulak. Terus idea datang bila dah terasa lapar. Haha. Memasak lebih sinonim dengan kaum perempuan kan? Tapi masakan yang sedap, sinonim dengan siapa? Laki atau perempuan? Laki sekarang pun dah setaraf dengan kaum wanita kalau bab2 masak2 ni.

Ok, cuba kita tengok kat restoran2, kat warung2, kat rancangan tv, kaum siapa kita biasa lihat? Selalunya lelaki kan? Jadi, di situ kita dah dapat tengok siapa yang lebih expert memasak? Hehe. Jawapannya ialah, teeettt. Jawab la sendiri.

Masakan kampung, masakan tradisional, masakan melayu, masakan barat, masakan cina india, masakan malaysia, semua chef2 laki leh wat. Hehe. Chef2 perempuan pun boleh wat, tapi diorang ni jarang menonjol. Maybe perempuan ni malu2 kot, tak nak tunjuk kepakaran memasak kat orang ramai. Nak tunjuk kat si suami tersayang je..Hoho.

Aku pandai masak ke tak? Eh, mesti la pandai. Masak nasi, masak sardin, goreng ayam, telur mata, yang senang2 je la. Dan pandai makan je. wakaka. Boleh je aku nak belajar masak sedap2. Kat umah sewa aku ni, ada sorang yang pakar masak. Selalu je menang dalam pertandingan memasak kat upsi ni. Kalah perempuan gua cakap lu.

Bagi perempuan, adakah lelaki yang pandai memasak ni dianggap seksi? Atau dianggap lelaki idaman dan hebat serta macho? Oooo mentang2 la lelaki pandai masak, korang tak nak la masak time dah kahwin ek? Bagusnya bini tu. Haha. Kalau bercakap pasal kahwin ni, aku memang nak isteri aku yang memasak untuk aku. Mestilah nak rasa air tangan bini sendiri. Daripada rasa air tangan minah2 indon kat luar sana tu, baik rasa yang isteri punya. Tak kisah la si dia goreng telur masak kicap je pun. huhu.

'Abang nak saya masak pe arini? Jangan mintak masak yang susah2 ye, saya kan baru nak belajar masak, paham2 la ye bang'. 'Tak apa yang, abang tak kisah makan apa2 pun, biar muka abang ni dah cam telur goreng pun tak apa,' Hahaha. Kaum laki pun satu, kalau dah bini korang nak masak tu, reti2 la gi tolong sekali, kesian bini korang tu. Gurauan di dapur, akan menimbulkan suasana romantik bagi suami isteri. Ceh, cam la aku ni pernah alaminya. ahak2. Tapi aku akan wat camtu gak bila dah kahwin nanti. Peeewwwiiiittt.

p/s: Ada tak perempuan tak leh siang ikan? Geli2 katanya.

Image Hosting by Picoodle.com

Entry kali ni adalah kesinambungan dari entry aku yang lepas, yang bertajuk NAK IKUT KE CAKAP MAK BAPAK? Entry ni berkisarkan pada masalah orang bercinta, lagi2 time nak kahwin. Ingat senang ke nak kahwin. Sekurang2nya mesti akan ada sedikit masalah yang timbul samaada time nak kahwin baru tau yang si dia dah tak ada dara lagi, si dia tu kaki perempuan la, si dia kaki penipu la, itu la ini la.

So main focus here adalah kita nak kahwin, tapi mendapat tentangan dari parents. Parents tak bagi kita berkahwin dengan si dia atas pelbagai alasan. Dan parents mahu menjodohkan kita dengan pilihan mereka sendiri, bukan pilihan kita. Bagi aku, kalau alasan mereka mahu membantah pilihan aku disebabkan sebab yang munasabah, aku terima. Contoh, perempuan tu seorang pelacur, atau pun perempuan tu kaki kikis duit, atau pun perempuan tu kaki laki, ya, aku terima alasan tu. Tapi selain dari tu, aku memang tak akan terima.

Di bawah ni, aku sediakan satu luahan sebenar seorang insan yang mempunyai masalah yang sama. Korang baca, nilaikan dan pikir apa yang korang akan wat jika berada dalam situasi tersebut.

"Mcm ni…sy b’cinta dgn bf sy dah 3thn lebih..yg sedihnye, family dia dah reject sy awl2.. Diaorg blum pun jumpa sy, Cuma bf sy je yg slalu jumpa family sy…mak dia nak jdkan sepupu dia sebagai menantu..maksudnye, dia kene kawen dgn sepupu sendiri..anak buah kesayangan mak dia…:’( Sape yg x rasa sedih bila mcm ni……kami bercinta…sy kenal dia dr dia x b’keje, dr xde pe2 langsung…sampai skrg dia dah keje, ada harta sendiri…dia penah tanya sy sama ada trima x kalau sy jd isteri no-2 dia…

Tuhan je tau pe yg sy rasa……sukar utk sy trima smua 2….dia cintakan sy, sygkan sy, tp dia terpaksa kawen dgn sepupu dia atas kehendak keluarga…
dia xnak lepaskan sy…dia buat smua 2 sbb terpaksa….dia tetap nak sy jd isteri dia…tp no-2…pe perlu sy buat?…sy btul2 sygkan dia…..tp sy x sanggup nak berkongsi ksh dgn org…. Dia x cintakan sepupu dia…kawen atas dasar terpaksa n keluarga….sy dah xtau nak buat pe2…dia akan berkawen dlm bln ni….sy sedih sgt2…….setiap ari sy menangis….

Sy x penah sangka akan jd mcm ni…..
sy cuba faham situasi dia….smua org kalo boleh xnak hidup bermadu….tp kalau itu dah tertulis dlm hidup sy, sy redha..Cuma sy xtau mcm mn keadaan bila dia dah b’gelar suami nnti…dia suruh buat mcm biasa…msg, ym, jumpa mcm biasa…dia tetap nak jdkan sy isteri dia…sy takut, org akan kata sy perampas, pd hal org xtau…sy yg jd mangsa keadaan…sy x rampas dia dr sesiapa pun….:’( sy xde tpt nak mengadu…ati rasa terluka sgt2.. sy terlalu sygkan dia…terlalu cintakan dia….tp sy x kuat utk lalui smua ni….. "

Ok, dah faham masalah perempuan tu? Kat situ ada dua situasi, dugaan yang dihadapi oleh si laki dan dugaan yang dihadapi oleh si perempuan. Korang bayangkanlah apa reaksi korang kalau korang berada di situasi laki tu mahupun perempuan tu.

sumber cerita: redmummy

p/s: Aku nak kahwin dengan tenang.

Image Hosting by Picoodle.com

Semalam, aku dengan member2 aku gi ke bukit jalil sebab nak tengok final piala malaysia antara kelantan dengan negeri sembilan. Aku sebagai penyokong kelantan. Hehe. Tapi mesti korang ramai dah tahu kan pasal semalam? Bukan pasal bola sepak, tapi pasal 'kepanasan' yang berlaku di luar dan di dalam stadium. Banyak blog2 aku tengok dah wat pasal isu ni. Hoho cepat betul kalau bab2 camni.

Ok, meh aku nak cite sikit pasal pengalaman aku semalam. First, pasal ada penyokong memecah masuk pagar stadium. Memang ada. Aku saksikan sendiri. Tapi aku tak join pun diorang. Aku seorang penyokong yang beradab. Sanggup duk tengah hujan. Haha. Sebab apa diorang pecah masuk? Sebab time tu hujan lebat. Dah la kat bukit jalil tak banyak tempat nak berteduh, orang plak ramai. Pihak pengurusan stadium plak wat bodo je. Dah tahu nak ujan, bukak la awal2 gate tu.

Pastu pasal main mercun. Bukan sume yang main mercun k. Ada sekor dua ekor makhluk2 yang main mercun. Aku guna istilah ekor, sebab aku pun memang bengang dengan diorang ni. Aku nak tengok bola pun tak senang. Aku duk tingkat bawah sekali, tepi trek. So bila2 masa je mercun leh hinggap atas kepala. huhu. Sape yang baca Kosmo arini, ada gambar bomba duk sembur asap kan. Aku ada kat situ.


Masa tu lepas negeri sembilan dapat gol ketiga. Ada sekor tu gi bakar kain. Bomba datang la nak sembur api tu. Yang paling bangangnya, orang duk lempar2 objek kat bomba tu. Pe lagi, bomba tu bengang la, sebab tu dia gi sembur penyokong. Siot tul. Masa tu aku dengan orang kat situ, terpaksa tolak2 kuar. Sesak nafas dowh. Ingat nak mati kat situ dah. Time tu gak, aku sempat buat bantuan kemanusiaan jap. Hoho. Dalam asap tu, ramai kanak2. Cian kat seorang ayah tu, anak dia ramai, orang pulak duk kelam kabut tolak2, aku pun dukung la sorang anak dia panjat tempat duduk.

So, aku harap, korang sume tak salahkan atau burukkan penyokong kelantan ye. Sebab bukan semua camtu. Segelintir je. Ramai yang datang dengan penuh semangat semalam. Ibu bapa, orang tua, kanak2, pasangan couple, semua bersemangat. Kepada sume penyokong the Red Warriors, kita nantikan tahun depan pula.

Di sini, aku ada nak wat promotion sikit. Kawan aku, ada menganjurkan satu contest di blog dia, iaitu contest komen terbanyak. Hadiah2nya memang gempak woo:

Tempat Pertama : RM150 + Hadiah Misteri

Tempat Kedua : RM100 + Hadiah Misteri

Tempat Ketiga : RM50 + Hadiah Misteri

Komen Terbaik : RM30 + Hadiah Misteri

Dan Setiap Pernyertaan Layak Mendapat Sebuah Hadiah Misteri Yang Bernilai RM990 !!

So, sape2 yang kaki contest tu, meh la pakat join contest ni. Untuk join contest ni, KLIK DI SINI.

p/s: Gomo klate gomo. Tahun depan ada lagi.

Image Hosting by Picoodle.com

Kali ni aku nak berkongsi dengan pengalaman korang dalam bab2 hantu ni. Semalam, aku lepak2 jap di forum carigold. Memang aku selalu lepak kat sana. Nak baca2 info yang menarik kat sana. Terutama peluang cari duit kat tenet. Pastu, aku ada jumpa satu thread pasal hotel2 yang berhantu di malaysia. Seram sejuk gak bila aku baca. Hahaha sebab aku ni jenis penakut sikit dalam bab2 cmni..ekekeh kantoi sudah.

Korang pernah merasai pengalaman dengan entiti paranormal ni kat hotel? Kalau aku, setakat ni tak pernah lagi merasai sume ni. Mintak jauh dari benda ni. Aku tak sanggup. Hehe. Aku banyak tertarik dengan cite2 orang kat thread tu. Macam2 pengalaman. Ni antara salah satu statement yang aku tertarik:

1) Setahu aku setiap hotel ada hantu...sebab tu setiap hotel yg keras dia akn reserve satu bilik utk benda tu..jgnlah org hotel ckp xde bilik korang desak jugak nak bilik...sbb khas utk dia org..Kalo nak jugak..dia bg bilik..tp siaplah korang mlm tu...yg ckp ni pun member aku yg senior kerja kat hotel terkenal jugak..

2) aku kalo turun kl, aku biase stay kat depalma ampang jek.. Ade sekali tu mase checkout aku jengok lah kat meja kaunter reception tu, aku ternampak 1 list no bilik yg tajuknya berbunyik;
"Do not sell this room"
Ada banyak gak list bilik kat situ. Aku tanya la kat minah yang jaga kaunter tu, bilik tu kenapa xleh orang amek? Dia senyum jek..Waaaa, aku naek heran....

Maybe benda2 ni wujud kot kat hotel2, sebab selalunya ada kes yang bunuh diri atau mati dibunuh kat situ. Tapi yela, berita tu tak diperluaskan. So orang tak tahu pasal ni. Aku rasa, kalau ramai yang tahu pasal ada kejadian2 camtu kat hotel yang korang nak gi, konpem tak jadi punya hajat tu.

Dalam thread tu gak, ada orang yang listkan hotel2 mana yang berhantu di malaysia ni. So kalau korang nak gi bercuti mana2, baik korang check dulu list hotel tu. Hehe. Kot2 terkena plak kan. Ada orang cakap hotel grand continental (alor setar), hotel marina cove resort (langkawi), hotel crystal crown (kuala lumpur) dan banyak lagi la. Selama ni, aku ada gak pernah duk kat hotel sorang2. Rasa seram sejuk tu mestilah ada kan, tapi syukur setakat ini tak ada pe2 lagi yang berlaku.

Dan satu lagi statement yang wat aku terkejut, menurut diorang, kat KLCC pun ada tingkat yang direservekan untuk 'benda' tu. Betul ke? Sape2 yang tahu, leh la kongsi kat sini ye. Hehe seyes berminat nak tahu walau seram2 sejuk. Tapi kalau betul, tak sangka gak kan. Nape orang nak bela benda2 camni? Sebab nak benda2 tu jaga tempat tu ke? Allah kan ada. Manusia oh manusia. Syirik tul la.

So sape2 yang nak baca lebih banyak lagi pengalaman orang dan list hotel yang berhantu, korang leh gi ke thread hotel2 berhantu di malaysia kat forum carigold. KLIK DI SINI

p/s: Jangan biarkan hidup anda diselubungi keraguan.

Image Hosting by Picoodle.com

Semalam time aku duk sibuk perah otak study plus dengan prob hubungan yang tak abis2, tiba2 aku terbayangkan zaman aku time kanak2 dulu. Penuh dengan enjoy, keriangan, prob pun tak ada, hidup bagaikan tenang je. Tak macam sekarang ni, tak abis2 dengan prob yang datang. Aku benci dengan hidup aku sekarang ni. Aku bencikan problem dengan dugaan. Betul.

Aku nak hidup dengan tenang. Lagi2 time exam ni. Dah la sem lepas pun, aku bagaikan mati tapi hidup time2 exam, sekarang ni terjadi lagi. Dah la prob yang sama. Ya allah. Semalam tiba2 aku rasa cam nak ulang balik zaman kanak2 aku dulu. Aku nak kecapi keriangan balik. Nak kecapi ketenangan balik. Nak lompat sana, nak lompat sini. Cuma kadang2 dibebel oleh parents. Itulah rencah kehidupan zaman kanak2.

Jadi semalam aku godek2 pakcik google dengan youtube. Aku nak tengok balik rancangan yang menjadi kegilaan aku dulu. Dulu time aku kanak-kanak, aku suka sangat tengok rancangan power rangers, ultraman dengan suria baja hitam. Haha. Memang best woo layan. Kadang2, time aku boring, aku still lagi tengok cite ni dalam tv dengan adik aku. Hoho.

Aku pun download la lagu2 diorang. Best plak dengar lagu2 tu. Hehe. Kalau power ranges tu, kalau tak silap aku, power rangers mula2 aku tengok ialah mighty morphine power rangers. Kalau yang ultraman plak, banyak gak jenis2 ultraman ni. Yang aku ingat la, ultraman taro, ultraman dyna, ultraman nexus, ultraman gaia, banyak lagi la.

Aku paling suka dengar lagu mighty morphine power rangers dengan lagu ultraman dyna. Memang rancak lagu tu. Semalam, aku duk nyanyi lagu ultraman dyna. Haha walaupun tak paham bahasa jepun, belasah je nyanyi ikut lirik. Wakaka.

Kalau tak silap aku la, time tu lah aku start suka berangan. Aku suka berangan nak jadi cam diorang gak. Nak selamatkan dunia. Nak fire je makhluk2 yang bikin susah je. Haha. Kalau boleh, aku nak hapuskan sume orang2 yang wat sial kat dunia ni. Barulah dunia ni aman je. Tapi, tu sume time kanak2 je. Memang best.

Kalau korang terasa nak dengar gak lagu2 rancangan tu, korang cari dan download la. Jom mengimbau masa kanak2 dulu.

p/s: Aku pernah beli alat mainan power rangers dulu. Korang pernah? haha.

Image Hosting by Picoodle.com